Wednesday 4 January 2012

Whatever Trolly Molly : Tips Untuk Menjadi Seorang Yang A.W.E.S.O.M.E

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)


Happy Rabuday Guys Girls Moms Dads Grandpa Granny and Transexual.! How are you today.? Feeling awesome.?

Okay, Troll aku sendiri untuk harini is about to be an awesome person tak kesah lah sama ada dalam planet ni  atau panet lain ataupun di dunia elektronik yang serba serbi mencabar akal dan minda ni.

Act what is AWESOME.? Aku tau, tak ramai dari kita yang pandai english dan ramai juga yang pandai mangelish sebenarnya malah ada yang broken kan sesuatu ayat supaya ia akan menampakkan ke-awesome-an di situ. See.!! Nampak tak aku selitkan awesome dalm ayat tu.? Awesome ni maknanya HEBAT. Hebat bukan dalam erti kata lain korang ni boleh berlagak dengan apa yang korang ada. Hell no.! Its about things that orang akan pandang korang dengan perasaan hebat dan kagum,kagum sebab apa.?Kagum sebab ada something yang menarik tentang korang atau dalam istilah Vegas The X-Factor.

Tak semua orang boleh jadi awesome tapi bila ada effort, ada kemahuan semua orang boleh jadik awesome :) Kat sini aku just nak share dengan korang tips on how to become an awesome person di muka bumi ni walaupun Bieber takkan kenal korang.


Know Yourself More
Haa, paling penting ialah diri korang. Benda ni terlampau subjektif untuk diperkatakan sebab diri kita ni terlalu susah untuk di describe-kan so paling penting ialah dengan cara kenali diri sendiri dulu and jangan terlalu cepat assume diri sendiri itu ini. Fahami diri korang sendiri dulu and then baru lah korang try untuk cuba memahami orang lain. Too easy rite.? Tapi benda yang senang ni lah yang orang tak mampu buat.hewhew~

Know Your Friends/Peer


Dah cukup kenal diri sendiri.? Okay, lets move to our next step to be awesome which is kenal kawan-kawan dan juga orang di sekeliling korang. Kenal siapa kawan dan lawan before korang asssume someone tu macam mana, jangan main cakap lepas atau terlampau cepat meletakkan kesalahan orang lain tanpa tengok diri sendiri dulu. Bila korang dah betul-betul kenal member korang, korang ada kimia dengan dorang tanpa mempunyai sebarang masalah and then baru korang akan dicop awesome tapi di peringkat bawahan. Tak habis lagi okay.



Do Something Tanpa Rasa Nak Show Off


This thing aku jamin memang semua orang akan buat walaupun dalam keadaan tak sengaja. Niat di hati nak buat baik tapi bila sampai part tingkahlaku dah jadik macam show off. Orang awesome ni dia akan buat baik secara diam-diam. Dia ni jenis humble bertempat, bukan macam sesetengah orang yang humble tak kira tempat.ihix.!

Memang terlalu susah untuk kita buat baik sebab bila kita buat baik orang akan mengata apatah bila kita buat kerja jahat macam mencuri besi dan sebagainya. Well, untuk menjadi orang yang hebat, jangan menunjuk even that thing memang korang ada bakat untuk buat benda tu.

Jangan Terlampau Jujur
Nak jadi awesome ni korang jangan terlampau jujur. Dalam erti kata lain buakan lah asyik mengencing orang 24 jam  tak kira tempat melainkan korang ada penyakit batu karang. Kalau terlampau jujur sangat pun nanti orang akan pijak kepala so jangan jadik PEMBARIS. Macam-macam cerita aku dengar pasal orang yang jujur ni and mostly semuanya kena pijak walaupun pada hakikatnya benda tu tersangatlah mulia. Well, ada lagi ke insan yang mulia sekarang ni.? hewhew~

Elak dari Menjadi Graduan PHD Tak Bertauliah


PHD = Perasaan Hasad Dengki. Semua orang rasanya dah tahu kan, tak perlu aku nak celoteh memanjang kan. Buat lah apa-apa pun tapi jangan dengki dengan apa yang orang lain ada. Manusia ni jenis tak puas dengan apa yang dorang ada, mesti ada yang tak kena. Bagi merealisasikan impian menjadi awesome person. please avoid from this kind of thing sebab benda tak berfaedah. Korang dengki dengan orang lain apa yang korang dapat.? Boleh dapat Supra 12 pasang atau pun boleh kapel dengan Bieber.?


Be EXTRA not Just Been Ordinary


Semua orang dalam dunia ni sama je, bezanya perangai dan akal. Ada yang pakai akal di tempat yang betul dan ada juga yang menggunakannya ke arah yang tidak betul. So untuk menjadi manusia yang awesome, korang kena ada something yang menampakkan korang lain dari yang lain.


Kita ambik contoh Bieber. Di usia yang sangat muda dia dah dapat pakai kereta mewah dengan hanya memakai Supra dan menari terkinja kinja di pentas serta berjaya flirt dengan Selena Gomez dalam masa yang sama. Apa yang menyebabkan budak kecik ni awesome.? Sebab dia ounya suara yang unik serta gaya dia yang bersahaja melayan kerenah peminatnya tanpa mengira umur even adik yang baru 5 tahun tak faham apa pun dia boleh layan. See.? Korang kalau nak jadi awesome, cuba buat apa yang orang lain tak mampu nak buat. Bila dah ada skill macam tu maka korang akan di cop sebagai manusia yang sangat pelik. Pelik yang berbakat..heee~

Trust Yourself
Apa sahaja yang korang buat, sama ada membungkus nasik lemak pun korang kena ada rasa percaya pada diri sendir dan yakin dengan apa yang korang involve. Pegang prinsip I.D.G.A.D and buat je ikut suka korang. Ikut suka tu tak bermakna korang boleh conteng dinding buat love-love tu semua. Its about korang buat something yang pada mata sesetengah orang nampak salah tapi dimata sebilangan lagi serta korang adalah benar yng benar dan sebenarnya. uhuu~


Itu je kot rasanya aku nak share. Terlalu banyak cara untuk menjadi orang yang hebat ni Paling penting jangan mudah give up, give a fully damn commitment dengan apa yang korang buat. Kat dalam dunia ni, korang nak jadi awesome pun senang, korang nak lingkup pun senang. Choose and Live With It yaww..Wassalam :)

1 comment:

Ika Zkflee said...

waah,, ada tips untuk awesome ~ i punya tips,, perasan sorang2... -,-..

o btw, thnx emy for the button yg 'follow and dashboard' tu.. heheee