Saturday 28 January 2012

SKRILLEX : Woob Wooble, DJ Dubstep New Era.

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. :)

Heyya peminat muzik tegar.! Tak kira lah sama ada korang dengar pop aww aww, besi hitam, rock batu rock  atau lagu bahasa yang korang tak faham (Korea).

Muzik ni UNIVERSAL. Yes.!tak dapat dinafikan sebab aku sendiri pun kadang-kadang macam lalang juga, dangdut pun jadi aku layan.hihi. Macam ada certain-certain manusia ni, bila kita dressing K-Pop dorang akn mark kita ni dengar lagu orang basuh eyak tak bersih, bila kita dressing gegirl ala-ala Britney orang ingat kita dengar pop aww aww tun semua. Stop it lahh babe.! Sebab pakaian tak mencerminkan diri atau fahaman muzik seseorang.pppfft~

Untuk entry aku this time aku nak sharing is mereng dengan korang tentang one of kind a music yang bebudak bandar suka dan gila-gilakan which is DUBSTEP. Budak kampung tak semestinya tak boleh dengar sebab bagi aku kampung people lagi update dari bandar kot, orang kampung pun tahu tutup aurat dan tak cucuk-cucuk langit tanpa sebab ni.aww~


Meh sini aku nak share dengan korang dubstep tu amende. Its about a combination  Electronik music dengan bunyi-bunyi pelik. Apa yang menjadikan ianya unik sebab korang akan dengar bunyi pelik seperti orang sendawa iaitu WOOB WOOBLE or something like that lah.

Untuk DJ pulak, aku nak intro bagi yang tak kenal lagi mamat ni. SKRILLEX, siapakah beliau.? Okay, ni bio dia yang korang boleh baca, kalau tak minat baca pun takpe, aku tak rugi apa pun.hihi

Sonny John Moore (born January 15, 1988), better known by his stage name Skrillex, is an American electronic music producer and former singer–songwriter. Raised in Northeast Los AngelesCalifornia, Moore joined the American post-hardcore band From First to Last as the lead singer in 2004, and recorded two studio albums with the band (Dear Diary, My Teen Angst Has a Bodycount, 2004, and Heroine, 2006) before leaving to pursue a solo career in 2007. He began his first tour as a solo artist in late–2007.
After releasing the Gypsyhook EP in 2009, Moore was scheduled to record his debut studio album, Bells, with producer Noah Shain. However, he ceased production of the album and began performing under the name Skrillex. After releasing the My Name is Skrillex EP, he released the Scary Monsters and Nice Sprites EP in late–2010 and More Monsters and Sprites EP in mid–2011. Both have since become a moderate commercial success.



Act, DUBSTEP ni dah lama cuma budak-budak kita ni je yang macam agak Jakun sikit, baru nak tau semua. Diikutkan muzik ni terbawa gara-gara pembawaan oleh DJ-DJ hebat macam Daft Punk, Bob Sinclair and David Guetta  tapi Dubstep ni lahir atas landasan ia sendiri, means that muzik dia tak follow up mana-mana, it just create its own music.

Kalau diikutkan the REAL DUBSTEP, aku bet takde siapa lalu nak dengar sebab ia sangat the most membosankan tapi sejak Skrillex ni masuk dalam scene electronic music ni, dunia berubah and ramai dah mula start minat dengan bunyi-bunyi pelik tapi comel yang dibuat oleh beliau.



Overall aku nak cakap pasal mamat putih ni, beliau sangat ohsemm.! Berjaya menjadi millionaire dalam usia yang sangat muda dan berjaya mencetuskan satu fenomena muzik yang orang lain boleh buat tak tak semampu beliau and he is the one music icon that i INSPIRED sebab dia terlalu cool untuk di describe kan..Woob Woobbbbbb~

Friday 27 January 2012

The Do's and Dont's Bila Di Mukabooks Dan Twitter.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Whats'up mukabookers and twitteresss.!

Aku pasti bin sure yang semua orang ada akaun Facebook and not all have a Twitter right.?! Macam aku pun buat about 1 month ago, tu pun sebab ada yang memaksa and lagipun lagi senang untuk aku meroyan berbanding Facebook yang penuh dengan AGAS-AGAS.

Bila kita update status atau What's on your mind dekat dua benda alah tu, ofkoslah kita rasa eksaited sangat nak cerita luar dan dalam kain kita kan kan.!? Oh yeah.! memang lah rasa seronok kerana kita nak ceritakan dekat satu dunia apa yang kita buat harini, apa yang kita rasa, sedih ke, rasa nak terjun bangunan sebab kapel kita lamar kita ke and bla bla.

But beware.! Not all of our status tu orang lain suka and tak semua orang mampu terima dengan cara gurauan kita bila bersosial di laman so ewww tu.

So ni antara my tips untuk korang yang nak berjinak-jinak jadi ala-ala macam Mark Zuckenberg yang sekali update 200 000 yang LIKES walaupun dia tulis "BRB" sahaja. The things that you should do and you souldn't do when u bermukabukus and bertwitters.

Do's




Update Status yang LOGIK.


Tak semua orang ada bakat untuk berfikir secara logik sebab kebanyakkan kita lebih suka berangan dan berimaginasi kerana benda tu jela yang mampu menghappymeal kan kita yang tengah bergaduh dengan pakwerr lah, kena maki hamun dengan boss lah and berangan ni mesti one of your fav hobi kan kan.!?

Bila meng-update-kan status , make sure yang korang tulis mengikut logik akal. Untuk orang yang macam aku ni, aku jenis tak kesah korang nak tulis " Harini aku terbang macam superman ke office". Demm! Itu sangat ohsemm dude.! and ofkos aku akan like tapi bagi sesetengah orang dorang akan baca tapi harapan untuk LIKE sebab apa.? Sebab dorang akan ingat korang ni tengah HIGH. hewhew~


Update Status Yang Betul-betul Penting.


Act, this thing aku agak tak bersetuju tapi bagi sesetengah orang yang mempunyai sense of jiwa tisu mereka akan berpendapat sedemikian so aku selitkan jela even aku tak berapa nak agree. Bagi the golongan jiwa tisu ni, mereka akan berkata " Update status bila perlu jela wehh", Hell no.! Kenapa perlu macam tu.? Memang lah kan facebook dengan Twitter tu dijadikan untuk kita update status sekali sehari kan, bil internet pun secara cool akan berjalan walaupun kita tak pakai..prffft~

Lagi satu, rakyat Malaysian ni amat suka pada benda-benda yang berbentuk Surat Berantai or Pesanan Nabi something like that. Yes.! Kalau benda tu aku amat setuju sebab automatik akan mengingatkan kita semua tentang kematian, akhirat and so on and post jela ikut sukasuki korang sampai berbelit jari korang tu.


Twitter - Bersosial lah dude.


Haa, kalau dekat twitter pulak, janganlah nak harapkan orang lain je yang nak tweet korang, korang pun kena lah merajinkan jari jemari korang untuk bertegur sapa dengan makhluk unknown tu semua. Bergaul lah even tak banyak mana pun. Aku tau ramai bagi alasan MALU nak tegur. Deyy deyy.!Zaman sekarang malu kena tinggal, simpan malu tu dekat bawah ketiak okeng.?!


The Dont's


Update sehari 200 300 kali.


Aku tau korang ni berjiwa dan berakal ala-2 Picaso giitewww, mempunyai banyak ide untuk menaikkan status tapi tak perlu lah setiap 5 minit naik satu , selang 5 minit naik lagi. Untuk orang macam aku, aku cool je sebab orang macam tu dia ada banyak benda untuk di share dengan kekawannya.

Bila korang asyik update memanjang, satu sifat yang korang sendiri pun tak suka iaitu ANNOYING akan dicop dekat dahi korang. Dari korang dok sibuk nak update paal diri korang cuba sekali sekala korang menyemak dekat WALLPOST orang, berkawan wehh berkawan.

Benda ni selalu ada dekat page orang-orang barangpanas. Yeah.! Sekali dia naik 100 LIKE dalam masa 5 minit. Itu sangat interesting tapi kena jaga-jaga jugak , yg LIKE tu ada 2 golongan iaitu FANATIKS and also HATERS dumdam.


Twitter - TIMELINE Penuh Dengan Muka Sendiri.

Bila dekat Twitter lain pulak ceritanya. Tulis-tulis pastu sent, itu benda yang paling senang selain makan dan juga korek hidung tapi korang tahu tak yang muka korang je penuh dekat TL tu (bagi yang Follow korang) and is shows that korang ni macam nak meng-expose--kan diri korang secara lebihan. Kurang-kurangkan bertweet dengan diri sendiri, means that korang bercakap dengan cermin. Nak rasa macam not Forever Alone, try lah TROLL yang ada dekat tepi tweetdeck korang tu. And that baru orang lain tau yang korang ni ada "kawan" even macam takde je.

Asyik Nak Maki Hamun jewwww

Trend sekarang, tak puas hati, update status dekat Mukabukus, Bergaduh mulut, tak cukup dalam fon tweet dekat Twitter pastu keluar dekat TL. Wahh.! Amazing.! PM kita tu kalau dia marah pun ada dia buat macam tu ke babe.? Indeed nit right..!? Sebab beiau tahu SENSIVITY bila bersosial + PM pun takde masa nak melayan marah-marah ni ehh. Facebook dan Twiter ni tempat untuk kita mencari kawan dan bukannya tempat kita untuk mencari lawan. Nak bergaduh sangat, register nama dekat WWE tu okay.

Bila dah start simpton maki hamun ni, secara langsung orang yang takde kena mengena pun akan turut join sekaki and MENG-YES-KAN apa yang korang tulis tanpa dia tahu pokok pangkal cerita. That not cool bebeh.! Tak puas hati IM ada, BBM ada, Public Fon ada boleh calling-malling kenn.


Via BB, Android and Mobile


Budak sekolah sekarang pun dah mampu nak pakai BB weh. Yaa, ni bagi untuk golongan yang suka via mobile network ni. Aku tau korang mampu nak update apa-apa yang korang buat tak kira masa and itu hak korang tapi korang kena tau yang ta semua benda patut korang share and korang pun tahu kan ada je golongan ANTI-VIA BB bagai ni semua, tak senang mata orang tengok kalau dah setiap 4 5 minit update status, better buat BLOG je macam tu.aww~

Mix-up Hal Peribadi dengan Bersosial


Aku tau korang bengang dengan makwerr pakwerr korang yang tak reti nak jaga nak jaga hati korang tapi perlu ke sampai nak dibawa masuk ke dalam laman sosial yang kita sendiri tak tau mana tala hala orang yang online tu.? Not everyone can accept us and for sure dorang akan meluat bila hari-hari korang nak emo-emo update statsu pasal jiwa lara hati terluka ni. Try not to mix up hal dalam kain korang dengan orang lain, Bila korang buat macam tu, ramai yang akan nak kawan dengan korang and dorang takkan mark korang PSYCHO.

Theres not Pro and Cons bila kita bersosial ni. Antara kita nka bewar atau keep langgar with it. You choose, your life kan, aku tak campur.Hoho.Peace yaww.!!!

Monday 23 January 2012

5 Typical Janji Masa Berkapel-Mapel Tapi Tak Ditunaikan.

Assalamualaikum Warahamatullah Hiwabarakatuh.


Heyya Boys and Girls.! Whats up.?! Agak-agak ada lagi tak janji yang korang lupa nak tunaikan.?

Mesti korang semua masa bercinta dulu dok sibuk-sibuk ada janji itu ini dengan kapel korang kan. Macam-macam janji lah yang korang buat sampai ada yang cakap "Till Death Do Us Part" and so on tapi last-last hubungan tu yang death and bukannya korang.

Haa, kalau korang perasan masa korang berjanji tu mesti akan rasa self confidence yang suam-suam milo sebab korang not sure either you promise tu mampu ditunaikan atau pun tak kan kan.?!

For sure lah masa korang berjanji korang akan rasa :

" Eh, gua mampu lah sebab dia kan girlprengg/boyprengg gua, HAK gua, so buat apa gua nak rerisau sangat."

Okay, ramai yang main tentang HAK bila berkapel tanpa akad nikah ni baik laki mahupun si gadis. Kenapa perlu main HAK sedangkan si dia belum tetntu lagi nak dekat kau seadannya.? Kadang-kadang aku pelik dengan budak-budak sekarang yang sibuk dok main pasal HAK. Kononnya dah kapel lepas tu dia sorang jela boleh conquer mamat/minah tu sorang tanpa memikirkan yang orang yang dia dok kapel tu sepender pun mak ayah belikan lagi.Pffft~

Okay, berbalik pada JANJI-JANJI SWEET BUY NOTHING, aku just nak share dengan korang antara janji-janji yang budak-budak sekarang ni cakap masa kapel.


I Won't Leave You, I Swear.

Ini antara typical janji yang korang pernah dengar. Aku taktau kenapa perlu ada perkataan SUMPAH tu. Adakah ia dikaitkan dengan cik sesumpah berwarna hijau yang suka bertenggek dekat pokok tu atau what.? For sure, gentle aku cakap budak-budak sekarang dah tak takut dengan sumpah-seranah ni sebab bagi dorang sumpah ni macam makan megi tomyam tu haa.

Bila dah janji taknak tinggal tapi kenapa tetap tinggalkan.? Jangan berjanji takkan tinggalkan sebab one day kalau korang yang tak tinggalkan, maybe kapel korang akan buat dekat korang dengan macam-macam alasan.

I Takkan Main Kayu Api 10 Batang.

Benda ni biasalah bagi lelaki macam aku kan. Konon berjanji taknak main kayu 3 bagai tapi buat jugak sebab apa.? Sebab NAFSU bhai. Lelaki kan ada 1 nafsu dan juga 9 akal, yang 9 akal tu lah digunakan untuk menipu aweks-aweksnya.

Once dah main kayu 3, tak mustahil akan nak buat lagi untuk relay yang coming soon kan so its better for u gegirls to beware with this kind of guy especially yang selalu tukar relay dkt FB tu kononnya FAKE padahal dia dah kena dump atau dia yang meng-dump aweksnya tu.


Kahwin-mahwin Lagi 123457890 Tahun Lagi.


Lets Get Married bebeh.!Oyeah.! Sekolah tak habis nak cakap pasal kahwin. Ingat kahwin tu macam main pondok-pondok.? Macam main galah panjang siapa kena tag dia loser.? Ini lagi satu janji-janji orang yang dok hangat berkapel ni.

Bagi yang betul-betul serius its okay lah sebab dorang ada effort, ni yang aku nak cakap pasal budak-budak yang masih di alam kain biru seluar taik lembu ni dah memandai nak kahwin-mahwin atau tak pun dorang buat married sendiri dengan diwalikan cikgu serta saksi oleh rakan sekelas.Hihi.

Kerja kahwin ni  bukan kerja main-main. Once kau dah lafaz nak kahwin, means kau dah dikira engaged secara batin dengan pasangan kau tu. Dosa pahala aku taknak sebut sebab Blog aku bukan blog Manisnya Kurma ini. Just wanna sharing is mereng dengan korang tentang bahayanya bila bercakap bab-bab kahwin ni.

Bagi lelaki, benda ni macam main-main tapi for girls, dorang akan anggap this is serious matter sebab well, siapa taknak kahwin beb.!? Kalau aku jadi perempuan pun akau sekasaited. Janji tinggal janji dibawa ke mimpi jela derr.

I Takkan Sakitkan Hati You


Pelease don't hurt my heart bie. Yeayy.! Imma already toreh-toreh your hati lahh sayang. Dah, shuhhh-shuhh.!! Chakk.! Ini antara lagi satu typical janji yang bagi aku memang tak patut korang lafazkan sebab benda ni hari-hari korang akan buat tak kisah lah sama ada dengan kekasih terang atau gelap korang ke atau mak yah korang ke, kawan-kawan semua.

Life is imperfect, yaa, aku tau tu and thats why aku cakap korang perlu avoid doing this thing. Nak tahu kalau someone tu tengah sakit hati atau terluka sana sini, dekat laman sosial Mukabulu tu. Hari-hari ada je status sakit hati itu lah ini lah sampaikan aku dah boleh baca sambil tutup mata je haa.



Walaupun Kita Jauh, Kita Akan Sentiasa Dekat Di Hati <3


Aww.! So suweet of you lah. puihh.! Haa, ni lagi satu, jauh di mata dekat hati. Dah macam iklan TV9 tu. Janji ni sangat femes since zaman Hang Tuah lagi. Well, bila dah jauh, mula lah akan buat benda yang bukan-bukan. Kapel kau bukannya tahu pun kan unless kalau korang ni ada kimia yang sangat kuat serta saling mempercayai.

Baru-baru ni heboh dekat Youtube dengan Facebook pasal video LONG DISTANCE RELATIONSHIP between a guy from Singapore and the girs was from Sweden (If i was not mistaken) bout their long distance relay yang sangat ohsem.! Thats good bro sebab aku boleh nampak effort this guy yang bersungguh-sungguh nakkan perempuan tu.

Nak jadi macam dalam video tu korang kenalah ada sense of trustworthy and also sense of humanity. Kalau ada trust tapi korang ni jenis kejam and pentingkan diri. No point kapel-mapel for you bebeh.

Bila dah berjanji, kenalah ditunaikan. Tak guna berguna kalau tak ditepati bak kata Saloma. Kalau tak mampu nak tunaikan, just go on with your relay but make sure jangan letak apa-apa harapan dekat kapel korang tu. For guys, perempuan ni bro dia senang perasan and touching. For girls, guys ni jenis endah tak endah bila dia cakap, dalam 10 cakap dia, satu je yang boleh diapakai so choose it wisely aite babe.?! :)

Friday 20 January 2012

Kenapa 'Merungut' Di Facebook Dan Twitter.?

Asssalamualaikum warahamatullah hiwabarakatuh

Hey jejaka perungut serta awek yang suka mengomel.!

Siapa yang tak pernah MERUNGUT.?! Yes.! Tak dinafikan semua orang dalam dunia ni akan mengalami simptom dimana dia akan bercakap sorang-sorang, meyumpah seranah benda yang tak bernyawa even orang yang lalu lalang yang tak berdosa tu pun jadi dihamunnya.

Act, wahat is MERUNGUT.? Well, yang korang semua tau merungut tu mestilah macam pppffff~ atau sigh* kan. Itu dalam bahasa kayhell ewwww yang korang dok tulis dalam text, bbm and so. Apa yang aku nak cuba terangkan di sini ialah kenapa orang suka merungut.

Dekat mana dia selalu merungut.? Sudah semetinya di dua halaman sosial yang menjadi kegilaan anak-anak muda serta mak-mak orang di luar sana untuk bersosial iaitu Facebook dan Twitter. Kenapa sesetengah orang suka merungut.


Boleh dikatakan hari-hari akan keluar status serta tweet yang berbaur rungutan macam

" Aku ni tak cukup baik untuk dia ke.? Aku tak cukup lawa/handsome ke.? " atau ini

" Sepender aku kena kebas bhai.! S*** betul.! " atau

" Harini letih, supervisor pulak buat perangai macam mintak santau je. " ataupun

" Fuhh.! Nasib baik aku ni waras, kalau tak dah lama aku pijak kau. "

Bunyi macam insane and sometimes agak annoyed kalau dibaca lebih dari 3x.ihix.! Tapi itulah hakikatnya yang terjadi di dunia kini. Manusia lebih suka merungut dengan harapan akan ada tangan-tangan gatal yang sudi berkongsi perasaan sama-sama ala-ala BFF gtewww.

Aku tau punca orang merungut ni sebab STRESS tapi janganlah sampai korang cuba memperbodohkan diri korang sendiri atau cuba memalukan orang lain. Bila nak merungut start from below, jangan main terus merungut je. Macam kau belajar ABC masa dekat tadika dulu, takkan nak skip GHI pulak kan.


Well, tak salah nak berkongsi rasa dan perasaan tu tapi kenapa perlu merungut.? Kenapa tak cuba mencari kaedah alternatif lain selain dari sindromm merungut tu.? Kadang-kadang terbelahak aku tengah sedut Slurpee bila ada ada yang sanggup merungut pasal Boyprengg main kayu api 10 batang lah, awek curang terserampak dekat Pavi lah. Paling ohsem ada yang gigih sanggup membocorkan rahsia yg tak patut dekat public. Itu sangat tak nais lah babe.

Kalau merungut benda-benda yang berfaedah takpe lah jugak kan sebab normal lah orang merungut ni tapi ada yang suka merungut benda pelik-pelik dan juga common sampai kadang-kadang dalam sehari memang takdenya status atau tweet dia yang macam menunjukkan dia tu happymeal. Nak kata Forever Alone pun tak boleh jugak. UNDEFINED person.


Seelok-eloknya nk merungut berkalau-kalau ni lebih elok merungut depan Tuhan dari terus memalukan diri sendiri dekat laman sosial yang belum tah kemana tu. Sesetengah orang, bila kita merungut atau mengadu dengan dia., mulalah dia akan bangg bangg.! kta balik, bukannya nak menasihati malah mengeruhkan lagi and sebenarnya pertolongan dari manusia ni kebanyakkannya TAK MEMBANTU. Bila kita merungut depan Tuhan, at least kita akan rasa tenang sebab masalah kita didengari olehNya.

So its better for you to sit back, muhasabah diri tu, think dalam-dalam apa yang korang dah pernah buat before this sampai satu masalah itu datang akan korang merungut bout it. Always be wise in whatever u do and just make sure that when u merungut u are not trying to make a fool of yourself but merungut cara bijak. Jangan cepat melenting, jangan cepat jadi singa berupa manusia. Always think + sebab tak rugi pun kalau kita sentiasa berfikiran baik-baik sebab yang baik itu kan indah aite.!?

Sunday 15 January 2012

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Kapel Balik Dengan (EX)s-Girlprengg/Boyprengg

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Happy Sunday All my Ex and also yang pernah bergelar janda dan duda berhias.!!!

Okay, harini aku cuma nak bagi tahu trend orang zaman sekarang yang suka mencari balik bekas-bekas manusia yang pernah mengecewakan dorang untuk dijadikan teman persinggahan sementara mencari cinta yang kononnya sebenar tu.

Aku bet korang mesti pernah mengalaminya kan kan.!? Yes.!aku pun pernah so memang benda ni tak dinafikan berlaku dalam setiap kehidupan manusia yang kemaruk bercinta ni. But why this thing happen.? Kenapa korang cari juga ex-ex korang yang dulunya pernah menipu mengencing meliar bagai dekat korang.?

Guy - " You, kita dah lama kenal, boleh kita rujuk balik?"

Girl - " Kenapa you cakap macam tu.? Dulu you pernah lukakan hati i."

Guy - " I think i cant live without you. Kita dah macam ditakdirkan untuk bersama semula kembali."

Girl - " Ermmm i pun rasa macam tu juga, i tak boleh dengan the other guy. "

Yeahh.! Nampak tak permainan dorang dekat situ.? Lelaki dan perempuan yang pernah bersama dulu tak mampu hidup asing-asing, kononnya lah kan padahal boleh je. Alasan yang common mereka-mereka ni akan cakap is I MISS YOU. Whoa.!Banyak lagi reason kan yang boleh dicakap tapi kenapa RINDU tu juga yang keluar.? Okay, sebabnya this guy/girl dah di overshadow oleh EXs dorang, sejarah lampau dorang and etc.

So bila dah I MISS MY EXs ni melanda, maka berlakulah rujuk tanpa akad semula.Easy right.?! Kapel break kapel break then kapel. Macam main masak-masak.

Bila dah kapel balik means habit lama akan berulang iaitu keluar tengok wayang sesama, makan sesama. Hidup kebosanan kembali melanda even dah bersama semula. Bagi aku hilang extreme feeling dalam scene kapel ni bila ex mencari ex ni.

Bukan aku nak cakap aku tak macam tu. Tapi belajar dari kesilapan lah, benda yang pernah kita ludah pastu kita nak jilat balik for what.? Melainkan kalau ending untuk relationship korang tu macam ala-ala Love Story Romeo Juliet takpe lah kan.

Sindrom mencari balik ex kapel ni macam main polis sentry sebenarnya. Kalau tak si lelaki ni yang kejar, maybe si perempuan. Dah dapat, kalau jaga balik dengan fine takpe, ni dah dapat dibuatnya peranagi dulu. Memang akan bercerai balik tanpa untuk keberapa kali tah lah kan.

Bagi yang dah berumur macam aku ni. Once dah break, tetap berkawan walaupun dah tak semesra dulu. Dah tak boleh nak pegang tangan, belai rambut dia, just mampu sembang dan pandang je pun dah cukup memadai. Jangan pulak bila dah berkawan balik nak gatal balik sebab korang tahu yang mamat atau minah tu ex korang. Sekarang ni title KAWAN pun dah diibaratkan macam KAPEL okengg.heee~

Bila kita mencari balik ex kita untuk sesuatu tujuan, aku pun tak tahu apa lah kan, tapi kalau tujuan untuk merapatkan balik hubungan silaturrahim serta nak kurangkan musuh then fine with it tapi kalau sebab nak bersama kembali tu i think you guys should think 20 30 kali sebab akibatnya korang sendiri akan tahu kan. Sama ada korang meninggalkan atau korang ditinggalkan..hihi


Secara pro and cons terlampau banyak untuk diperkatakan, cukup lah kalau aku katakan yang korang ada akal boleh berfikir dengan waras so fikir lah balik untuk apa korang nak bersama balik dengan insan yang pernah buat korang frust mogok tak makan sebulan sampai badan jadi macam Paris Hilton tu.

Bila nak bersama tu tak salah tapi cukup lah atas dasar kawan. Tak perlu nak berlebihan sebab kita sendiri tak tahu and tak dapat predict how long that relationship will stay. So tepuk dada tanya hati, kalau korang rasa nak hidup balik di zaman kegelapan so take it atau kalau korang rasa nak buka buku baru then leave it.

Kita sebenarnya mampu mengubah cuma kadang-kadang kehendak hati dan nafsu yang mambataskan perubahan yang kita nakkan tu. If korang nak berubah untuk maju ke depan, so leave your past and try to  change it so it will look more nicely Masa depan kita, kita sendiri yang corakkan bukan orang lain tapi tak tahu lah pula kan if EXx korang yang mencorakkan ia..wink.!! Wassalam :)

Thursday 12 January 2012

Whatever Trolly Molly #5 : Tips Menjadi PERGURAU yang Cool

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Hey Sentap Boys and Annoying Girls.!!Ada baik.? Masih nak Sentap sampai ada rasa nak ditampar orang.?

Okay, dalam sesi trolly molly aku ni aku rasa semua orang mesti pernah BERGURAU kan kan like " hey.! kenapa kau 'geboo' sangat wehh? " yang bunyinya agak melampau serta macam request lagu my legs on your lips je padahal niat nak bergurau je tu. Bohong lah kalau tak pernah bergurau kan unless kalau korang ada masalah mental yang kronik.

Nak bergarau ni tak salah sebab bila kita bergurau kita akan rasa macam diri kita ni funny di mata orang walaupun gurauan kita tu tak se-funny mana but at least u can give a try rite.?! :)

Part bergurau tu satu hal, tapi bila bergurau dicampur pula dengan unsur-unsur MENGANJING itulah yang agak kurang enak untuk diguraukan sebabnya.? Tak semua orang mampu absorb dengan gurauan menganjing ni.

So untuk this session aku nak share tips dengan korang tentang the way to make others rasa selasa dengan kita even kita ni bergurau sometimes agak melampaui batas hati fikiran atau kebun.

SUSUN KATA DULU
Well, before nak cakap apa-apa mestilah kita kena susun kata dulu sebab takut ada unsur penyalahgunaan tatabahasa atau suku kata atau dalm bahasa mudah ayat korang stok-stok macha. Susun dulu ayat yang korang nak cakap tu supaya the other pihak takkan rasa tersinggung dengan gurauan korang tu. Benda ni selalu jadik bila lepak ramai-ramai dimana dan bila kita try untuk jadi pak lawak tapi dalam masa yang sama kita menyakitkan hati orang lain dengan lawak kurang akal kita tu.

BERGURAU JANGAN SELITKAN UNSUR CARUTAN

Aku tahu mostly Malaysian ni suka sangat sebut sendiri punya tanpa rasa malu, dah jadi habit kan. So untuk menjadi pak-pak atau mak-mak gurau yang hebat di alam semesta try no to mencarut bila brgurau sebabnya.? Bagi korang maybe that thing nampak macam awesome tapi di mata dan fikiran orang lain mereka akan cakap yang korang ni bergurau takde adab. See.? Bila orang cakap macam tu, ia menunjukkan yang korang punya lawak dan gurau tu low class. Bagi mendapatkan  gurauan yang kemas dan teratur, jangan mudah menyebut sendiri punya.Okay.?!

BERGURAU JANGAN BABITKAN ISU SENSITIF.


" Mak ayah kau mesti macam kau jugak kan." A a a.!! Dont ever mention mak ayah ibubapa mamapapa bila bergurau ni sebab benda ni paling orang pantang termasuk aku bila bergurau. Kalau nak membahan anak pun at least jangalah membabitkan orang yang takde kena mengena and benda ni terjadi bila gurauan secara berkelompok macam nak pergi berkelah atau hang out reramai dekat tepi shopping mall.

Member-member korang maybe lah gelak huhahuha tanpa perasaan tapi cuba bagi yang kena bahan tu, apa perasaan dia.? Sillap-silap korang boleh dimalukan kembali andaikata member korang tu tahu benda aib yang korang pernah buat dulu tak pun korang mungkin kena balik menapak kot dari elok-elok konvoi reramai naik kereta.

JANGAN MEMPERBODOHKAN DIRI/ORANG LAIN.

Kalau orang ni jenis macam stok-stok SEPAH atau SENARIO aku memang salute lah sebab dorang kalau berlawak bergurau dorang tak menampakkan kebodohan dorang atau cuba memperbodohkan orang lain. Look, kalau nak bergurau dengan member, just act like diri korang, jangan cuab meniru gaya sesiapa sebab bila korang buat macam tu, ia menunjukkan yang korang ni kekeringan idea untuk buat orang lain gelak.

BERGURAU MENGANJING COVER UP SIKIT.


Okay, bila dah bergurau kalau tak masuk bab-bab menganjing ni takkan sah kan. Kalau korang dah biasa buat benda alah ni dekat rumah and korang nak try buat dekat luar korang kena prepare dari segi mental sebabnya bila dekta rumah, korang takkan bergurau menganjing sesama family members sahaja tanpa membabitkan orang luar and family korang of course lah akan memahami korang punya even lawak korang tu annoying.

Bila berlawak bergurau dekat luar sesama kawan atau jiran tetangga, apa yang korang kena tahu is korang akan ada 3 kemungkinan iaitu korang akan ditepek balik, korang akan hilang member atau paling kejam mulut korang akan dicili. Nak menganjing orang tu tak salah tapi biarlah secara profesional, tak perlu nak mention-mention nama. Tapi orang sekarang tak mention pun cepat terasa acane.? Haa, itu kena pandai-pandai sendiri and kalau taknak ada trouble better korang at cool and watchill je.


AT THE LAST WORDS LETAK "JUST KIDDING/JOKING".


Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih runcing dan chaos on the last words of gurau korang tu korang cakap lahh " hey.!im just kidding lahh babe, jangan ambik hati.". At the same time hati orang yang tengah sakit tu mungkin akan berkurang sebab at least dia tahu korang bergurau saja and dia pun secara automatik akan take it easy.

Macam-macam jenis manusia yang kita jumpa sekarang ni sebab tahun 2012 kan. Tahun dimana benda pelik dan juga manusia pelik akan mucncul. Nak berguarau menganjing tu tak salah tapi perlu lah diselangi dengan gelak and not too seriously. Bagi si pergurau, keep on it and mind your words bila bergurau tu and bagi orag yang diguraukan, hey.! tak perlu lah nak ambik port sangat, banyak lagi benda yang korang perlu fikir dari gurauan menganjing member korang tu. Wassalam :)

Wednesday 4 January 2012

Whatever Trolly Molly : Tips Untuk Menjadi Seorang Yang A.W.E.S.O.M.E

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)


Happy Rabuday Guys Girls Moms Dads Grandpa Granny and Transexual.! How are you today.? Feeling awesome.?

Okay, Troll aku sendiri untuk harini is about to be an awesome person tak kesah lah sama ada dalam planet ni  atau panet lain ataupun di dunia elektronik yang serba serbi mencabar akal dan minda ni.

Act what is AWESOME.? Aku tau, tak ramai dari kita yang pandai english dan ramai juga yang pandai mangelish sebenarnya malah ada yang broken kan sesuatu ayat supaya ia akan menampakkan ke-awesome-an di situ. See.!! Nampak tak aku selitkan awesome dalm ayat tu.? Awesome ni maknanya HEBAT. Hebat bukan dalam erti kata lain korang ni boleh berlagak dengan apa yang korang ada. Hell no.! Its about things that orang akan pandang korang dengan perasaan hebat dan kagum,kagum sebab apa.?Kagum sebab ada something yang menarik tentang korang atau dalam istilah Vegas The X-Factor.

Tak semua orang boleh jadi awesome tapi bila ada effort, ada kemahuan semua orang boleh jadik awesome :) Kat sini aku just nak share dengan korang tips on how to become an awesome person di muka bumi ni walaupun Bieber takkan kenal korang.


Know Yourself More
Haa, paling penting ialah diri korang. Benda ni terlampau subjektif untuk diperkatakan sebab diri kita ni terlalu susah untuk di describe-kan so paling penting ialah dengan cara kenali diri sendiri dulu and jangan terlalu cepat assume diri sendiri itu ini. Fahami diri korang sendiri dulu and then baru lah korang try untuk cuba memahami orang lain. Too easy rite.? Tapi benda yang senang ni lah yang orang tak mampu buat.hewhew~

Know Your Friends/Peer


Dah cukup kenal diri sendiri.? Okay, lets move to our next step to be awesome which is kenal kawan-kawan dan juga orang di sekeliling korang. Kenal siapa kawan dan lawan before korang asssume someone tu macam mana, jangan main cakap lepas atau terlampau cepat meletakkan kesalahan orang lain tanpa tengok diri sendiri dulu. Bila korang dah betul-betul kenal member korang, korang ada kimia dengan dorang tanpa mempunyai sebarang masalah and then baru korang akan dicop awesome tapi di peringkat bawahan. Tak habis lagi okay.



Do Something Tanpa Rasa Nak Show Off


This thing aku jamin memang semua orang akan buat walaupun dalam keadaan tak sengaja. Niat di hati nak buat baik tapi bila sampai part tingkahlaku dah jadik macam show off. Orang awesome ni dia akan buat baik secara diam-diam. Dia ni jenis humble bertempat, bukan macam sesetengah orang yang humble tak kira tempat.ihix.!

Memang terlalu susah untuk kita buat baik sebab bila kita buat baik orang akan mengata apatah bila kita buat kerja jahat macam mencuri besi dan sebagainya. Well, untuk menjadi orang yang hebat, jangan menunjuk even that thing memang korang ada bakat untuk buat benda tu.

Jangan Terlampau Jujur
Nak jadi awesome ni korang jangan terlampau jujur. Dalam erti kata lain buakan lah asyik mengencing orang 24 jam  tak kira tempat melainkan korang ada penyakit batu karang. Kalau terlampau jujur sangat pun nanti orang akan pijak kepala so jangan jadik PEMBARIS. Macam-macam cerita aku dengar pasal orang yang jujur ni and mostly semuanya kena pijak walaupun pada hakikatnya benda tu tersangatlah mulia. Well, ada lagi ke insan yang mulia sekarang ni.? hewhew~

Elak dari Menjadi Graduan PHD Tak Bertauliah


PHD = Perasaan Hasad Dengki. Semua orang rasanya dah tahu kan, tak perlu aku nak celoteh memanjang kan. Buat lah apa-apa pun tapi jangan dengki dengan apa yang orang lain ada. Manusia ni jenis tak puas dengan apa yang dorang ada, mesti ada yang tak kena. Bagi merealisasikan impian menjadi awesome person. please avoid from this kind of thing sebab benda tak berfaedah. Korang dengki dengan orang lain apa yang korang dapat.? Boleh dapat Supra 12 pasang atau pun boleh kapel dengan Bieber.?


Be EXTRA not Just Been Ordinary


Semua orang dalam dunia ni sama je, bezanya perangai dan akal. Ada yang pakai akal di tempat yang betul dan ada juga yang menggunakannya ke arah yang tidak betul. So untuk menjadi manusia yang awesome, korang kena ada something yang menampakkan korang lain dari yang lain.


Kita ambik contoh Bieber. Di usia yang sangat muda dia dah dapat pakai kereta mewah dengan hanya memakai Supra dan menari terkinja kinja di pentas serta berjaya flirt dengan Selena Gomez dalam masa yang sama. Apa yang menyebabkan budak kecik ni awesome.? Sebab dia ounya suara yang unik serta gaya dia yang bersahaja melayan kerenah peminatnya tanpa mengira umur even adik yang baru 5 tahun tak faham apa pun dia boleh layan. See.? Korang kalau nak jadi awesome, cuba buat apa yang orang lain tak mampu nak buat. Bila dah ada skill macam tu maka korang akan di cop sebagai manusia yang sangat pelik. Pelik yang berbakat..heee~

Trust Yourself
Apa sahaja yang korang buat, sama ada membungkus nasik lemak pun korang kena ada rasa percaya pada diri sendir dan yakin dengan apa yang korang involve. Pegang prinsip I.D.G.A.D and buat je ikut suka korang. Ikut suka tu tak bermakna korang boleh conteng dinding buat love-love tu semua. Its about korang buat something yang pada mata sesetengah orang nampak salah tapi dimata sebilangan lagi serta korang adalah benar yng benar dan sebenarnya. uhuu~


Itu je kot rasanya aku nak share. Terlalu banyak cara untuk menjadi orang yang hebat ni Paling penting jangan mudah give up, give a fully damn commitment dengan apa yang korang buat. Kat dalam dunia ni, korang nak jadi awesome pun senang, korang nak lingkup pun senang. Choose and Live With It yaww..Wassalam :)

Monday 2 January 2012

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Kenapa Orang Suka Dengki-Dendam Dengan Kita Tanpa Sebab

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)



Good evening Pendengki Boys and Pendendam Girls.! How are you today.? Masih dengki dan dendam tanpa sebab.? ihix.!

Kenapa aku naik entry ni.? Sebab musababnya adalah makin hari perangai manusia ni makin pelik. Samalah macam ramalan ahli nujum atau ahli segala ahli yang pada tahun 2012 ni macam-macam benda pelik akan jadik.

Korang mesti pernah terkenal dengan manusia yang jenis cepat sangat dengki dan dendam tanpa sebab ni kan.? Bohong kalau aku cakap tak pernah kenal dengan orang-orang macam ni. And tak ke korang rasa dorang yang pelik and not korang.? hewhew

Ada macam sebab kenapa orang mendengki dengan kita tanpa sebab ni. Maybe sebab korang lagi hot dari mereka-mereka ni atau mereka ni jenis yang takde kerja and sibuk nak cari kerja maka terciptalah golongan PHD yang pada hakikatnya tett.! maaf yaa, censored sebab aku ada letak censoredship restricted. heee~


Best sangat ke jadi pendengki dan pendendam ni.? Agak-agak boleh jadi famous macam student kita yang kahwin dengan sesama jantina tu ke atau boleh jadi sehebat keluang man hospital Tampoi tu.?
And korang mesti akan rasa curiga kenapa mereka yang dok dengki-mengki dengan korang adalah mereka yang takde kena mengena langsung dengan life korang tup tap terus nak dengki tak memasal. Tak ke gila namanya tu.?eheh


Tak salah untuk mendengki tapi mendengki biar dengan cara SIHAT dan bukannya dengan cara yang KURENG. Dengki cara sihat is like bersaing untuk dapat result gempak dalam exam. Each person got their own expectation and goal. Tak semua orang ada matlamat dan impian yang sama and bila benda ni salah sorang capai maka yang sorang lagi akan menjadi dengki and bermulalah persaingan and itulah yuang dinamakan DENGKI SIHAT.
Bila masuk dengki yang KURENG ni maka secara dramtik akan berlaku drama macam Tentang Dhia. hewhew~ Dengi sesama family, dengki dengan kawan-kawan atau paling cikai pun dengki dengan jiran sebelah menyebelah. Act, this thing kureng elok sebab boleh memecah belahkan institusi kekeluargaan dan juga rukun tetangga. Kemon guys.! Nak jadi pengki pun kena ada gaya dan style baru dengki tu nampak awesome.!!!


Dengki Pasal Korang Ramai Kawan Dengan BarangPanas

Ini paling amat the most reason kenapa kaki pendengki ni mendengki. Sebabnya maybe korang jenis senang didampingi oleh sesiapa je termasuk golongan barangpanas. Benda ni jangan cakap berlaku dalam dunia adik-adik yang pakai kasut bata malah turut berlaku dalam dunia remaja dan juga orang-orang tua yang dimamah usia. Well, for what reason aku pun taktau. :)
Dendam Sebab Korang Lagi Panas Dari Dorang


Aku nak tanya sifat DENDAM ni datangnya dari mana.? Mana taknya kalau bukan dari lubuk dubuk HATI. Manusia pada hakikatnya mempunyai hjati yang sangat pinky tapi bila sifat dendam ni merebak macam H1N1 maka hati pun dengan awesome nya menjadi keras sekeras batu gajah di Perak atau dalam ayat mudah "Keras Hati.". Bila dah keras hati, apa sahaja yang berada di depan mata semua tak kena di mata dorang and secara tak langsung kita yang takde related ni terlibat tanpa sebab.

Dua benda ni takkan boleh lari dari norma kehidupan kita sebagai manusia. Selagi adanya manusia maka selagi itulah sifat dengki dan dendam ni berkuasa. Give and takes, kita yang atur hidup kita ni sendiri, bukan orang lain so kalau korang silap atur, maka korang secara automatik akan terjumpa dengan manusia yang macam ni.



Dengki Sebab Korang Selalu Jadi Public Figure Even Korang Bukan Artis Retis


Jiyarghh.!!! This thing sangat-sangat menarik hati dan kalbu aku untuk menulis entry ni. Cuba korang imagine macam korang dekat sekolah atau kolej, korang selalu dipandang etak kira oleh other students atau cikgu, atas sebab korang ni suka tolong angkat buku pergi bilik guru atau pun atas sebab korang ni jenis kaki lepak belakang sekolah.

Bila korang dipandang, para haters korang akan mula berbulu sebab dorang pun nak jugak jadi macam korang. Well, benda ni aku pernah kena masa sekolah dulu, aku tak cakap aku barangpanas okay, maybe sebab aku dulu ketua segala ketua tingkatan kot..hee~


Kalau dalam dunia MukaBooks ni dah jadi macam kita makan nasik. Hari-hari kita hadap. Hari-hari kita tengok ada je yang tak kena dimaata manusia-manusia berhati keras ni. Dengar lagu keras takpe.wink.!

Bila dah dicop Public Figure ni, mostly apa yang korang buat akan diperhatikan and bila diperhatikan maka golongan PHD tak beratuliah ni akan mula mengorak langkah menyusun strategi ala-ala bookie bola gitewww untuk buat macam korang ni buat taik dekat orang lain.


Dorang Nak Tengok Korang Jatuh


Bila golongan ni dah berjaya membuat korang macam-macam maka matlamat dorang untuk menjatuhkan korang akan menajadi more easier. Sistem ni kalah sistem MLM atau sistem 4-4-2 EPL sebab dorang pun ada jugak strategi untuk jatuhkan korang tak kira dengan cara apa sekalipun dengan harapan matlamat dorang tercapai dengan bermain cara kotor.


Untuk rasa hidup tu tak dikerumuni oleh orang-orang macam ni, sangat susah sebab manusia ni rambut ke sama tumbuh dekat kepala tapi hati pey-el memacam. Hati-hati dalam menghitung kehidupan ni sebab orang yang kuat mendengki dan dendam ni sanggup buat apa sahaja untuk memastikan korang jatuh. Stand up and fight for your own right okay babe.?! Wassalam :)