Sunday 30 October 2011

HALL-O-WEEN : The Budaya and The Labu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)
Hello sexy scary girls and freaxx boys

Esok 31 October. Semua orang tahu esok hari dimana yang bekerja akan mendapat gaji.Tapi disini juga ada hari yang macam best juga. Ya, hari dimana kononnya hantu dari segenap celah dan sudut tak kira bangsa dan asal usul dari seluruh dunia akan keluar meraikan hari raya mereka, lebih kurang macam kita lah yang ada Hari Raya Puasa tu.
Pergi mana-mana sahaja dekat Bandar-bandar besar dalam dunia, akan kelihatan dengan SWAG manusia peliks yang berpakaian pelbagai rupa seperti mengkarung, ahli sihir, toyol moyol dan tak lupa juga sexy hot genie and also the vampire boboi aww aww.
Well, setiap 31 Oktober juga kelab-kelab cucuk langit satu dunia akan penuh dikelilingi oleh manusia yang berperangai macam “hantu” termasuk di MALAYSIA. What can I said.? Orang kita suka cucuk mencucuk kan..aww#
Dah cucuk langit haruslah ada juga parti botol, sembur buih dan juga sesi menembak gambar ala-ala MYSPACE gitu.
Parti Halloween.? Whoa.! Sounds cool.! Siap INVITED dalam Facebook..Psst.!!! Is that got cucuk-cucuk langit session and also the mabuks-mabuks drink.?auchh#
TRICK or TREAT

Trick or treat.? What the heck is that thing.? Bagi yang tak tahu benda tu ialah sejenis sergahan manja oleh kanak-kanak dengan niat untuk mendapat candy. Trick is for the candy while Treat is for the sumpahan andaikata tuan rumah tidak memberi budak-budak ni benda manis tu mengikut kreativiti masing-masing dengan bagaimana cara sesumpah itu dibuat. Di Malaysia, this thing not too obvious sebab it just diamalkan di negara atas angin tu je tapi tak tahu lah kalau dah tua-tua pun nak juga telan benda makanan budak 5 tahun tu.
Ini antara sedikit INFO tentang HALLOWEEN yang sesetengah orang Malaysia suka sambut :
Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’). Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19.
Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat roh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit
Dari Pandangan ISLAM.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

The Hujjah and The Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain.
Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)


PENTINGKAH HALL-O-WEEN.?

“Berbalik kepada persoalan aku tadi, pentingkah semua itu kepada kita?”

Sedangkan majlis tari menari, keluar masuk rumah lelaki dan perempuan secara bebas dan semua itu masih menjadi kebiasaan harian kita. Everything depends on tahap sensitiviti kita. Ia besar bagi seorang Mukmin yang menjadikan Allah sebagai keutamaan tertinggi hidupnya. Ia remeh bagi Muslim yang lebih cenderung untuk menjamu nafsunya berbanding tujuan hidup yang tinggi. Well, Up to you.
Rasulullah SAW telah memuliakan dua hari yang patut dirayakan. Dua hari itu tak lain adalah Idul Fitri dan Idul Adha. “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian untuk keduanya dua hari yang lebih baik dari keduanya: Idul Adha dan Idul Fitri.” ( Imam Ahmad)
Budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI dalam Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan bukan dari agama ISLAM. Repeat..ISLAM.

MENGGANGGU PUBLIC PRIVACY

Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini teramat lah mengganggu ketenteraman awam serta boleh menyebabkan sesama jiran ber-chainsaw (kalau dekat Malaysia of course berparang). Warga emas dan babyl adalah golongan yang paling terjejas. Yela, golongan macam ni tersangat lah sensitif very the most. Tambahan pula dengan penyertaan mercun macam hari raya, Halloween sangat mengganggu.

WASTED



Matlamat baiknya is zero mero..Nothing
Perayaan Halloween menggunakan duit yang bayak serta tenaga yang agak banyak juga. Yela, nak menyergah orang semua kan

Belanja meraikan Halloween membabitkan wang yang banyak dan juga masa yang dibuang juga tersangat lah banyak. Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula that what is caller PEMBAZIRAN.

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai?
Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, but why mengapa Halloween jadi pilihan.?

Now you decide it. Aku tak halang korang nak sambut tapi terpulang pada diri korang.  Aku tahu not everyone can accept what im trying to say. Tak cukup ke HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA.? Benda ni Seolah life style barat yang kita namakan westernisme dan  menjadi  sesuatu hal yang harus kita ikuti, dan itu wajib (bagi sebahagian orang).  

Dari pandangan and also the dalil and hujah already been told to you and now the point is to think deep deep and try make some CHANGE. Aku tahu benda ni takkan habis diperdebatkan sebab bagi sesetengah orang this thing  “ Its About TRADITION” “ HAVE FUN ” atau SAJA-SAJA. Aku tak cakap aku RACIST or PREJUDICE tentang sesuatu but I..err..Think by your own lah.

Halloween.? Labu dekat pasar habis kena rembat

Saturday 29 October 2011

Ouh! Mukabuku : PAGE A.N.T.I

Happy Saturday Peeps.!!!

Okay, dah terpampang lagi ternampak apa yang aku cuba sampaikan. It's about PAGE ANTI di Facebook. Aku bet ramai yang ada tertengok dan ada juga yang secara sengaja menekan button LIKE pada page tu right.?! Ya..for what purpose pun aku tak tahu apa masalah remaja sekarang yang tak boleh tengok orang lain senang sikit.

Contoh page yang agak famous yang aku tahu macam ANTI-PAVILION KIDS , KAMI BENCI BUDAK BAJET HOT , ANTI BUDAK GEDIX and banyak lagi lah page yang boleh menimbulkan kemarahan kepada orang lain. Aku sendiri tak faham apa function budak-budak ni buat page. Siap ada Welcome bagi SALAM lagi padahal isi kandungan page tu mengutuk mencaci mencela dan juga paling SWAG ialah bila nama mak bapak turut diselitkan sekali.

Contoh Page A.N.T.I


Well, apa masalahnya kalau budak tu bajet hot.? Ada dia kacau hidup korang.? Ada dia curi sepender favorite korang sampai nak berbulu sangat dekat orang-orang macam tu.? Ada dia kacau periuk rezeki korang.?

Okay, soal PAVILION pula. Apa kena mengena tempat tu dengan HOT.? Kenapa tak KLCC.? Why Pavi.? Alasan sebab KLCC ramai mat salleh, barang mahal, crowded. Hello.! Pavi tu tak ramai ke.? Siap ada orang Arab, Negro semua, barang pun lebih kurang je harga. Sebab budak-budak yang datang tu usung kamera DSLR kesana kemari dan snap-snap gambar.? Whats the point that are you trying to say that Pavi is the port for HOT Chixx and HOT Sememeh Guy to Lepaks.?

Sebab pavi ada tandas yang COOLIO dan besar dan boleh menjadi port-port budak-budak ni membuat sesi menembak gambar sama ada menggunakan telefon bimbit dan DSLR.? KLCC punya tandas tak cantik.? Tak  boleh click click flash gambar.? Well, apa yang aku tahu sebab yang paling utama adalah mereka-mereka yang berkata tu TAK MAMPOO nak buat semua tu.. Dengki..aww#

Come on fellas, buka minda tu sikit, hidup tu jangan asyik nak mendengki dekat orang, at least budak-budak macam tu ada kehidupan dorang dari orang yang jadi ADMIN untuk page-page macam ni. LIFELESS~

Aku suka Makwe Lepak PAVI, they AWESOME

Friday 28 October 2011

Impression Pertama Orang Untuk Aku di MUKABUKU

Selamat Hari Jumaat Hidupan di Darat..~

This is my first attempt making a BELOG..I mean BLOG. Kalau ada diantara kau kau dan kau yang ternampak iras-iras muka macam aku dekat mana-mana Blog, means itu adalah FAKERS. Oh man.! I hate these kind of people. Tak susah pun sekarang nak jadi FAKERS, just click butang kanan dekat gambar yang diidamkan and then nampak ayat COPY, klik and then jadilah hak milik pada si penipu dan pentipu ni.

Okay..First entry aku is about TANGGAPAN PERTAMA ORANG DEKAT AKU. Apa yang dimaksudkan dengan TANGGAPAN PERTAMA.? TANGGAPAN means apa yang dirasakan oleh seseorang INDIVIDU terhadap orang yang baru PERTAMA kali dia lihat sama ada di depan mata atau di belakang mata @ dunia maya (mostly dunia maya lah)

Aku start buat FACEBOOK tak silap around 2009 (outdated gila kan). Niat aku mula-mula buat just sukasuki je, nak try medium baru sebab masa tu Laman Sosial seperti MYSPACE dan FRIENDSTER masih diguna pakai lagi so in that time aku banyak fokus dekat Myspace sahaja. Yela, anyone yang ada benda alah tu akan merasakan dirinya HOT dan juga MARKET dengan berbekalkan gambar yang di edit seputih-putih mayat dan juga hilang tanda-tanda yang tak sepatutnya di muka tu.

Nama EMYCORE MAZLAN tu aku pakai since zaman Myspace juga, konon nak nampak VEGAS sikit padahal singkatan kepada EMY+HEARTCORE and MAZLAN tu of course lah nama abah aku yang tercinta. auchh# Tapi sekarang budak-budak yang baru nak naik menggunakan juga CORE di belakang walaupun dengar Britney Spears dan juga Jason Derulo.

FACEBOOK aka MUKABUKU

Dunia makin pesat membangun, macam tu juga perkembangan teknologi yang serba serbi canggih. Pendek kata apa yang kita buat semua based on technology. And aku bet ramai yang tak boleh hidup tanpa bertasbih di telefon atau menekan keypad laptop dalam sehari kan.?

Macam tu juga FACEBOOK. Mula diperkenalkan oleh Mark Elliot Zuckerberg. Fungsi Facebook ni adalah satu jaringan hubungan dimana semua orang di dalam dunia bebas untuk berkomunikasi dan ada juga yang  menggunakan ia dengan pelbagai niat. Aku akan tulis dalam Entry yang akan datang. Well, for me, this thing banyak membawa kebaikan kalau kita bijak menggunakannya dan akan menjadi SUCKS kalau digunakan sebaliknya.


Bagi kawan-kawan yang takde Facebook ni, member-member mesti akan berkata bahawa KOKOLOTAN atau KENOOB-AN so untuk dielakkan dari di cop sebegitu maka aku dengan riang ria membuat Facebook ni.

Dah buat akaun, maka bermula lah perjalanan aku sebagai FACEBOOKER dalam dunia maya yang serba plastik tu. Macam-macam orang aku jumpa, macam-macam kerenah aku tengok dan layankan. Ada yang straight dan ada juga yang bengkang bengkok tapi bagi aku NAWAITU. Kalau kita buat something dengan ikhlas dan kerana ALLAH, insyaallah semua urusan kita akan dipermudahkanNYA.


Sampai ke harini, jumlah manusia yang melepak dalam SENARAI KAWAN aku so far Alhamdulillah. Tegur tak tegur tu jangan cakap lah, setakat add buat semak tu dah macam habit. Yang bertapa dalam Friend Request tu pun boleh tahan juga. Bukan aku taknak APPROVED tapi ada sebab kenapa aku tak click butang ACCEPT tu. :)


Ini antara tanggapan orang yang 1st time tengok aku dalam Facebook :

* Muka sombong minta kaki
* Kereks Cereks
* Kaki Ngumpat Mak Jemah
* Bajet Hotsetap..eeeww


Itu antara persepsi mereka-mereka yang tak pernah tegur aku and bila dah tegur, walling crawling dan stalk habis page aku, persepsi yang di atas tu terus berubah. " If you want to change the way people respond to you, change the way you respond to people."(Timothy Leary) . Aku berjaya ubah persepsi dan tanggapan orang terhadap diri aku and Alhamdulillah, aku berjaya survive walaupun tetap dikelilingi oleh mereka-mereka yang tak boleh tengok orang lain bersenang lenang atau singkatannya HATERS.


Hey Haters..Look.! I'm BLOGGING now.