Friday 17 February 2012

Kenapa GEGIRL Mudah Melting-Cairan.?

Asssalamualaikum Warahamatullah Hiwabarakatuh :)


Selamat Hari Jumaat Gadis-gadis yang mudah cair. ihix.!

Mesti you pernah rasa kena gegoda dengan boboy kan kan.?! Okay, ada tak that guy cakap macam ni :

" You, bila kita bersama, i janji i takkan abaikan you, swear to the gucci."


" You, bila you dengan i, i janji akan bahagiakan you."


" You, i sayang you macam i sayang mak abah i tau. "

Okay, can I considered it as BULLSHIT.? :D

Okay, yang guy ni dah tahu perempuan ni capat benar cair dengan ayat ombak rindu bagai pastu tak tunaikan, sama macam MUNAFIK Beroooo.

Entry kali ni untuk gegirl, i bukan nak fokus pada si lelaki sebab lelaki tak semua yang suka baca Belog.

Sangat elok if ada lelaki yang berkata and dia buat benda tu tapi you as girl, pernah you fikir sampai bila that guy mampu nak bertahan dengan apa yang dia cakapkan tu.?

Tak ramai yang memikirkan jangka masa panjang, yang you tahu adalah keseronokan dan juga sebab nak  beronok-ronok semata-mata.?

Act, this kind of issue dah pernah keluar dalam  entry i yang before this so i just nak reupload balik sebab i tengok you girls, nowaday, makin hari makin cepat benar cair, break sehari esok dapat pengganti lain.

Kenapa You Cepat Sangat Cair.?

Sebab you ingat that guy mampu bahagiakan you dengan perkenalan tak sampai 2 3 minggu tu.? Atau adakah you taknak dicop TAK LAKU oleh kawan-kawan disebabkan you takde BOYPRENGG.?

Kemonlah ladies, dunia sekarang dah tak kira status. Single atau Kapel tak mejamin apa-apa, kalau nak curang tak kira masa bebeh. Lelaki sekarang tak semua yang mampu tunaikan apa yang you harapkan sebab maybe ada orher stuff yang dia terpaksa na fikir, mengalahkan orang kahwin gitu.


Kenapa You Senang Sangat Jatuh CintaCintaik.?


Hey you..!i wanna be your boyprenggg.!! Haa, bila i cakap macam ni depan 10 datin-datin hot pun i rasa salah sorang akan sangkut kot.ihix.!

Well, tolong lahh girls, if a gut proposed you better fikir 2 3 kali sebab you kena fikir sebab dan akibat yang you bakal hadapi. What is it doctor love.?Okay, here it is.

DI-KECEWAKAN
DI-HAMPAKAN
DI-CURANGKAN
DI-MADUKAN
DI-TINGGALKAN.

Yang part last tu sangat-sangat favorite sebab benda tu selalu terjadi and i bet you taknak tergolong dalam 5 DI- tu kan kan. Sebaik-baiknya, berkata lah kepada lelaki itu yang kita mampu dan boleh berkawan kerana saya tidak bersedia lagi untuk getting serious with these kind of relationship yang belum tentu membolehkan saya menjejakkan kaki di pelamin bersama awak.

Say the nice word to the guy, tolak baik-baik, jangan pulak pergi maki dia, memang status dan tweet berbaur makian lah akan keluar dekat wall dia.You kena tahu yang lelaki ni adalah makhluk yang tersangat sensitif  terutama bila pinangan kapel dia ditolak.awww~

Bila you kecewa, hampa, rasa dimadukan serta ditinggalkan mesti you pun akan rasa depressed tahap nak terjun bangunan 120 tingkat kan. Untuk mengelakkan itu semua, jangan mudah tergoda dengan pelawaan lelaki yang belum tentu mampu nak jaga you.


I Kapel Sebab Nak Revenge dan Jelly-Melly Dekat My Ex(s).


Aww..that so sweet of you my dear tapi awas.!Taktik yang you gunakan tu belum tentu boleh menjeleskan segala ex yang you ada sebab girlssss, its a LAME taktik lah. Loser person je yang buat benda tu hanya disebabkan ingin mendapatkan perhatian atau adakah anda masih lagi in love dgn Ex anda tu.? ;D

Untuk apa you seksa hati you demi ingin mendapat sesuap perhatian.? Dunia dah moden, macam-maca you boleh buat untuk menjeleskan segala ex yg you ada tu macam you kerja kuat-kuat lepas tu you beli Ferrari Spider 50 Cent pakai lepas tu weng-weng depan Ex you. Masa tu mesti dia nak dekat you balik. auchh.!


I Kapel Sebab I Nakkan Perhatian.!

Assalamualaikum cik akak.?! Selama ni tak cukup perhatian dari mak ayah you kah.? Atau you ni anak yang memang takde hati dan perasaaan.? Statement atas ni selalu i dengar and its quite basi jugak lah, umur dah puluh-puluh lepas tu alasan nak kapel sebab nakkan perhatian, konon nak ada orang caring-maring bagai.

Stop this kind of statement wahai gadis-gadis semua sebab bila you buat macam tu, ia terang-terang menampakkan diri you CHEAP.

Letih bila berkapel sebab kita kena jaga hati macam-macam jenis orang, and tak lupa juga yang stok-stok jenis cepat cair ni. Kalau tak mampu nak absorb rasa kecewa, duduk rumah diam-diam tolong mak masak tunggu orang masuk minang. :)

Thursday 9 February 2012

Jika Saya Mati Malam Ini.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)




Jika Saya Mati Malam Ini,

Apa yang saya akan buat di hari terakhir saya ini.?
Yes.! Saya akan buat aktiviti yang saya selalu buat hari-hari,
Bangun Pagi, buka lappy, buka Facebook and Twitter yang dah sebati dengan diri.
Tengok komen dan juga naik status berunsur Islamik.
Then keluar bilik  pecahluju dengan umie sambil layan teletubies,
Berchichat dengannya tentang hal semasa, hal dunia, hal makwer yang baginya dah basi.
Tiap-tiap pagi umie hadapkan saya nasi lemak tak pun kuih muih Melayu asli.
Saya tahu itu sahaja yang dia mampu tapi saya tak pernah merungut
malah saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebaik-baik ibu
Dan itulah yang saya ada dan saya terlampau menyayangi beliau.
Tunggu abah dan adik beradik lain untuk makan malam dan lunch di tengah hari,
kerana saya tahu saya akan mati malam ini.
Saya tahu mereka akan rindukan saya nanti,
Lawak bodoh saya, hilai tawa mereka saya akan simpan di dalam hati.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Saya akan teringatkan kembali kenangan semasa di alam persekolahan.
Main berudu tepi longkang, baling ulat bulu masuk dalam baju kawan,
Mengorat awek-2 yang lalu lalang di tepi koridor kelas,
Bila rehat lepak kantin dengan makwe dan pakwe hotstuff,
Ponteng kelas sains duduk belakang makmal sambil shuffling.
Bila masuk kelas buat muka tak tahu cikgu pun malas nak ambil tahu,
Sebab dia tahu  tapi bila time exam saya tak pernah menghampakannya.
Semanis-manis kenangan di sekolah akan saya ingat walaupun saya dah tiada.


Jika Saya Mati Malam Ini,

Yelah, sebab saya tahu saya akan mati malam ni so macam-macam saya nak buat,
Saya akan pulang ke kampus, minta maaf dengan semua orang, roommate, classmate, coursemate, my junior, my senior, my lecturer and tak lupa juga polis bantuan UiTM kerana hari-hari muka saya ni yang konfirm kena tahan, kena saman tapi saya tak perah mencarut kerana itu tugas mereka.
UiTM Melaka tempatku menuntut ilmu, akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku,
Tidak pernah kenal erti jemu untuk menghadap buku kerana itu adalah tanggungjawabku.
Untuk membantu ibubapaku.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Saya terfikir di manakah saya akan berada pada esoknya.?
Saya minta tolong semua orang, jangan menangis jangan merauang,
Kerana satu hari nanti anda juga akan turut ikut.
Saya juga dah pernah berjanji, yang I have been the best of man, the best of friends, the best of umie and abah's last son, the best of anything, so guys, here's the last one.

Jika Saya Mati Malam Ini, 

Adakah saya akan dimaafi.? Adakah saya akan diampuni.?
Oleh mereka yang pernah saya terguriskan hati.
Kepada mereka, seribu kemaafan saya pinta,
Bersungguh-sungguh maaf diminta,
Ingin saya peluk awak untuk kali terakhir jika diberi masa.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Mesti ramai akan tertanya kenapa say dah lama tak online dan update status,
EMYCORE MAZLAN,
nama kontroversi, Ustaz Hardcore gelaran diperoleh,
Ramai pengLIKE dan juga Pembenci,
Status dikatanya plastik padahal itulah realiti.
Nama yang akan dirindukan oleh semua yang pernah walling,
Jangan risau, masa itu saya sangat bahagia di sisi Allah.
Jangan menangis, jangan bersedih,
Teruskan berdakwah pahala diperoleh,
Moga keberkatan sama-sama ditagih, Dunia selamat, Akhirat pun selamat.
 
Jika Saya Mati Malam Ini,

Cuba awak fikir saya kemalangan malam ini,
Masa awak call saya tiba-tiba telefon saya engaged tanpa sebab.
Adakah masa itu awak akan wonder araound kenapa saya macam tu.?
Adakah masa itu awak akan menyesal dengan ketiadaan saya.?
Adakah pada masa itu awak akan datang mencari saya.?
Adakah pada masa itu awak akan datang menziarahi saya.?
Adakah awak akan datang di hari pengebumian saya.?


Jika Saya Mati Malam Ini,


Siapa akan simpan baju hardcore, supra dan juga lagu di dalam lappyku.?
Siapa akan simpan koleksi full capku.?
Siapa akan diamanahkan untuk mengayuh fixieku.?
Jangan risau..Saya dah amanahkan seseorang untuk texting semua orang dari A sampai Z 
Beritahu saya tiada lagi di dunia ini.
Juga mendoakan saya R.I.P.






Jika Saya Mati Malam Ini, 


Saya akan rindukan semua kenangan saya dengan awak, awak dan awak, Ex(s).
Dulu tiap-tiap hari awak akan dengar suara saya 
Tapi kini awak takkan dengar untuk selamanya.
Dengar saya membebel dan nasihat awak,
Paksa dan suruh awak solat, makan ubat 
Dan beritahu saya apa sahaja.
Tapi kini awak takkan dengar itu semua 
Sebab saya sudah mati di hati awak dan juga duniawi yang yang tercinta.

Saya tahu saya tak sempurna di mata awak, saya jahat dan saya selalu sakitkan hati awak.
Jangan risau, dengan ketiadaan saya, hidup awak mungkin akan berubah,
Bahagia lah awak degan insan yang mampu bahagiakan awak lebih dari saya.
Tapi jangan lupa pesan saya, 
Solat itu tiang agama, 
Bercintalah dengan Allah kemudian baru cintai orang yang awak cintakan itu.




Jika Saya Mati Malam Ini, 

Jangan lupa kawan, kita hidup untuk berbuat baik, berbuat bakti, 
Jangan sia-siakan apa yang dah diberi,
Fokus dalam apa yang kalian semua ceburi,
Moga berjaya di masa depan nanti.
Jangan sedih kawan,
Saya hanya mati di duniawi tapi dalam hati mereka yang ingat saya, 
saya sentiasa tersemat statik.
Ingatlah saya, doakanlah saya, moga saya tenang di alam sama,
Moga kita bersua di Jannah sana.
Saya terlalu sayangkan anda semua tapi Tuhan lebih menyayangi saya.

Tuesday 7 February 2012

Post Islamic Stuff Bajet Alim?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)


Ahlan Wah Sahlan Ya Marhaba Ya Akhi / Ya Ukthi ke Blog ana yang tak seberapa cantik ini. Selamat hari Selasa dan semoga enti semua sihat sejahtera dirahmati oleh Yang Maha Esa.

" Ekelehh, hari-hari post benda Islamik padahal diri sendiri pun tak betul"


" Amboii. kemain lagi mengata orang yang tak bertudung, bertudung tak semestinya baik lah babe "


" Kenapa suka sangat post benda-benda yang menakutkan ni, semak lah NewsFeed "

" Nak ceramah orang pergi masjid, bukan dekat sini, jangan jadi ustaz/ustazah tak bertauliah "


Okay, statement di atas is randomly typical reason tentang mereka yang tidak mampu untuk menerima KEBENARAN. Statement sebegini akan timbul jika terdapat rasa SLACK di dalam hati seseorang tentang apa yang orang lain post. Means that sebagai contoh when that person Post something about bertudung and kebetulan ada sorang makwerr ni dia tak bertudung, dia akan rasa benda tu di tujukan kepada dia and at that time akan timbul simptom SENTAPMAKNAK.


Sebenarnya, tujuan sesuatu laman sosial tu dibuat adalah tempat kita untuk berkongsi pendapat, meluahkan perasaan serta berkongsi ilmu yang bermanfaat tetapi ada sesetengah dari kita yang kurang bijak sebenarnya untuk bergaul dan tidak berani untuk menghadapi kenyataan tentang sesuatu statement yang dibuat atau benda yang dishare. Cuba kalau kongsi dengan meletakkan gambar awek dan juga jejaka yang tampan hensem bergaya badan ketak-ketak, rasanya beribu orang akan share tanpa kompromi right.?!

Ana tak berkata semua tetapi cukuplah ana menyatakan segelintir sahaja yang bersikap sebegitu. Actually, kenapa timbul statement-statement yang sedemikian.? Adakah enti semua pernah terfikir.? Adakah salah ibu bapa.? Atau salah diri sendiri.? Salah rakan-rakan atau persekitaran.? Baiklah, ana akan berkongsi dengan enti semua Troll yang ana buat sendiri tanpa meniru dari mana-mana Blog dan berlandaskan kepada fikiran waras ana.


Tuju-Menuju


Kebanyakkan dari kita semua suka menuju sesuatu status atau statement kepada orang lain. Obviously ana pun pernah lakukan. Sebagai manusia kita tidak mampu lari dari membuat salah. Bila ditanya kenapa menuju? Maka jawapan yang diberi adalah kerana geram melanda diri dan juga rasa marah yang meluap. Ana hendak tanya, dari mana datngnya sifat MARAH itu.? Adakah dari atas pokok.? Atau dari kedai pajak gantung.? Semestinya datang dari HATI kita sendiri.


Simptom Tuju-Menuju ni dah jadi santapan mata kita semua hari-hari. If the things we want to tuju is a GOOD things then fine with it tapi cuba kalau benda yang kita nak tuju itu bertujuan DOUBLE MEANING.? Kalau berkait tentang Islamic Stuff pula, tujuan asalnya bukanlah hendak menuju-ketuju atau meminta perstujuan tetapi sekdar ingin berkongsi Ilmu Akhirat untuk santapan rohani. Tidak usah merasa benda yang di SHARE itu tujuannya menuju-tuju. Tolong BUKA MINDA luas-luas.


Kau Ingat Kau Bagus.?


This is the one of the most wajib stuff ayat yang kena ada sebelum ayat-ayat lain muncul which is are " KAU INGAT KAU BAGUS.".? Yeah, kalau that person rasa dia bagus kenapa tidak.? At least dia cuba menyedarkan mereka-meraka yang di luar sana yang seronok berkhayal dengan nikmat dunia. Ana berkata bukanlah ana hendak perasan bagus tapi kenapa sebilangan antara kita yang suka berfikiran sedemikian.? Tidak rasa malu kah berfikir sebegitu dengan tidak suka melihat kesenangan orang lain.? Tidak suka melihat apa yang orang lain lakukan.? Semuanya ber basic kepada perkataan BAGUS yang bagi ana tidak ada maknyanya jika hendak share something yang berunsur pendidikan.


Sebenarnya, mereka-mereka yang berkata ayat serti di atas merasakan diri mereka INSECURE. Ana ulang kembali, INSECURE. Kerana mereka rasa terancam dengan Islamic Stuff yang di post. Kenapa mereka rasa benda itu tidak patut untuk di post, belajar agama sendiri-sendiri. Yaa, memang belajar agama itu sendiri-sendiri tapi ilmu perlu diraih bukan disuap seperti ibu enti yang menyuap nasi. So, buang rasa sebegini dalam hati kerana kita hidup tak selama mana, ilmu yang kita ada sekrang belum cukup untuk menampung kita di alam sana. Nauzubillabinzalik

Kubur Masing-Masing Lah Babe.


Iya, memang benar sekali, kubur masing-masing. Pernah pulak enti semua dengar suami isteri yang meninggal berkongsi satu lubang linag lahad.? Bukan hendak cerita tentang Mati tetapi ini kiasan kepada soal pahala dan dosa seseorang. Look, when someone post the Islamic Stuff or someting which is are educative, he/she are triying to avoid you from getting DOSA free-free. Got it Babe.?


Lets play with an example, ada sorang girl ni dia tak bertudung tapi dia post tentang keburukan tidak bertudung and at the same time ada sorang girl ni freehair jugak. Apa yang dia fikir tentang girl tu.? Semestinya dia akan " Elehh, kau tak bertudung lepas ti sibuk nak post benda bertudung " atau dalam pepatah," lebih sudu dari kuah ", sebab yang post taht kind of stuff is a girl with karat-karat hair. Asssalamualaikum cik adik pendengki.? Tolong jawab salam ana ini ya. At least the rambut bebas girl tu ada EFFORT and maybe dia nak cuba berubah, dari awak.?


Here's another example, ada sorang makhluk Allah ni dia post tentang kematian and at the same time ada lah satu group ni dok tengah sibuk bersembang kencang wallpost pasal Zouk, tak ke menimbulkan rasa tersentak dekat situ and mula lah perangai kanak-kanak tadika mereka ni dengan berkata " Kubur masing-masing lah, jangan kacau hidup orang boleh. " . Ana hendak bertanya, dia ada touch body enti semua.? Dia ada usik ketiak enti.? Sudah semestinya tidak bukan.? Memang kubur masing-masing tapi mereka-mereka yang post benda tu taknak lah enti semua kena seksa double extravaganza masa dalam kubur nanti. Masa tu adakah enti semua baru hendak membuka kitab panduan bersolat.?


Post Islamic Stuff tidak menunjukkan yang kita semua ni baik and tak bermakna kita mampu cop Jannah Allah tapi sekurang-kurangnya kita semau sebagai manusia perlu ada sikap nasihat-menasihati, ingat-mengingati, kalau mahu mati macam P.Ramlee, " Ana mati dalam iman ", mati senyum sendiri. Ilmu Allah tak salah untuk berkongsi, bolleh dibawa sampai mati, boleh tolong kita masa di sana nanti. Wassalam.

Wednesday 1 February 2012

Luahan Hati ♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.



Untuk entry kali ni, ia sangat-sangatlah lain dari yang sebelum ni sebab before this aku banyak mengupas dan mengopek isu-isu dan juga permasalahan orang-orang di sekeliling aku. Today I just want to share with all my Folowers , Readers and also my Stalkers bout what Imma feel and apa yang korang kena tahu pasal aku.

Okay, korang mesti pernah ada rasa something dalam hati yang  korang nak luahkan seperti ketidak puashatian atau korang rasa its time untuk korang shoot habis-habis and so on kan kan.!? Bila kita ada dalam world of Blog ni, kebebasan untuk menulis tersangat lahh bebas tapi jangan pulak membabitkan politik sebab aku takut korang boleh jadi macam tutt dan tuttt*censored*

Ni antara aku nak luahkan dekat korang semua apa yang aku rasa mengikut kategori. So Korang pilihlah kategori mana korang nak mana sebab aku ni terlampau ramai sangat kawan dan juga lawan yang sampai aku tak kenal tapi dia beria cakap kenal aku.awww~


Haters,Stalkers


Oh hai.! Ehh, lupa pulak, do i know you.? ahax.! Okay lah, aku cuma nak cakap thanks sebab benci aku, thanks sebab stalk aku, thanks untuk segalanya sebab tanpa korang-korang ni, aku maybe tak dapat nak jadi macam mana aku jadi sekarang.

Aku tak tahu kenapa korang benci aku, kenapa korang tak suka aku. Adakah sebab usia aku yang dah lanjut ni membuatkan korang rasa nak jadi macam aku.?Ala-ala bapak orang gteww.aww~ Tapi takpe, aku cuma nak korang tahu yang aku tak pernah rasa nak membenci orang sebab kita hidup ni tak selama mana. Bila-bila masa Allah boleh jemput kta naik keranda untuk dating dengan DIA. :)

Bila kita membenci orang, trust me, kita akan rasa hidup kita tak tenteram. Yes.! Dulu aku memang kuat berdendam tapi lepas aku dah mencapai usia kunci kebebasan aku, aku dah boleh berfikir untuk apa kita nak bendendam, untuk apa kita nak membenci sesama kita sebab masa di Padang Masyhar kita semua bogel, sama je nak pergi menghadap Allah.

Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan sebab bila korang benci aku, aku mengambil inisiatif dengan  memuhasabah diri aku, korang yang benci aku pun kenalah buat jugak kan, baru adil dan petak kan kan.
Aku tak pernah doakan yang buruk-buruk untuk korang so korang jangan risau ya, aku tak sekejam Firaun dan Namrud. :)

Sibling Palsu dan Mereka Yang SAYANGKAN Aku


Hai adik, abang, akak dan juga ibu bapa angkat emy.! Sambil bertemakan lagu Skrillex, emy menulis entry ni untuk kalian. Emy tak tahu macam mana emy nak balas jasa kalian yang sentiasa ada untuk emy bila masa emy susah dan juga senang. Emy hendak memberitahu yang emy terlampau sayangkan kalian semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


Emy sebagai manusia tidak pernah lari dari membuat silap, emy ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki emy sekiranya emy ada pernah buat kalian terasa hati atau terasa jantung pada kalian sebab kita ni manusia tak boleh nak detect kalau hati orang lain terluka kan kan.

Emy doakan moga hidup kalian sentiasa ceria, jangan mudah berputus asa dengan ujian Allah kerana Allah cuba ingin menguji iman kita, sejauh mana ketakwaan kita terhadap-Nya. ♥


Ex-Lovers


Hai sayang, baby, darling, mucuk, ayang , anje , mama , mumy and semua nama-nama manja yang aku pernah panggil. Mesti you terkejut kan kenapa tetiba i terseru nama you.hihix.~ Okay, i tulis ni dalam keadaan mood i ala-ala macam Ombak Rindu gteww. I cuma nak cakap even you dah lupakan i, i tetap ingat you sebab i belum cukup nyanyuk lagi. Walaupun kita dah tak semesra dulu, dah tak sebaik dulu tapi bagi i, you tetap macam mana kita kenal dulu.

Dulu tiap-tiap malam kita text, tiap-tiap hari kita bertanya khabar, sihat ke, dah makan ke belum, dah berak ke belum, sembelit ke, ada rasa nak mati ke. Dulu bila i tak makan mesti you paksa-paksa i, kata makan lah makan lah, nanti sakit siapa susah.? You jugak kan, tapi sekarang bila you tahu i tak makan you buat donno je.


You, you sendiri tahu i ni ada Nosebeleeding kan, dulu bila i cakap hidung i berdarah, cepat-cepat you call i text i tanya okay ke tak, sekarang ni bila tahu i macam tu, you mana nak ambik kesah kan. You pun tahu kan i ni jenis suka buat kerja giler yang orang lain tak mampu dan tak tercapai dek akalmu untuk buat kan. I suka lari laju-laju langgar dinding, i suka main flip sampai terkehel, kayuh fixie lelaju sampai almost nak kena lenggek dengan lori simen, suka menyusahkan hati perut you, suka buat you asyik fikirkan pasal i. Tapi sekarang keadaan sangat berubah, you dah tak text i, you dah tak pernah call i, tanya i okay ke tak jauh sekali lah kan. Maybe you dah bahagia dengan orang lain, I doakan yang the best untuk you walaupun hati ni pedih bagai dihiris pisau pendidikan seni adik i.

Lagi satu, Dulu bila i cakap i nak MATI mesti you marah-marah i tapi sekarang bila i mention MATI 12 ratus kali depan you, sikit pun you tak heran. Yelah, orang dah tak sayang kita mesti lah berperangai macam tu kan.

I tak kisah you nak cakap i ni Munafik, Penipu, Pembohong, Liar *ehh sama lah tu* sebab i deserve dapat semua tu, i berjanji dengan you macam-macam tapi i tak tunaikan. Maafkan i, i bukan nabi yang maksum, i juga bukan wali-wali Allah. Kalau boleh i taknak hubungan kita menjadi keruh hanya disebabkan ada tanda EX(s) dekat dahi i ni. Jujur i cakap i sayangkan you walaupun dah takde makna bagi you tapi kita masih lagi boleh menjadi sahabat kan. Jodoh i sekarang bukan dengan sesiapa, i taknak mengharap atau memberi harapan. Biarlah yang di atas sana membuat kerja,  


You, bila i sedih, i akan dengar lagu-lagu yang suka, tak kira lah lagu tu bahasa melayu, inggeris atau bahasa asing seperti korea dan jepun. Bila you tak text i, i rasa lain tapi takpelah, sebab i you jadi macam ni, sebab i juga hati you berubah.

Apa sahaja yang you buat sekarang, i doakan moga you sukses, i cuma nak you tahu, i tak pernah doakan yang buruk-buruk untuk you, buka aib you sebab i tahu aib i lagi teruk dari you. You jangan risau, semua apa yang kita lalui dulu, i akan simpan ketat-ketat dalam hati i, siap keypad lock solex lagi.

Bila you tahu i dah takde kat dunia ni satu hari nanti, datanglah ziarah i, siram air mawar bagi i rasa sejuk, tabur bunga bagi wangi rumah kedua i tu. Sedekahkan Fatihah bagi jiwa i tenang di sana. :)    

Saturday 28 January 2012

SKRILLEX : Woob Wooble, DJ Dubstep New Era.

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. :)

Heyya peminat muzik tegar.! Tak kira lah sama ada korang dengar pop aww aww, besi hitam, rock batu rock  atau lagu bahasa yang korang tak faham (Korea).

Muzik ni UNIVERSAL. Yes.!tak dapat dinafikan sebab aku sendiri pun kadang-kadang macam lalang juga, dangdut pun jadi aku layan.hihi. Macam ada certain-certain manusia ni, bila kita dressing K-Pop dorang akn mark kita ni dengar lagu orang basuh eyak tak bersih, bila kita dressing gegirl ala-ala Britney orang ingat kita dengar pop aww aww tun semua. Stop it lahh babe.! Sebab pakaian tak mencerminkan diri atau fahaman muzik seseorang.pppfft~

Untuk entry aku this time aku nak sharing is mereng dengan korang tentang one of kind a music yang bebudak bandar suka dan gila-gilakan which is DUBSTEP. Budak kampung tak semestinya tak boleh dengar sebab bagi aku kampung people lagi update dari bandar kot, orang kampung pun tahu tutup aurat dan tak cucuk-cucuk langit tanpa sebab ni.aww~


Meh sini aku nak share dengan korang dubstep tu amende. Its about a combination  Electronik music dengan bunyi-bunyi pelik. Apa yang menjadikan ianya unik sebab korang akan dengar bunyi pelik seperti orang sendawa iaitu WOOB WOOBLE or something like that lah.

Untuk DJ pulak, aku nak intro bagi yang tak kenal lagi mamat ni. SKRILLEX, siapakah beliau.? Okay, ni bio dia yang korang boleh baca, kalau tak minat baca pun takpe, aku tak rugi apa pun.hihi

Sonny John Moore (born January 15, 1988), better known by his stage name Skrillex, is an American electronic music producer and former singer–songwriter. Raised in Northeast Los AngelesCalifornia, Moore joined the American post-hardcore band From First to Last as the lead singer in 2004, and recorded two studio albums with the band (Dear Diary, My Teen Angst Has a Bodycount, 2004, and Heroine, 2006) before leaving to pursue a solo career in 2007. He began his first tour as a solo artist in late–2007.
After releasing the Gypsyhook EP in 2009, Moore was scheduled to record his debut studio album, Bells, with producer Noah Shain. However, he ceased production of the album and began performing under the name Skrillex. After releasing the My Name is Skrillex EP, he released the Scary Monsters and Nice Sprites EP in late–2010 and More Monsters and Sprites EP in mid–2011. Both have since become a moderate commercial success.



Act, DUBSTEP ni dah lama cuma budak-budak kita ni je yang macam agak Jakun sikit, baru nak tau semua. Diikutkan muzik ni terbawa gara-gara pembawaan oleh DJ-DJ hebat macam Daft Punk, Bob Sinclair and David Guetta  tapi Dubstep ni lahir atas landasan ia sendiri, means that muzik dia tak follow up mana-mana, it just create its own music.

Kalau diikutkan the REAL DUBSTEP, aku bet takde siapa lalu nak dengar sebab ia sangat the most membosankan tapi sejak Skrillex ni masuk dalam scene electronic music ni, dunia berubah and ramai dah mula start minat dengan bunyi-bunyi pelik tapi comel yang dibuat oleh beliau.



Overall aku nak cakap pasal mamat putih ni, beliau sangat ohsemm.! Berjaya menjadi millionaire dalam usia yang sangat muda dan berjaya mencetuskan satu fenomena muzik yang orang lain boleh buat tak tak semampu beliau and he is the one music icon that i INSPIRED sebab dia terlalu cool untuk di describe kan..Woob Woobbbbbb~

Friday 27 January 2012

The Do's and Dont's Bila Di Mukabooks Dan Twitter.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Whats'up mukabookers and twitteresss.!

Aku pasti bin sure yang semua orang ada akaun Facebook and not all have a Twitter right.?! Macam aku pun buat about 1 month ago, tu pun sebab ada yang memaksa and lagipun lagi senang untuk aku meroyan berbanding Facebook yang penuh dengan AGAS-AGAS.

Bila kita update status atau What's on your mind dekat dua benda alah tu, ofkoslah kita rasa eksaited sangat nak cerita luar dan dalam kain kita kan kan.!? Oh yeah.! memang lah rasa seronok kerana kita nak ceritakan dekat satu dunia apa yang kita buat harini, apa yang kita rasa, sedih ke, rasa nak terjun bangunan sebab kapel kita lamar kita ke and bla bla.

But beware.! Not all of our status tu orang lain suka and tak semua orang mampu terima dengan cara gurauan kita bila bersosial di laman so ewww tu.

So ni antara my tips untuk korang yang nak berjinak-jinak jadi ala-ala macam Mark Zuckenberg yang sekali update 200 000 yang LIKES walaupun dia tulis "BRB" sahaja. The things that you should do and you souldn't do when u bermukabukus and bertwitters.

Do's




Update Status yang LOGIK.


Tak semua orang ada bakat untuk berfikir secara logik sebab kebanyakkan kita lebih suka berangan dan berimaginasi kerana benda tu jela yang mampu menghappymeal kan kita yang tengah bergaduh dengan pakwerr lah, kena maki hamun dengan boss lah and berangan ni mesti one of your fav hobi kan kan.!?

Bila meng-update-kan status , make sure yang korang tulis mengikut logik akal. Untuk orang yang macam aku ni, aku jenis tak kesah korang nak tulis " Harini aku terbang macam superman ke office". Demm! Itu sangat ohsemm dude.! and ofkos aku akan like tapi bagi sesetengah orang dorang akan baca tapi harapan untuk LIKE sebab apa.? Sebab dorang akan ingat korang ni tengah HIGH. hewhew~


Update Status Yang Betul-betul Penting.


Act, this thing aku agak tak bersetuju tapi bagi sesetengah orang yang mempunyai sense of jiwa tisu mereka akan berpendapat sedemikian so aku selitkan jela even aku tak berapa nak agree. Bagi the golongan jiwa tisu ni, mereka akan berkata " Update status bila perlu jela wehh", Hell no.! Kenapa perlu macam tu.? Memang lah kan facebook dengan Twitter tu dijadikan untuk kita update status sekali sehari kan, bil internet pun secara cool akan berjalan walaupun kita tak pakai..prffft~

Lagi satu, rakyat Malaysian ni amat suka pada benda-benda yang berbentuk Surat Berantai or Pesanan Nabi something like that. Yes.! Kalau benda tu aku amat setuju sebab automatik akan mengingatkan kita semua tentang kematian, akhirat and so on and post jela ikut sukasuki korang sampai berbelit jari korang tu.


Twitter - Bersosial lah dude.


Haa, kalau dekat twitter pulak, janganlah nak harapkan orang lain je yang nak tweet korang, korang pun kena lah merajinkan jari jemari korang untuk bertegur sapa dengan makhluk unknown tu semua. Bergaul lah even tak banyak mana pun. Aku tau ramai bagi alasan MALU nak tegur. Deyy deyy.!Zaman sekarang malu kena tinggal, simpan malu tu dekat bawah ketiak okeng.?!


The Dont's


Update sehari 200 300 kali.


Aku tau korang ni berjiwa dan berakal ala-2 Picaso giitewww, mempunyai banyak ide untuk menaikkan status tapi tak perlu lah setiap 5 minit naik satu , selang 5 minit naik lagi. Untuk orang macam aku, aku cool je sebab orang macam tu dia ada banyak benda untuk di share dengan kekawannya.

Bila korang asyik update memanjang, satu sifat yang korang sendiri pun tak suka iaitu ANNOYING akan dicop dekat dahi korang. Dari korang dok sibuk nak update paal diri korang cuba sekali sekala korang menyemak dekat WALLPOST orang, berkawan wehh berkawan.

Benda ni selalu ada dekat page orang-orang barangpanas. Yeah.! Sekali dia naik 100 LIKE dalam masa 5 minit. Itu sangat interesting tapi kena jaga-jaga jugak , yg LIKE tu ada 2 golongan iaitu FANATIKS and also HATERS dumdam.


Twitter - TIMELINE Penuh Dengan Muka Sendiri.

Bila dekat Twitter lain pulak ceritanya. Tulis-tulis pastu sent, itu benda yang paling senang selain makan dan juga korek hidung tapi korang tahu tak yang muka korang je penuh dekat TL tu (bagi yang Follow korang) and is shows that korang ni macam nak meng-expose--kan diri korang secara lebihan. Kurang-kurangkan bertweet dengan diri sendiri, means that korang bercakap dengan cermin. Nak rasa macam not Forever Alone, try lah TROLL yang ada dekat tepi tweetdeck korang tu. And that baru orang lain tau yang korang ni ada "kawan" even macam takde je.

Asyik Nak Maki Hamun jewwww

Trend sekarang, tak puas hati, update status dekat Mukabukus, Bergaduh mulut, tak cukup dalam fon tweet dekat Twitter pastu keluar dekat TL. Wahh.! Amazing.! PM kita tu kalau dia marah pun ada dia buat macam tu ke babe.? Indeed nit right..!? Sebab beiau tahu SENSIVITY bila bersosial + PM pun takde masa nak melayan marah-marah ni ehh. Facebook dan Twiter ni tempat untuk kita mencari kawan dan bukannya tempat kita untuk mencari lawan. Nak bergaduh sangat, register nama dekat WWE tu okay.

Bila dah start simpton maki hamun ni, secara langsung orang yang takde kena mengena pun akan turut join sekaki and MENG-YES-KAN apa yang korang tulis tanpa dia tahu pokok pangkal cerita. That not cool bebeh.! Tak puas hati IM ada, BBM ada, Public Fon ada boleh calling-malling kenn.


Via BB, Android and Mobile


Budak sekolah sekarang pun dah mampu nak pakai BB weh. Yaa, ni bagi untuk golongan yang suka via mobile network ni. Aku tau korang mampu nak update apa-apa yang korang buat tak kira masa and itu hak korang tapi korang kena tau yang ta semua benda patut korang share and korang pun tahu kan ada je golongan ANTI-VIA BB bagai ni semua, tak senang mata orang tengok kalau dah setiap 4 5 minit update status, better buat BLOG je macam tu.aww~

Mix-up Hal Peribadi dengan Bersosial


Aku tau korang bengang dengan makwerr pakwerr korang yang tak reti nak jaga nak jaga hati korang tapi perlu ke sampai nak dibawa masuk ke dalam laman sosial yang kita sendiri tak tau mana tala hala orang yang online tu.? Not everyone can accept us and for sure dorang akan meluat bila hari-hari korang nak emo-emo update statsu pasal jiwa lara hati terluka ni. Try not to mix up hal dalam kain korang dengan orang lain, Bila korang buat macam tu, ramai yang akan nak kawan dengan korang and dorang takkan mark korang PSYCHO.

Theres not Pro and Cons bila kita bersosial ni. Antara kita nka bewar atau keep langgar with it. You choose, your life kan, aku tak campur.Hoho.Peace yaww.!!!

Monday 23 January 2012

5 Typical Janji Masa Berkapel-Mapel Tapi Tak Ditunaikan.

Assalamualaikum Warahamatullah Hiwabarakatuh.


Heyya Boys and Girls.! Whats up.?! Agak-agak ada lagi tak janji yang korang lupa nak tunaikan.?

Mesti korang semua masa bercinta dulu dok sibuk-sibuk ada janji itu ini dengan kapel korang kan. Macam-macam janji lah yang korang buat sampai ada yang cakap "Till Death Do Us Part" and so on tapi last-last hubungan tu yang death and bukannya korang.

Haa, kalau korang perasan masa korang berjanji tu mesti akan rasa self confidence yang suam-suam milo sebab korang not sure either you promise tu mampu ditunaikan atau pun tak kan kan.?!

For sure lah masa korang berjanji korang akan rasa :

" Eh, gua mampu lah sebab dia kan girlprengg/boyprengg gua, HAK gua, so buat apa gua nak rerisau sangat."

Okay, ramai yang main tentang HAK bila berkapel tanpa akad nikah ni baik laki mahupun si gadis. Kenapa perlu main HAK sedangkan si dia belum tetntu lagi nak dekat kau seadannya.? Kadang-kadang aku pelik dengan budak-budak sekarang yang sibuk dok main pasal HAK. Kononnya dah kapel lepas tu dia sorang jela boleh conquer mamat/minah tu sorang tanpa memikirkan yang orang yang dia dok kapel tu sepender pun mak ayah belikan lagi.Pffft~

Okay, berbalik pada JANJI-JANJI SWEET BUY NOTHING, aku just nak share dengan korang antara janji-janji yang budak-budak sekarang ni cakap masa kapel.


I Won't Leave You, I Swear.

Ini antara typical janji yang korang pernah dengar. Aku taktau kenapa perlu ada perkataan SUMPAH tu. Adakah ia dikaitkan dengan cik sesumpah berwarna hijau yang suka bertenggek dekat pokok tu atau what.? For sure, gentle aku cakap budak-budak sekarang dah tak takut dengan sumpah-seranah ni sebab bagi dorang sumpah ni macam makan megi tomyam tu haa.

Bila dah janji taknak tinggal tapi kenapa tetap tinggalkan.? Jangan berjanji takkan tinggalkan sebab one day kalau korang yang tak tinggalkan, maybe kapel korang akan buat dekat korang dengan macam-macam alasan.

I Takkan Main Kayu Api 10 Batang.

Benda ni biasalah bagi lelaki macam aku kan. Konon berjanji taknak main kayu 3 bagai tapi buat jugak sebab apa.? Sebab NAFSU bhai. Lelaki kan ada 1 nafsu dan juga 9 akal, yang 9 akal tu lah digunakan untuk menipu aweks-aweksnya.

Once dah main kayu 3, tak mustahil akan nak buat lagi untuk relay yang coming soon kan so its better for u gegirls to beware with this kind of guy especially yang selalu tukar relay dkt FB tu kononnya FAKE padahal dia dah kena dump atau dia yang meng-dump aweksnya tu.


Kahwin-mahwin Lagi 123457890 Tahun Lagi.


Lets Get Married bebeh.!Oyeah.! Sekolah tak habis nak cakap pasal kahwin. Ingat kahwin tu macam main pondok-pondok.? Macam main galah panjang siapa kena tag dia loser.? Ini lagi satu janji-janji orang yang dok hangat berkapel ni.

Bagi yang betul-betul serius its okay lah sebab dorang ada effort, ni yang aku nak cakap pasal budak-budak yang masih di alam kain biru seluar taik lembu ni dah memandai nak kahwin-mahwin atau tak pun dorang buat married sendiri dengan diwalikan cikgu serta saksi oleh rakan sekelas.Hihi.

Kerja kahwin ni  bukan kerja main-main. Once kau dah lafaz nak kahwin, means kau dah dikira engaged secara batin dengan pasangan kau tu. Dosa pahala aku taknak sebut sebab Blog aku bukan blog Manisnya Kurma ini. Just wanna sharing is mereng dengan korang tentang bahayanya bila bercakap bab-bab kahwin ni.

Bagi lelaki, benda ni macam main-main tapi for girls, dorang akan anggap this is serious matter sebab well, siapa taknak kahwin beb.!? Kalau aku jadi perempuan pun akau sekasaited. Janji tinggal janji dibawa ke mimpi jela derr.

I Takkan Sakitkan Hati You


Pelease don't hurt my heart bie. Yeayy.! Imma already toreh-toreh your hati lahh sayang. Dah, shuhhh-shuhh.!! Chakk.! Ini antara lagi satu typical janji yang bagi aku memang tak patut korang lafazkan sebab benda ni hari-hari korang akan buat tak kisah lah sama ada dengan kekasih terang atau gelap korang ke atau mak yah korang ke, kawan-kawan semua.

Life is imperfect, yaa, aku tau tu and thats why aku cakap korang perlu avoid doing this thing. Nak tahu kalau someone tu tengah sakit hati atau terluka sana sini, dekat laman sosial Mukabulu tu. Hari-hari ada je status sakit hati itu lah ini lah sampaikan aku dah boleh baca sambil tutup mata je haa.



Walaupun Kita Jauh, Kita Akan Sentiasa Dekat Di Hati <3


Aww.! So suweet of you lah. puihh.! Haa, ni lagi satu, jauh di mata dekat hati. Dah macam iklan TV9 tu. Janji ni sangat femes since zaman Hang Tuah lagi. Well, bila dah jauh, mula lah akan buat benda yang bukan-bukan. Kapel kau bukannya tahu pun kan unless kalau korang ni ada kimia yang sangat kuat serta saling mempercayai.

Baru-baru ni heboh dekat Youtube dengan Facebook pasal video LONG DISTANCE RELATIONSHIP between a guy from Singapore and the girs was from Sweden (If i was not mistaken) bout their long distance relay yang sangat ohsem.! Thats good bro sebab aku boleh nampak effort this guy yang bersungguh-sungguh nakkan perempuan tu.

Nak jadi macam dalam video tu korang kenalah ada sense of trustworthy and also sense of humanity. Kalau ada trust tapi korang ni jenis kejam and pentingkan diri. No point kapel-mapel for you bebeh.

Bila dah berjanji, kenalah ditunaikan. Tak guna berguna kalau tak ditepati bak kata Saloma. Kalau tak mampu nak tunaikan, just go on with your relay but make sure jangan letak apa-apa harapan dekat kapel korang tu. For guys, perempuan ni bro dia senang perasan and touching. For girls, guys ni jenis endah tak endah bila dia cakap, dalam 10 cakap dia, satu je yang boleh diapakai so choose it wisely aite babe.?! :)

Friday 20 January 2012

Kenapa 'Merungut' Di Facebook Dan Twitter.?

Asssalamualaikum warahamatullah hiwabarakatuh

Hey jejaka perungut serta awek yang suka mengomel.!

Siapa yang tak pernah MERUNGUT.?! Yes.! Tak dinafikan semua orang dalam dunia ni akan mengalami simptom dimana dia akan bercakap sorang-sorang, meyumpah seranah benda yang tak bernyawa even orang yang lalu lalang yang tak berdosa tu pun jadi dihamunnya.

Act, wahat is MERUNGUT.? Well, yang korang semua tau merungut tu mestilah macam pppffff~ atau sigh* kan. Itu dalam bahasa kayhell ewwww yang korang dok tulis dalam text, bbm and so. Apa yang aku nak cuba terangkan di sini ialah kenapa orang suka merungut.

Dekat mana dia selalu merungut.? Sudah semetinya di dua halaman sosial yang menjadi kegilaan anak-anak muda serta mak-mak orang di luar sana untuk bersosial iaitu Facebook dan Twitter. Kenapa sesetengah orang suka merungut.


Boleh dikatakan hari-hari akan keluar status serta tweet yang berbaur rungutan macam

" Aku ni tak cukup baik untuk dia ke.? Aku tak cukup lawa/handsome ke.? " atau ini

" Sepender aku kena kebas bhai.! S*** betul.! " atau

" Harini letih, supervisor pulak buat perangai macam mintak santau je. " ataupun

" Fuhh.! Nasib baik aku ni waras, kalau tak dah lama aku pijak kau. "

Bunyi macam insane and sometimes agak annoyed kalau dibaca lebih dari 3x.ihix.! Tapi itulah hakikatnya yang terjadi di dunia kini. Manusia lebih suka merungut dengan harapan akan ada tangan-tangan gatal yang sudi berkongsi perasaan sama-sama ala-ala BFF gtewww.

Aku tau punca orang merungut ni sebab STRESS tapi janganlah sampai korang cuba memperbodohkan diri korang sendiri atau cuba memalukan orang lain. Bila nak merungut start from below, jangan main terus merungut je. Macam kau belajar ABC masa dekat tadika dulu, takkan nak skip GHI pulak kan.


Well, tak salah nak berkongsi rasa dan perasaan tu tapi kenapa perlu merungut.? Kenapa tak cuba mencari kaedah alternatif lain selain dari sindromm merungut tu.? Kadang-kadang terbelahak aku tengah sedut Slurpee bila ada ada yang sanggup merungut pasal Boyprengg main kayu api 10 batang lah, awek curang terserampak dekat Pavi lah. Paling ohsem ada yang gigih sanggup membocorkan rahsia yg tak patut dekat public. Itu sangat tak nais lah babe.

Kalau merungut benda-benda yang berfaedah takpe lah jugak kan sebab normal lah orang merungut ni tapi ada yang suka merungut benda pelik-pelik dan juga common sampai kadang-kadang dalam sehari memang takdenya status atau tweet dia yang macam menunjukkan dia tu happymeal. Nak kata Forever Alone pun tak boleh jugak. UNDEFINED person.


Seelok-eloknya nk merungut berkalau-kalau ni lebih elok merungut depan Tuhan dari terus memalukan diri sendiri dekat laman sosial yang belum tah kemana tu. Sesetengah orang, bila kita merungut atau mengadu dengan dia., mulalah dia akan bangg bangg.! kta balik, bukannya nak menasihati malah mengeruhkan lagi and sebenarnya pertolongan dari manusia ni kebanyakkannya TAK MEMBANTU. Bila kita merungut depan Tuhan, at least kita akan rasa tenang sebab masalah kita didengari olehNya.

So its better for you to sit back, muhasabah diri tu, think dalam-dalam apa yang korang dah pernah buat before this sampai satu masalah itu datang akan korang merungut bout it. Always be wise in whatever u do and just make sure that when u merungut u are not trying to make a fool of yourself but merungut cara bijak. Jangan cepat melenting, jangan cepat jadi singa berupa manusia. Always think + sebab tak rugi pun kalau kita sentiasa berfikiran baik-baik sebab yang baik itu kan indah aite.!?