Thursday 12 January 2012

Whatever Trolly Molly #5 : Tips Menjadi PERGURAU yang Cool

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Hey Sentap Boys and Annoying Girls.!!Ada baik.? Masih nak Sentap sampai ada rasa nak ditampar orang.?

Okay, dalam sesi trolly molly aku ni aku rasa semua orang mesti pernah BERGURAU kan kan like " hey.! kenapa kau 'geboo' sangat wehh? " yang bunyinya agak melampau serta macam request lagu my legs on your lips je padahal niat nak bergurau je tu. Bohong lah kalau tak pernah bergurau kan unless kalau korang ada masalah mental yang kronik.

Nak bergarau ni tak salah sebab bila kita bergurau kita akan rasa macam diri kita ni funny di mata orang walaupun gurauan kita tu tak se-funny mana but at least u can give a try rite.?! :)

Part bergurau tu satu hal, tapi bila bergurau dicampur pula dengan unsur-unsur MENGANJING itulah yang agak kurang enak untuk diguraukan sebabnya.? Tak semua orang mampu absorb dengan gurauan menganjing ni.

So untuk this session aku nak share tips dengan korang tentang the way to make others rasa selasa dengan kita even kita ni bergurau sometimes agak melampaui batas hati fikiran atau kebun.

SUSUN KATA DULU
Well, before nak cakap apa-apa mestilah kita kena susun kata dulu sebab takut ada unsur penyalahgunaan tatabahasa atau suku kata atau dalm bahasa mudah ayat korang stok-stok macha. Susun dulu ayat yang korang nak cakap tu supaya the other pihak takkan rasa tersinggung dengan gurauan korang tu. Benda ni selalu jadik bila lepak ramai-ramai dimana dan bila kita try untuk jadi pak lawak tapi dalam masa yang sama kita menyakitkan hati orang lain dengan lawak kurang akal kita tu.

BERGURAU JANGAN SELITKAN UNSUR CARUTAN

Aku tahu mostly Malaysian ni suka sangat sebut sendiri punya tanpa rasa malu, dah jadi habit kan. So untuk menjadi pak-pak atau mak-mak gurau yang hebat di alam semesta try no to mencarut bila brgurau sebabnya.? Bagi korang maybe that thing nampak macam awesome tapi di mata dan fikiran orang lain mereka akan cakap yang korang ni bergurau takde adab. See.? Bila orang cakap macam tu, ia menunjukkan yang korang punya lawak dan gurau tu low class. Bagi mendapatkan  gurauan yang kemas dan teratur, jangan mudah menyebut sendiri punya.Okay.?!

BERGURAU JANGAN BABITKAN ISU SENSITIF.


" Mak ayah kau mesti macam kau jugak kan." A a a.!! Dont ever mention mak ayah ibubapa mamapapa bila bergurau ni sebab benda ni paling orang pantang termasuk aku bila bergurau. Kalau nak membahan anak pun at least jangalah membabitkan orang yang takde kena mengena and benda ni terjadi bila gurauan secara berkelompok macam nak pergi berkelah atau hang out reramai dekat tepi shopping mall.

Member-member korang maybe lah gelak huhahuha tanpa perasaan tapi cuba bagi yang kena bahan tu, apa perasaan dia.? Sillap-silap korang boleh dimalukan kembali andaikata member korang tu tahu benda aib yang korang pernah buat dulu tak pun korang mungkin kena balik menapak kot dari elok-elok konvoi reramai naik kereta.

JANGAN MEMPERBODOHKAN DIRI/ORANG LAIN.

Kalau orang ni jenis macam stok-stok SEPAH atau SENARIO aku memang salute lah sebab dorang kalau berlawak bergurau dorang tak menampakkan kebodohan dorang atau cuba memperbodohkan orang lain. Look, kalau nak bergurau dengan member, just act like diri korang, jangan cuab meniru gaya sesiapa sebab bila korang buat macam tu, ia menunjukkan yang korang ni kekeringan idea untuk buat orang lain gelak.

BERGURAU MENGANJING COVER UP SIKIT.


Okay, bila dah bergurau kalau tak masuk bab-bab menganjing ni takkan sah kan. Kalau korang dah biasa buat benda alah ni dekat rumah and korang nak try buat dekat luar korang kena prepare dari segi mental sebabnya bila dekta rumah, korang takkan bergurau menganjing sesama family members sahaja tanpa membabitkan orang luar and family korang of course lah akan memahami korang punya even lawak korang tu annoying.

Bila berlawak bergurau dekat luar sesama kawan atau jiran tetangga, apa yang korang kena tahu is korang akan ada 3 kemungkinan iaitu korang akan ditepek balik, korang akan hilang member atau paling kejam mulut korang akan dicili. Nak menganjing orang tu tak salah tapi biarlah secara profesional, tak perlu nak mention-mention nama. Tapi orang sekarang tak mention pun cepat terasa acane.? Haa, itu kena pandai-pandai sendiri and kalau taknak ada trouble better korang at cool and watchill je.


AT THE LAST WORDS LETAK "JUST KIDDING/JOKING".


Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih runcing dan chaos on the last words of gurau korang tu korang cakap lahh " hey.!im just kidding lahh babe, jangan ambik hati.". At the same time hati orang yang tengah sakit tu mungkin akan berkurang sebab at least dia tahu korang bergurau saja and dia pun secara automatik akan take it easy.

Macam-macam jenis manusia yang kita jumpa sekarang ni sebab tahun 2012 kan. Tahun dimana benda pelik dan juga manusia pelik akan mucncul. Nak berguarau menganjing tu tak salah tapi perlu lah diselangi dengan gelak and not too seriously. Bagi si pergurau, keep on it and mind your words bila bergurau tu and bagi orag yang diguraukan, hey.! tak perlu lah nak ambik port sangat, banyak lagi benda yang korang perlu fikir dari gurauan menganjing member korang tu. Wassalam :)

No comments: