Thursday 17 November 2011

Jenis-Jenis CintanCintun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hello-Mello Pencinta Wanita dan Juga Wanita yang Ingin Dicintai.!


Malam tadi aku banyak menghabiskan masa bersolo-molo di depan lappy tanpa mempedulikan sebarang text dan incoming call  disebabkan terlampau penat berlari di waktu petang. Nak carik Celebrity Fitness dekat sini memang tak lah kan, so dengan berlari berseorangan ditemani Pemain Mp3 ni lah aku berjaya berlari sampai muntah hari-hari.


Dipendekkan cerita, semasa berada di dalam situasi MR. LONELY tu, tetiba aku mendapat seketul idea untuk membuat entry tentang CINTA-MINTA-PINTA and aku bet mostly Bloggers di luar sana tanpa mengira jantina dan status suka baca Troll-Troll atau apa sahaja yang berkaitan dengan CintanCintun ni. (Aku sendiri pun suka sebenarnya).


Sambil melayan lagu cinta pelbagai versi, dari Melayu ke Vegas, dari Vegas ke Seoul, jari jemari gayboy aku ni pun dengan galaknya mula menekan setiap inci huruf di papan kekunci komputer riba tu. (Sangat skema bukan). Aku menaip tanpa memandang ke kiri dan kanan. Yela, buat apa nak pandang kiri kanan kalau dah sah-sah skrin monitor kau dekat tengah.


What The Hacks is CINTANCINTUN.?


Ramai yang tahu apakah makna CINTA. Budak sekolah rendah sekarang pun kemain lagi dah pandai nak ber-love-love ni. Tengok jelah dekat Facebook tu, baru darjah 5 6 dah pandai dah request IN RELATIONSHIP, siap buat simbol love semua..awwww# 


Aku mula kenal dan terkena dengan panahan cinta ni pun masa menjejakkan kaki ke sekolah menengah sebab before this aku menuntut di salah sebuah dimana pelajarnya semua sejenis. Baru masuk dah kena swit-swit macam tikus. Mula-mula tu agak lah GELIMAT tapi lama-lama rasa macam feel pulak. Well, tu lah nikmatnya jadi HOTSETAP ni. :D


Berikut merupakan Antara Jenis CintanCintun yang ada :


Romantic Love - An abiding love for a partner with whom you feel passion, attraction, caring and respect.


Maksudnya : Kau bercinta dengan orang tu dengan menerima semua kelebihan dan juga kekurangan yang dia ada. Tak kira lah dia cantik ke hodoh ke hensem macam Aaron Aziz ke. Inil juga  dipanggil sebagai True Love which is consist of semua elemen. Tak semua orang  boleh ada cinta yang macam ni kalau dah masing-masing asyik nak ikut kehendak nafsu saja. Bagi yang merasai benda ni boleh juga dikategorikan sebagai THE PERFECT COUPLE.


Eros -  A passionate love usually involving sexual feeling for a love interest.


Maksudnya : Atau dalam erti kata mudah, cinta sekadar ingin melempiaskan NAFSU. Cinta ni  kira macam Touch N Go, bila kau dah dapat apa yang kau, then kau tinggalkan si dia terkongtang-kangting. Mostly banyak terjadi sekarang ni dikalangan budak-budak sekolah. 


Companionate Love - Feelings of warmth towards a friend with whom you love to spend time.


Maksudnya : Yang ni pun banyak jugak jadi iaitu suatu keadaan di mana dia tak stick dengan someone. Dia akan rasa selesa dengan sesiapa yang mempunyai minat dan juga taste yang sama. Cinta macam ni sangat tak digalakkan sebab ia boleh mengundang.


Unconditional Love A - Type of affection and caring that is so strong that you feel it consistently, regardless of what other people does.


Maksudnya : Cinta ni banyak berlaku bila salah seorang tu berkapel disebabkan rasa simpati. Sebagi contoh that guy not good looking and the girl tu Model La Senza. Kalau diikutkan dia boleh dapat a better man dari yang dia ada sekarang ni and atas dasar KESIAN, maka nak taknak dia meneruskan juga percintaan yang berlandaskan Ishh Ishh Ishhh Kesian tu.


Puppy Love @ Monkey Love - A childish, innocent crush on someone that you don't know well.


Maksudnya : Well, benda ni aku rasa semua orang pernah alami dimana korang suka orang tu disebabkan korang suka tengok dia. Dia hensem bila buat rambut pacak-pacak , cantik bila bertudung and so on. Bila dah suka mana nak kenal hati budi, tup tap terus mintak kapel, tak sampai seminggu break. Banyak berlaku di sekolah sekolah dan juga kolej.


Spiritual/ Divine Love - This type of love recognizes the Divine light everyone and everything. love is given to everyone as an act of loving God.


Maksudnya :  " Dia mencintai mereka dan merekepun mencintai-Nya."(Al Maidah : 54)


Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing tentang konsep ketuhanan. Dalam Islam, mereka yang selalu mengingati Allah, mengikuti segala suruhan dan meninggalkan apa yang dilarang dan lidahnya sentiasa basah dengan Zikrullah maka secara langsung Allah menyanyanginya sebagaimana Dia menyayangi Para Nabi dan mereka yang dikasihaniNya. Senang cerita, cintakan dunia cintakan Akhirat. :)


Actually ada banyak lagi Jenis-Jenis CintanCintun ni tapi cukup lah sekadar ni sahaja sebab bukan semua orang nak ambil tahu pun. Yang dorang tahu just Bercinta, Bercium ,Berjimba, Bergaduh and lastly Bercerai. Easy Life Dude. :D


Ramai sekarang Yang Kahwin Muda, Okay, Umie.!!! Nak Kahwin Mahwin Pehlissss

Tuesday 8 November 2011

FIXIEPIXIE : TREND AND HIPSTER

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)



Hello Fixie Poyo Girl and Fixie Kerek Boy Semua


Mesti korang tertanya apa itu Fixie kan..??Ala, basikal tayar halus yang Azizul Hasni Awang kayuh masa Kejohanan Dunia tu. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear. Ia membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse. Biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome.



Tapi sekarang bukan takat dalam velodrome je, dekat mana-mana pun boleh nampak kelibat basikal yang dulunya agak mahal tetapi kini mampu milik oleh semua orang, antara Bakhil atau tak je nak spent kan money for that thing.

FIXIE .Satu kegilaan di kalangan remaja Malaysia terutama bagi yang mengejar GLAMOROUS. Auchh.!

“ A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast, as the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

Atau dalam bahasa Melayu bermaksud sejenis basikal yang dinamakan FIXIE atas sebab ia memiliki kelebihan with no freewheel atau bebas dikayuh dan  mengayuh sama ada ke depan atau ke belakang dan ia juga memiliki fungsi dimana basikal yang nyonya bawa pergi pasar tu tidak ada.

Tak ramai yang tahu asal usul FIXIE Biked ni sebab mostly yang membelinya hanya tahu membawa sama ada secara berhemah atau membuta tuli sehingga boleh mengakibatkan segala apa yang kulit yang ada di badan tu terluka dan dilukakan.


FIXIE IS  A TREND..WATAFUUU.!!?



Well, mostly sekarang budak-budak yang jenis mengikut trend ni dengan membuat muka comel akan memujuk dengan pelbagai cara supaya mak ayah dorang membeli basikal idaman kalbu yang menjadi kegilaan ramai tu. 

And Fixie ni juga boleh dikatakan antara MOST TRENDY yang wajib ada bagi mereka yang stay di Bandar-bandar besar and boleh dikatakan Fixie ni juga Blackberry BERGERAK. Sebab apa aku cakap macam tu.? Sebab benda ni bermusim, sama juga macam masa musim orang sibuk dengan X GAMES maka pengikut trend ni pun akan turut bermain papan luncur walaupun pada hakikatnya tak hebat mana pun.

Sama juga macam Fixie, it’s a trend dan mostly orang hanya tahu bawa tapi bila sampai part part atau yang berkaitan dengan komponen basikal aku bet ramai akan ngangan mulut menunggu lalat check in. Macam main skateboard, perkara asas yang kena tahu ialah macam mana nak handle nya, THE DO AND DON’T’S  and then baru lah masuk part-part skill. Like Fixie, kena tahu apa yang boleh dan tidak, bukan tahu menunggang tapi bila ditanya apa function itu ini, ZERO.? Well, KNOWLEDGE is important bebeh.

Aku bet korang confirm akan perasan yang sekarang ni  ramai remaja tak kira di Bandar atau luar Bandar bila keluar rumah petang-petang mesti akan ride dengan Fixie Biked ni. 

Sebenarnya, fixie ni kat overseas dah lama famous cuma kat Malaysia, dalam perkiraan lebih kurang setahun dua yang lepas baru nak start naik and paling obvious, tahun ni makin bertambah berganda pengikut basikal tayar halus ni. Benda ni bagus juga sebab boleh menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh bila berkayuhan tu dari melepak tak tentu hala ataupun merempit weng-weng semua tu.
.

Hipster's Have Ruined Fixie's


What is HIPSTER.? Hipster ni adalah TREND FOLLOWER yang tersangat lah obsess dengan somethings macam mana orang yang jakun tak pernah tengok Justin Bieber depan mata.

Yang slack nya sekarang ialah fixie kini dicemari dengan golongan HIPSTER yang hanya mengejar POPULARITI. Yela, bila kayuh basikal yang pelbagai kaler dan juga dalam bilangan yang ramai, for sure lah public akan usha dengan perasaan yang kagum dan juga dengki lalu secara automatic akan mewujudkan symptom POSEUR atau MENUNJUK-NUNJUK.

Bagi RIDER FIXIE yang OTAI-OTAI, dorang mampu geleng kepala tengok gelagat HIPSTER ni menggunakan fixie. Nak marah pun tak guna,duit mak ayah dorang. Aku pernah chill dengan OTAOIMER fixie yang dah ride lebih 7 tahun and bila aku tanya soalan tentang TREND FIXIE dia siap boleh gelak and mampu senyum je and ni antara ayatnya

“ Bila orang nak fixie, dia pun nak jugak fixie, tengok member-member semua dia pun teringin. Bila dah bawak pastu jatuh luka-luka salahkan fixie, and mak bapak pun mula memandang serong dekat fixie ni.”

See..aku  sendiri antara Fixie Rider agak terkilan dengan perangai HIPSTER-HIPSTER ni sebab benda yang digunakan sebagai TRANSPORTATION kini dah jadi macam musim BUAH.


Bagi Gadis-gadis pun lebih kurang je. Orang sibuk nak pakai BB, dia pun sibuk,  orang sibuk nak bertudung lilit, dia pun nak juga and bila orang sibuk nak pakai Fixie maka dia pun turut sekaki join dengan harapan akan menjadi HIPSTER dan boleh berpoyo-an dengan basikal nya tu. Dah jatuh luka, salahkan basikal tu padahal diri sendiri bawa tak betul. hee~

Mak saya pergi pasar naik kereta sebab dia bukan HIPSTER.