Sunday 1 January 2012

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : 2012 (Azam)

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)


Selamat Melangkah Tahun 2012 Makhluk Tuhan Paling Hensem dan Gojes

Tahun 2011 tahun paling awesome bagi aku sebab macam-macam jenis manusia aku dapat kenal, Dari seelok-elok perangai sampai ke setanduk-tanduk perangai.ihix.! Tahun 2012 juga dikatakan akan berlaku pelbagai kejadian yang aneh lagi pelik. Well, manusia sekarang pun dah pelik aku tengok..aww.!

Semua orang mesti ada AZAM kan kan.!? Act what is AZAM .? Yes.! Azam tu macam sejenis makanan laut dari Pulau Pandan Jauh Ke Tengah.ahax.!

AZAM


What is AZAM.? Yes.! Azam tu nama member sekolah menengah aku.ahax.! Azam is apa yang kita nak cuba capai sampai benda tu tercapai. Kira macam contohnya korang nak ada keluar kereta sebijik, takkan duduk mengangkang korang boleh dapat kan, at least berusaha dengan kerja atau whatever yang ada kaitan dengan azam korang tu. Azam ni kebanyakkan tak termampu tercapai sebab manusia ni mostly berhati besar..hewhew~

Kenapa aku cakap mostly manusia ni berhati besar.? Sebab benda yang nak diazamkan di luar jangkauan akal fikiran yang normal. Contohnya macam "Azam tahun baru ni aku nak diet sampai dapat badan sesedap Rozita Che Wan " atau " Aku berazam nak menabung duit sampai aku boleh beli Mini Cooper Sebijik" padahal tiap-tiap malam keluar menepek dekat mamak atau hari-hari membazir duit dengan keluar berjimba jimbet, nak jimat apanya kan.? ihix.!

So untuk make sure yang azam korang tu tercapai, nia ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk merealisasikan azam korang tu.

Buat List Azam Yang Nak Dicapai


Aku tau korang ada macam-macam azam nak dicapai sampai kadang-kadang jadik tak tersusun. So untuk make sure kan ia tercapai, buat list azam supaya korang boleh mencapainya secara satu-satu dan pelan-pelan kayuh, tak gitu.?

Bila korang dah buat list maka secara automatik benda yang korang nak buat tu dah disusun tanpa perlu menyerabutkan kepala otak dan lutut korang tu.

Capai Azam Dalam 3 Bulan Pertama


Okay, dah buat list kan.? Now try untuk capai azam yang paling senang untuk korang capai dalam tempoh 3 bulan pertama. Macam korang nak diet, cuba buat jadual pemakanan untuk tempoh 3 bulan pertama, timbang berat bulan and untuk bulan ketiga, tengok kalau ada perubahan atau pun tak. Paling penting sekali, jangan langgar pantang diet tu unless kalau korang nak terus memontel macam sekarang..hewhew

Dah Capai Azam Jangan Lupa Daratan


Tak semua antara kita yang mampu bertahan lebih-lebih lagi bila azam tu dah tercapai. Dah kurus tup tap lepas tu malam-malam pergi MCD. Stick dengan apa yang korang dah capai, maintain it and im sure u will get the best result and then baru lah dinamakan AZAM. :)

Itu je kot yang aku nak share sebab tak semua orang nak baca atau kesahkan pun kan, masing-masing ada cara tersendiri. Yang penting apa yang nak dicapai moga tercapai. Bagi yang belum tercapai azam tahun lepas, try continue tahun ni, jangan mudah mengalah. Selamat tahun baru kawan-kawan.! Wassalam :)

No comments: