Sunday 15 January 2012

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Kapel Balik Dengan (EX)s-Girlprengg/Boyprengg

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Happy Sunday All my Ex and also yang pernah bergelar janda dan duda berhias.!!!

Okay, harini aku cuma nak bagi tahu trend orang zaman sekarang yang suka mencari balik bekas-bekas manusia yang pernah mengecewakan dorang untuk dijadikan teman persinggahan sementara mencari cinta yang kononnya sebenar tu.

Aku bet korang mesti pernah mengalaminya kan kan.!? Yes.!aku pun pernah so memang benda ni tak dinafikan berlaku dalam setiap kehidupan manusia yang kemaruk bercinta ni. But why this thing happen.? Kenapa korang cari juga ex-ex korang yang dulunya pernah menipu mengencing meliar bagai dekat korang.?

Guy - " You, kita dah lama kenal, boleh kita rujuk balik?"

Girl - " Kenapa you cakap macam tu.? Dulu you pernah lukakan hati i."

Guy - " I think i cant live without you. Kita dah macam ditakdirkan untuk bersama semula kembali."

Girl - " Ermmm i pun rasa macam tu juga, i tak boleh dengan the other guy. "

Yeahh.! Nampak tak permainan dorang dekat situ.? Lelaki dan perempuan yang pernah bersama dulu tak mampu hidup asing-asing, kononnya lah kan padahal boleh je. Alasan yang common mereka-mereka ni akan cakap is I MISS YOU. Whoa.!Banyak lagi reason kan yang boleh dicakap tapi kenapa RINDU tu juga yang keluar.? Okay, sebabnya this guy/girl dah di overshadow oleh EXs dorang, sejarah lampau dorang and etc.

So bila dah I MISS MY EXs ni melanda, maka berlakulah rujuk tanpa akad semula.Easy right.?! Kapel break kapel break then kapel. Macam main masak-masak.

Bila dah kapel balik means habit lama akan berulang iaitu keluar tengok wayang sesama, makan sesama. Hidup kebosanan kembali melanda even dah bersama semula. Bagi aku hilang extreme feeling dalam scene kapel ni bila ex mencari ex ni.

Bukan aku nak cakap aku tak macam tu. Tapi belajar dari kesilapan lah, benda yang pernah kita ludah pastu kita nak jilat balik for what.? Melainkan kalau ending untuk relationship korang tu macam ala-ala Love Story Romeo Juliet takpe lah kan.

Sindrom mencari balik ex kapel ni macam main polis sentry sebenarnya. Kalau tak si lelaki ni yang kejar, maybe si perempuan. Dah dapat, kalau jaga balik dengan fine takpe, ni dah dapat dibuatnya peranagi dulu. Memang akan bercerai balik tanpa untuk keberapa kali tah lah kan.

Bagi yang dah berumur macam aku ni. Once dah break, tetap berkawan walaupun dah tak semesra dulu. Dah tak boleh nak pegang tangan, belai rambut dia, just mampu sembang dan pandang je pun dah cukup memadai. Jangan pulak bila dah berkawan balik nak gatal balik sebab korang tahu yang mamat atau minah tu ex korang. Sekarang ni title KAWAN pun dah diibaratkan macam KAPEL okengg.heee~

Bila kita mencari balik ex kita untuk sesuatu tujuan, aku pun tak tahu apa lah kan, tapi kalau tujuan untuk merapatkan balik hubungan silaturrahim serta nak kurangkan musuh then fine with it tapi kalau sebab nak bersama kembali tu i think you guys should think 20 30 kali sebab akibatnya korang sendiri akan tahu kan. Sama ada korang meninggalkan atau korang ditinggalkan..hihi


Secara pro and cons terlampau banyak untuk diperkatakan, cukup lah kalau aku katakan yang korang ada akal boleh berfikir dengan waras so fikir lah balik untuk apa korang nak bersama balik dengan insan yang pernah buat korang frust mogok tak makan sebulan sampai badan jadi macam Paris Hilton tu.

Bila nak bersama tu tak salah tapi cukup lah atas dasar kawan. Tak perlu nak berlebihan sebab kita sendiri tak tahu and tak dapat predict how long that relationship will stay. So tepuk dada tanya hati, kalau korang rasa nak hidup balik di zaman kegelapan so take it atau kalau korang rasa nak buka buku baru then leave it.

Kita sebenarnya mampu mengubah cuma kadang-kadang kehendak hati dan nafsu yang mambataskan perubahan yang kita nakkan tu. If korang nak berubah untuk maju ke depan, so leave your past and try to  change it so it will look more nicely Masa depan kita, kita sendiri yang corakkan bukan orang lain tapi tak tahu lah pula kan if EXx korang yang mencorakkan ia..wink.!! Wassalam :)

No comments: