Saturday 31 December 2011

Whatever Trolly Molly 2 : Makin Famous Makin Ramai Yang Benci dan F**k

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh :)


Selamat Hari Sabturday Girls and Boys..How are you.? Kalau tak sihat pergi klinik mintak mc banyak-banyak hari yawww..ihix.!

Aku jamin mostly yang ada nama atau ramai LIKERS mesti  ramai yang dah terkena dengan tajuk entry aku ni,(aku pun sama) ehh, famous ke kau emy nokk.?ahax.!

Well, its a about makin famous makin ramai yang benci. Act, title ni aku cedok sikit dari seorang Blogger and aku tertarik sangat nak post menjadi dalam entry whatever trolly molly aku ni.

Dah faham tajuk entry aku.? Masih tak faham.? Okay, let me explain it more dalam-dalam. Its about makin famous seseorang tak kira lah korang ni famous yang dah sememangnya famous atau yang baru nak up-up onda way like a superstar tak kira lah dalam dunia Facebook, Photography Scene, Modelling atau Bloggers itu sendiri.


Sejarah dunia juga dah membuktikan bahawa semakin besar atau famous nya someone, maka secara automatik, haters akan mula memainkan peranan dengan membenci orang yag famous tu. Before this, orang yang tak famous tu mana ada orang benci sebab apa.? Sebab dia tak famous lah..pppffft~


Pemimpin




Well, kalau dah namanya pemimpin mestilah ramai yang suka dan ramai juga yang tak suka. Cuma bezanya masa suam-suam milo dulu, beliau mungkin kurang dikenali dan pembencinya turut juga menjadi kurang dan bila tup tap nama dia di upload untuk jawatan-jawatan besar macam Presiden atau Perdana Menteri maka secara awesome-nya haters beliau pun turut mengejar nilai besarnya jawatan tu.


Artis Retis Semarties


Kalau dah namanya artis, dah sah-sah beliau akan mempunyai fan club, fan page dan juga hate club serta hate page. Ambik contoh paling mudah masa sibuk-sibuk zaman Supra, kasut bawak pergi ladang getah tu. Siapa yang buatkan ia jadi famous kalau tak Justin Drew Bieber. Ala, yang famous dengan lagu bayi tu lah. Taktau lah kan kalau ada yang tak tau lagu tu, memang sah lah kena bawak pergi check otak.


Kenapa aku ambik Bieber.? Sebab bieber ni satu fenomena dalam industri music worlwide. Sebab dia, budak-budak sibuk nak pakai ungu. Sebab dia jugak lah budak-budak mula sibuk nak pakai supra tak kira lah supra cikai atau ori janji berdiri atas nama supra.(Supra aku ori okay).

Fan dia dekat dunia ni dalam anggaran lebih kurang 200,000 ribu orang, itu belum campur lagi dengan mak-mak orang. And cuba darab kan dengan 2, itulah bilangan mereka yang HATE dengan mamat comel sorang ni. Sikit kan.?hewhew~



Photographer

Photographer masa zaman mak ayah kita dulu takdelah se famous sekarang. Setakat ambik job untuk tangkap wedding scene je. Nowadays, photographer scene ni dah jadi macam cendawan kimball, tumbuh melata sebab kebanyakkan orang mampu untuk beli kotak hitam (DSLR) lepastu try shoot-shoot dengan harapan akan menjadi photographer terhebat di abad ni walaupun dengan pakai function Auto Focus je..ihix.!


Budak-budak sekarang sibuk nak jadi freelance photographer, tangkap gambar gunung time senja dekat Broga Hill atau tangkap gambar air tejun dekat Pavi sebab dorang rasa dorang mampu nak jadi photographer tanpa perlu belajar dengan otai-otai.

Aku malas nak mention satu-satu group photo yang buat variety scene job macam freelance and wedding ni sebab dorang bukan bayar aku untuk promo nama dorang kan.hewhew~ So, bila dah famous group-group ni maka the other photogarher yang sealiran dengan dorang akan merasa cemburu maka bermulalah adegan jatuh menjatuh dengki mendengki sabotaj menyabotaj dikalangan mereka ni.


Modelling




Hello gadis gadis montok berbadan lentik serta jejaka tampan ber-6 pax.! Bila dah namanya Model+ model yang ada nama, mestilah ada yang dengki. Aku ramai kawan dengan model-model and banyak luahan rasa yang sama dorang luahkan macam " I tak kejar pun titl hot ni, i buat job ni sebab minat. I tak buat apa-apa pun tapi kenapa orang tak suka i. I buat life i sendiri kot." See, kat situ dah boleh nampak yang tak boeh jadi model ni mendengki tak sudah-sudah. Aku bukan nak backup tapi at least dorang ada job yang halal, buat pun sebab itu capability yang dorang ada dari dorang gunakan kecantikan serat kehenseman dorang ke jalan yang tak elok. Haa.? mampu jawab.? ihix.!


Bloggers


Dalam dunia blog ni memang takkan pernah lenyap sifat dengki sesama blogger sebab yang mendengki ni semua stok-stok yang COPYPASTE troll orang lain pastu act good good macam troll tu dia yang buat sendiri. Kalau dah tak reti bina ayat rasanya boleh repeat paper Bahasa Melayu PMR atau SPM kot.ihix.!


Bila seseorang blogger itu dah jadi famous akan ada 2 sebab kenapa othe blogger dengki dan benci dekat dia. Sebab pertama ialah blogger tu kumpul ramai followers dan yang kedua sebab blog dia sangat awesome, penuh dengan content serta entry yg ilimiah.

Tak suka cerita panjang sebab bila cerita pasal Bloggers ni orang naik jelak so untuk tutup entry aku ni, aku mampu cakap pada yang ramai haters tu,"WORDS CAN'T BRING US DOWN.". Biarkanlah orang-orang macam tu sebab tak kemana kalau kita asyik memikirkan mereka-mereka tu, bukan dorang fikirkan kita pun. Stay cool and but dont act like a fool. hewhew~



#Dah popular jangan lupa dunia, akhirat pun sama..Baru ngam-ngam soi.!!? Wassalam :)


Wednesday 28 December 2011

Whatever Trolly Molly : 5 Benda Akan Dibuat Bila Kena Dump

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh :)



Selamat Hari Rabu Gadis yang di dump serta Boy yang Meng-dump

Semua orang pasti dan wajib bercinta kan, sama juga macam kau makan nasi. Benda tu hari-hari orang akan lalui tanpa pengecualian. Bohong lah kalau korang rasa taknak bercinta kan :)

Okay, bila dah bercinta pasti akan ada 2 pengakhiran sama ada ke jinjang pelamin ata pun hospital gila (kena dump). Well, tak semua yang kita nak kita akan dapat dan tak semua yang kita dapat kita akan miliki selamanya.

Bila dah tak suka, mula lah masing-masing akan tarik muka macam mintak penerajang pastu buat kerek tahap mintak kena simbah asid.(aku tak pernah buat lagi). Kat sini aku just nak mention 5 benda yang orang selalu buat (termasuk aku) bila di dump atau meng-dump kan ex girlprengg/boyprenggg korang.

Cry Cry and Cry

Yaa, benda ni aku rasa 1st thing yang korang akan buat terutama bagi gadis-gadis yang di dump. Yelah, dengan menangis jela mampu mengubat hati yang luka menjadi suka dan lara menjadi bahagia. Bahagia ke.?Ihix.! Tak semua orang mampu menangis dengan hati yang ikhlas sebab kebanyakkan manusia sekarang menggunakan airmata sebagai platform untuk mintak simpati and bla bla bla.

Ramai cakap dengan menangis ni mampu membuatkan hati menjadi tenang. Yes.! Tak dinafikan. Sama jugak macam aku dulu, tak dapat eskrem padel pop aku hentak-hentak kaki depan umie aku then menangis, kalau dah dapat nangis hilang, hati tenang, eskrem pun dapat. Pakej kan.? Ihix.!

But beware.! Menangis takkan selesaikan apa-apa pun masalah korang. Apa korang ingat bila menangis masalah tu boleh hilang.? Hell no.! Dalam masa korang menangis tu lah korang kena try carik solution untuk masalah jiwa korang tu. Jangan asyik nak sob sob sob meleleh 24 jam, alamatnya mati kering korang nanti.


Delete delete delete semua Contact

Okay, DELETE semua contact si dia. Itu benda normal lah kan. Kena Block dekat Facebook, Unfollowed dekat Twitter, Delete contact BB atau paling koman-koman pun delete no telefon dengan harapan korang taknak ada kena mengena dengan si dia lagi unless kalau tak korang mesti ada keinginan nak jadi stalker dia even tak bersama kan kan.?! Betulkan aku kalau salah..hewhew

Bagi sesetengah orang, dengan cara macam tu mereka akan rasa lebih secure sebab hidup dorang dah tak dikerumuni oleh kenangan manis yang beracun tu.ihix.! And aku just nak cakap dengan cara macam tu, hanya mampu menghilangkan suku daripada rasa sakit hati korang bila di dump sebab otak manusia ni mampu menyimpan kapasiti perkara yang korang buat dengan banyak. So, bila kenangan korang dekat dalam alat telekomunikasi tu kena delete tak bermakna dalam ingatan korang pun akan didelete jugak. :)


Campak semua barang dan perkakas dalam tong sampah.

Masa bersama dulu, aku bet mesti lah korang akan bagi atau exchange barang-barang berharga korang dengan niat untuk menampakkan korang sayang sangat-sanagat dekat pasangan korang tu kan.?! Dari pakaian luar hingga dalam(ada ke.?) hewhew..sampai lah ke barang-barang gajet seperti telefon atau whatesover lah (untunng dapat pakwe makwe kaya).

Well, bila dah tak bersama akan bermula lah proses Majlis Perbandaran iaitu semua barang yang si dia bagi akan ditransfer ke alam lagi satu iaitu alam tong sampah.ihix.! Bagi aku, its a not really good thing sebab takkan telefon yang dia bagi tu pun korang nak buang jugak kan kan, benda lain takpelah jugak.hewhew.

Bagi yang rasa betul-betul nak move on, aku suggest kan lebih baik kkorang buang sebab dengan cara ni saja lah mampu membuatkan korang melupakan semua kenangan bersama si dia. Bila tak buang, mesti payah kan nak move on so CAMPAK CAMPAK BUANG BUANG.!!!

Forever Alone.? Demm No.!!! Berjimba Jimbet dengan Life tu.


Jangan pulak rasa diri tu tak laku lepas kena dump. Single not means tak laku okay.?pppffft~ Enjoy lah dengan life korang sekarang. Klau dulu bila dengan si dia korang selalu tengok wayang bersama kan, cuba kali ni korang tengok wayang kulit pulak,  dengan kawa-kawan sekolah ke, kawan-kawan kampus ke. Try to make your life a lil bit difference dari yang sebelumnya.

Bila korang still stick dengan benda yang korang dah biasa buat dengan si dia dulu, mesti korang akan rasa sedih pilu kan.!? Lagi satu, kalau taknak terikat dengan perasaan cinta, try to avoid lepaking dengan mamat-mamat @ girl-girl straight yg kelonely-an ni sebab risiko korang nak jatuh hati untuk kali ke berapa tah sangat tinggi and im sure korang taknak dikecewakan lagi kan so better lepak dengan gay-gay, lessy-lessy atau tak pun kawan-kawan patah ni. Nice choice rite beb.?ihix.!

Berdua itu lebih baik.?eeewww~Single Singlet Bermingle pulak lah.


Bila dah start ada title single ni, maka kebebasan mutlak untuk korang enjoy tersangat lah tinggi, so gunakanlah masa yang ada ni dengan menghabiskan aktiviti yang korang tak dapat buat masa dengan si dia dulu tapi janganlah sampai nak bunuh diri even dulu korang nak biuat masa gaduh dengan dia dulu.ihix.!

Ramai cakap single itu membosankan..Watafekk.!? Kalau korang bijak gunakan masa korang tu dengan spend time membuat something masa single korang tu akan menjadi double extravaganza fun dari masa korang dengan ex korang tu. Kalau dulu ex korang larang korang nak main skateboard, now u can. Kalau dulu ex korang larang korang untuk involved dalam itu ini. Now its the right time for you to grab the opportunity bebeh. :D


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan. Kalau yang datang untuk korang lepas ni lebih baik dari yang sebelumnya, terimalah dia dengan apa adanya. Jangan kekwat sangat. Jangan samakan orang baru korang dengan ex ex korang yang macam LAPSAP@SAMPAH tu sebab ex remains ex. Bukak buku 3 5 kaler pink baru and start your new life dengan orang baru (kalau ada) and paling penting sekali jangan pandang belakang, nanti takut nampak kak limah bawak scooter..hewhew

Wassalam :)

Tuesday 20 December 2011

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Tak Semua Orang Suka Kita

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)


Selamat Hari Tuesday Haters and Stalkers.!!!


Tajuk entri aku harini agak common tapi benda ni lah yang terjadi dalam kehidupan seharian kita semua. Kenapa aku cakap macam tu.? Sebab manusia ni rambut sama karat hati lain-lain. Kita rasa kita dah cukup senangkan hati orang lain, buat orang lain rasa chill je bila dengan kita tapi hakikatnya dalam diam kita sendiri tak tahu rupa-rupanya ada yang kurang senang dengan kita.


Okay, macam aku cakap tadi, tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. Aku bet mesti akan ada SLACK punya even benda yang kita cuba nak lakukan itu adalah benda yang betul.


Mostly banyak terjadi dekat dalam dunia maya terutama  dalam dunia Mukabuku. Bila kita rasa INSECURE, kita akan mula melakukan pelbagai tindakan yang agak kurang bijak seperti :
Tulis dekat status " KENAPA DIA TAK SUKA AKU?"


Dude, ni bukan satu tindakan yang bijak. Bila korang buat macam ni, korang akan dicop LOSER. Kenapa loser.? Sebab secara automatiknya korang dah tonjolkan kelemahan korang dekat other unknown mukabukus di luar sana. And mereka yang tak tahu cerita mesti nak tahu apa yang jadi kan so bermula lah sindrom gosip-menggosip mak jemah dan kiah perkasam and bila dah menjadi gosip benda ni akan menjadi buah mulut lalu menimbulkan fitnah dikalangan mereka yang tak pernah terasa boleh menjadi terasa dengan status korang tu.
Buat entri dekat Blog " WHY THEY HATE ME.? "


Benda ni tersangatlah normal dalam kehidupan Bloggers seperti aku. Ya, sebab blog sekarang dah menjadi medan luahan rasa sama ada gembira, sedih, marah atau pun saja nak Mencapub. Ini juga antara cara yang kurang bijak juga kerana bila korang tulis macam tu and korang MENTION pulak nama orang tu even orang tu tak tahu or korang rasa orang tu tak baca or tak follow korang maka boleh tercetus WW III atau Perang Berbalas Entri antara Bloggers. Beware, STALKERS are everywhere dude.


Tulis status yang mencetuskan tanda tanya dikalangan groupers (mostly bagi yang ada GROUP dekat Mukabuku)


" Mereka tak suka saya, kenapa --'.? " and then post dekat group tu. Man.! kenapa kau buat macam tu doe.?! Nampak sangat macam kau cuba nak jadi ATTENTION SEEKERS. Kalau ye pun nak cepat naik tak perlu lah menulis statement yang boleh mengundang macam tu. There's another way to luahkan like " Nobody's perfect, eveyone deserve to live." ke. See.?! Benda tu sekaligus boleh mengaburkan pandangan mereka-mereka yang pending dan loading untuk faham maksud status korang tu. Jangan over direct sangat teruatama bila dalam GROUP.




Buat PAGE kat Mukabuku : " KAMI BENCI/ANTI si polan bin si palon "


Haa, yang ni paling aku suka sebab hari-hari bila aku try search nama member-member tetiba boleh terkeluar KAMI BENCI KAMI ANTI KAMI TAK SUKA and bla bla bla. Manusia tak kan puas dengan apa yang dorang ada sebab itulah gunanya NAFSU. Bila berkata-kata guna nafsu maka terjadi lah sentimen anti menganti ni. So mind your nafsu and jangan terlampau ikutkan perasaan bila menulis tu.


Well, bila ada yang tak suka kita, mula lah kita akan berasa kurang senang duduk, mandi tak basah , makan macam nak taknak tidur-tidur ayam and so on. Pergi lah mana-mana ceruk dalam dunia ni, aku bet korang akan jumpa orang yang tak suka dekat korang even korang tak pernah kenal dorang pun lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis yang HOTSTUFF atau yang ada nama.


Kita kena ingat ingat. Walaupun kita tak kenal orang tapi orang kenal kita. Macam dalam dunia blog serta Mukabuku ni. STALKERS bersepah-sepah macam cendawan beracun.
Bagi aku, bila ada yang tak suka kita, kita kena bersyukur sebab dari situ kita boleh tahu mana spot kelemahan kita and dari situ juga kita boleh cuba memperbaiki serta meng-upgrade-kan diri kita dan dari situ juga lah kita akan cuba untuk  menyempurnakan diri kita sendiri.


Aku tahu, tak semua orang sempurna tapi kita boleh CUBA untuk jadi sempurna kan.? Kalau kita rasa kita cukup Good-good sampai ke sudah kita tak akan berubah dengan apa yang kita ada sekarang. 


So, lepas ni andaikata korang terdengar atau rasa ada orang tak suka korang, its more better for you to muhasabah diri and tried to change so others will feel more selesa with you. Paling penting, jangan rasa korang tu betul memanjang. Setiap benda yang kita lakukan mesti ada kekhilafan tak kira kecil atau besar so live well or go to hell. :D

Layan Jessie J - Noboby Perfect.

Saturday 17 December 2011

Whatever Troll : 5 Cara Untuk Disenangi Oleh Rakan-Rakan di Mukabuku

Assalamualaikum warahmatullah :)



Selamat Hari Sabtuday Mukabukus dan Mukabulus.!!!

Dah lama rasanya aku tak hapdate blog aku yang selekeh lagi suci ni so untuk entry harini aku nak beritahu 5 CARA untuk DISENANGI oleh RAKAN-RAKAN MUKABUKU anda.

I'm sure ramai di antara kita mempunyai HATERS di Mukabuku termasuk aku. Ya, " Haters Makes Me Famous " sinonim untuk mereka yang digelar BARANGPANAS atau HOTSSTUFF tapi bagi aku Haters Makes Me Sickness ohkayy.? Sebab bila ada haters, nak online pun macam nak taknak je.

Okay, tanpa berleteran panjang, aku akan share dan listkan 5 cara untuk disenangi oleh other human di Mukabuku tu.

Be Yourself

Mostly budak-budak sekarang ni banyak yg poser-poser. Ada yang Bieber wannabe lah, GC wannabe lah, Hana Tajima wannabe lah and paling latest, Najwa Latiff wannabe, sibuk nak main gitar. Kalau nak rasa disenangi just be the way you are, tak payah nak berlagak alim-alim the taik kucing, tak payah nak pukul canang yang kau tu ada gelung kuning atas kepala. Kalau kau jenis yang bukan pak-pak atau mak-mak lawak, tak payah nak act yang kau tu ada SENSE of HUMOUR.


Down To Earth@Humble

Elemen ni pun amat penting dalam merealisasikan impian untuk disenangi oleh friendlist kau. Even kau kaya, abah kau mampu beli 3 ketul kapal terbang pun at least jangan berlagak. Stay cool. Jangan menunjuk apa yang kau ada sebab benda tu lagi akan membawa impliksi kepada other facebooker dimana mereka akan mark kau BERLAGAK.


Nono Copycat or CopyDog Status

Haa..yang ni agak awesome untuk aku perkatakan. Sebab mostly facebookers sekarang ramai kaki Copy, dari Info Sampai ke Status.(Aku pun pernah kena juga). Even status kau "baru lepas makan" pun ia tetap status kan so tak payah nak copycat status orang lain yang lagi cambest dan mempunyai ramai likers tu. Sebab last-last pun lagu makian kau akan dapat juga dari tuan empunya status tu.



Fakers

Well, siapa suka Fakers.? Kalau aku pun tak suka, Hatred tahap nak baling bom Hiroshima je dekat insan Fakers ni. Banyak sebab cik fakers ni buat akaun fake. Ada yang nak stalker gambar dan segala apa yang kita simpan serta paling best dia nak kita ingat dia tu artis. Paling best letak gambar amoi-amoi cun dan juga pakwe-pakwe hensem dari oversea..Hey Fakers.! What are you doing.? PERVERT.!! See.! Nampak dah dekat situ yang orang-orang macam ni takde kehidupan. So untuk rasa disenangi, letak gambar sendiri.


Jenis Tahan Gurau @ Openminded

Benda ni amat jarang aku nampak dekat Mukabuku sebab dah banyak kali aku terkena dengan insan berjiwa tisu ni. Tak ramai yang jenis tahan gurau ni. Dalam dunia luar maybe mereka-mereka ni okay tapi dalam dunia maya tak semua macam tu. Cuba belajar untk jadi more openminded terutama bila berconversation sebab bila kita di dunia maya kita akan jumpa bermacam-macam jenis manusia yang kadang-kadang kita sendiri pun tak boleh nak faham so belajar untuk jadi more Flexible dan boleh adapt dengan scene yang kau tengah hadapi tu.


Act, banyak lagi cara-cara untuk disenangi tapi cukuplah setakat ni je sebab yang aku mention tu antara Major way yang kita akan dan selalu buat. So untuk mendapat more friends dan juga likers, jangan terlampau ikutkan hati sendiri. Sometimes kita kena cuba masuk dalam life orang lain juga but still in the situation You Be The Way You Are.

Mak aku pun dah pandai detect Fakers..whoot whoot.!!!

Thursday 17 November 2011

Jenis-Jenis CintanCintun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Hello-Mello Pencinta Wanita dan Juga Wanita yang Ingin Dicintai.!


Malam tadi aku banyak menghabiskan masa bersolo-molo di depan lappy tanpa mempedulikan sebarang text dan incoming call  disebabkan terlampau penat berlari di waktu petang. Nak carik Celebrity Fitness dekat sini memang tak lah kan, so dengan berlari berseorangan ditemani Pemain Mp3 ni lah aku berjaya berlari sampai muntah hari-hari.


Dipendekkan cerita, semasa berada di dalam situasi MR. LONELY tu, tetiba aku mendapat seketul idea untuk membuat entry tentang CINTA-MINTA-PINTA and aku bet mostly Bloggers di luar sana tanpa mengira jantina dan status suka baca Troll-Troll atau apa sahaja yang berkaitan dengan CintanCintun ni. (Aku sendiri pun suka sebenarnya).


Sambil melayan lagu cinta pelbagai versi, dari Melayu ke Vegas, dari Vegas ke Seoul, jari jemari gayboy aku ni pun dengan galaknya mula menekan setiap inci huruf di papan kekunci komputer riba tu. (Sangat skema bukan). Aku menaip tanpa memandang ke kiri dan kanan. Yela, buat apa nak pandang kiri kanan kalau dah sah-sah skrin monitor kau dekat tengah.


What The Hacks is CINTANCINTUN.?


Ramai yang tahu apakah makna CINTA. Budak sekolah rendah sekarang pun kemain lagi dah pandai nak ber-love-love ni. Tengok jelah dekat Facebook tu, baru darjah 5 6 dah pandai dah request IN RELATIONSHIP, siap buat simbol love semua..awwww# 


Aku mula kenal dan terkena dengan panahan cinta ni pun masa menjejakkan kaki ke sekolah menengah sebab before this aku menuntut di salah sebuah dimana pelajarnya semua sejenis. Baru masuk dah kena swit-swit macam tikus. Mula-mula tu agak lah GELIMAT tapi lama-lama rasa macam feel pulak. Well, tu lah nikmatnya jadi HOTSETAP ni. :D


Berikut merupakan Antara Jenis CintanCintun yang ada :


Romantic Love - An abiding love for a partner with whom you feel passion, attraction, caring and respect.


Maksudnya : Kau bercinta dengan orang tu dengan menerima semua kelebihan dan juga kekurangan yang dia ada. Tak kira lah dia cantik ke hodoh ke hensem macam Aaron Aziz ke. Inil juga  dipanggil sebagai True Love which is consist of semua elemen. Tak semua orang  boleh ada cinta yang macam ni kalau dah masing-masing asyik nak ikut kehendak nafsu saja. Bagi yang merasai benda ni boleh juga dikategorikan sebagai THE PERFECT COUPLE.


Eros -  A passionate love usually involving sexual feeling for a love interest.


Maksudnya : Atau dalam erti kata mudah, cinta sekadar ingin melempiaskan NAFSU. Cinta ni  kira macam Touch N Go, bila kau dah dapat apa yang kau, then kau tinggalkan si dia terkongtang-kangting. Mostly banyak terjadi sekarang ni dikalangan budak-budak sekolah. 


Companionate Love - Feelings of warmth towards a friend with whom you love to spend time.


Maksudnya : Yang ni pun banyak jugak jadi iaitu suatu keadaan di mana dia tak stick dengan someone. Dia akan rasa selesa dengan sesiapa yang mempunyai minat dan juga taste yang sama. Cinta macam ni sangat tak digalakkan sebab ia boleh mengundang.


Unconditional Love A - Type of affection and caring that is so strong that you feel it consistently, regardless of what other people does.


Maksudnya : Cinta ni banyak berlaku bila salah seorang tu berkapel disebabkan rasa simpati. Sebagi contoh that guy not good looking and the girl tu Model La Senza. Kalau diikutkan dia boleh dapat a better man dari yang dia ada sekarang ni and atas dasar KESIAN, maka nak taknak dia meneruskan juga percintaan yang berlandaskan Ishh Ishh Ishhh Kesian tu.


Puppy Love @ Monkey Love - A childish, innocent crush on someone that you don't know well.


Maksudnya : Well, benda ni aku rasa semua orang pernah alami dimana korang suka orang tu disebabkan korang suka tengok dia. Dia hensem bila buat rambut pacak-pacak , cantik bila bertudung and so on. Bila dah suka mana nak kenal hati budi, tup tap terus mintak kapel, tak sampai seminggu break. Banyak berlaku di sekolah sekolah dan juga kolej.


Spiritual/ Divine Love - This type of love recognizes the Divine light everyone and everything. love is given to everyone as an act of loving God.


Maksudnya :  " Dia mencintai mereka dan merekepun mencintai-Nya."(Al Maidah : 54)


Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing tentang konsep ketuhanan. Dalam Islam, mereka yang selalu mengingati Allah, mengikuti segala suruhan dan meninggalkan apa yang dilarang dan lidahnya sentiasa basah dengan Zikrullah maka secara langsung Allah menyanyanginya sebagaimana Dia menyayangi Para Nabi dan mereka yang dikasihaniNya. Senang cerita, cintakan dunia cintakan Akhirat. :)


Actually ada banyak lagi Jenis-Jenis CintanCintun ni tapi cukup lah sekadar ni sahaja sebab bukan semua orang nak ambil tahu pun. Yang dorang tahu just Bercinta, Bercium ,Berjimba, Bergaduh and lastly Bercerai. Easy Life Dude. :D


Ramai sekarang Yang Kahwin Muda, Okay, Umie.!!! Nak Kahwin Mahwin Pehlissss

Tuesday 8 November 2011

FIXIEPIXIE : TREND AND HIPSTER

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)



Hello Fixie Poyo Girl and Fixie Kerek Boy Semua


Mesti korang tertanya apa itu Fixie kan..??Ala, basikal tayar halus yang Azizul Hasni Awang kayuh masa Kejohanan Dunia tu. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear. Ia membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse. Biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome.



Tapi sekarang bukan takat dalam velodrome je, dekat mana-mana pun boleh nampak kelibat basikal yang dulunya agak mahal tetapi kini mampu milik oleh semua orang, antara Bakhil atau tak je nak spent kan money for that thing.

FIXIE .Satu kegilaan di kalangan remaja Malaysia terutama bagi yang mengejar GLAMOROUS. Auchh.!

“ A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast, as the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

Atau dalam bahasa Melayu bermaksud sejenis basikal yang dinamakan FIXIE atas sebab ia memiliki kelebihan with no freewheel atau bebas dikayuh dan  mengayuh sama ada ke depan atau ke belakang dan ia juga memiliki fungsi dimana basikal yang nyonya bawa pergi pasar tu tidak ada.

Tak ramai yang tahu asal usul FIXIE Biked ni sebab mostly yang membelinya hanya tahu membawa sama ada secara berhemah atau membuta tuli sehingga boleh mengakibatkan segala apa yang kulit yang ada di badan tu terluka dan dilukakan.


FIXIE IS  A TREND..WATAFUUU.!!?



Well, mostly sekarang budak-budak yang jenis mengikut trend ni dengan membuat muka comel akan memujuk dengan pelbagai cara supaya mak ayah dorang membeli basikal idaman kalbu yang menjadi kegilaan ramai tu. 

And Fixie ni juga boleh dikatakan antara MOST TRENDY yang wajib ada bagi mereka yang stay di Bandar-bandar besar and boleh dikatakan Fixie ni juga Blackberry BERGERAK. Sebab apa aku cakap macam tu.? Sebab benda ni bermusim, sama juga macam masa musim orang sibuk dengan X GAMES maka pengikut trend ni pun akan turut bermain papan luncur walaupun pada hakikatnya tak hebat mana pun.

Sama juga macam Fixie, it’s a trend dan mostly orang hanya tahu bawa tapi bila sampai part part atau yang berkaitan dengan komponen basikal aku bet ramai akan ngangan mulut menunggu lalat check in. Macam main skateboard, perkara asas yang kena tahu ialah macam mana nak handle nya, THE DO AND DON’T’S  and then baru lah masuk part-part skill. Like Fixie, kena tahu apa yang boleh dan tidak, bukan tahu menunggang tapi bila ditanya apa function itu ini, ZERO.? Well, KNOWLEDGE is important bebeh.

Aku bet korang confirm akan perasan yang sekarang ni  ramai remaja tak kira di Bandar atau luar Bandar bila keluar rumah petang-petang mesti akan ride dengan Fixie Biked ni. 

Sebenarnya, fixie ni kat overseas dah lama famous cuma kat Malaysia, dalam perkiraan lebih kurang setahun dua yang lepas baru nak start naik and paling obvious, tahun ni makin bertambah berganda pengikut basikal tayar halus ni. Benda ni bagus juga sebab boleh menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh bila berkayuhan tu dari melepak tak tentu hala ataupun merempit weng-weng semua tu.
.

Hipster's Have Ruined Fixie's


What is HIPSTER.? Hipster ni adalah TREND FOLLOWER yang tersangat lah obsess dengan somethings macam mana orang yang jakun tak pernah tengok Justin Bieber depan mata.

Yang slack nya sekarang ialah fixie kini dicemari dengan golongan HIPSTER yang hanya mengejar POPULARITI. Yela, bila kayuh basikal yang pelbagai kaler dan juga dalam bilangan yang ramai, for sure lah public akan usha dengan perasaan yang kagum dan juga dengki lalu secara automatic akan mewujudkan symptom POSEUR atau MENUNJUK-NUNJUK.

Bagi RIDER FIXIE yang OTAI-OTAI, dorang mampu geleng kepala tengok gelagat HIPSTER ni menggunakan fixie. Nak marah pun tak guna,duit mak ayah dorang. Aku pernah chill dengan OTAOIMER fixie yang dah ride lebih 7 tahun and bila aku tanya soalan tentang TREND FIXIE dia siap boleh gelak and mampu senyum je and ni antara ayatnya

“ Bila orang nak fixie, dia pun nak jugak fixie, tengok member-member semua dia pun teringin. Bila dah bawak pastu jatuh luka-luka salahkan fixie, and mak bapak pun mula memandang serong dekat fixie ni.”

See..aku  sendiri antara Fixie Rider agak terkilan dengan perangai HIPSTER-HIPSTER ni sebab benda yang digunakan sebagai TRANSPORTATION kini dah jadi macam musim BUAH.


Bagi Gadis-gadis pun lebih kurang je. Orang sibuk nak pakai BB, dia pun sibuk,  orang sibuk nak bertudung lilit, dia pun nak juga and bila orang sibuk nak pakai Fixie maka dia pun turut sekaki join dengan harapan akan menjadi HIPSTER dan boleh berpoyo-an dengan basikal nya tu. Dah jatuh luka, salahkan basikal tu padahal diri sendiri bawa tak betul. hee~

Mak saya pergi pasar naik kereta sebab dia bukan HIPSTER.

Sunday 30 October 2011

HALL-O-WEEN : The Budaya and The Labu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)
Hello sexy scary girls and freaxx boys

Esok 31 October. Semua orang tahu esok hari dimana yang bekerja akan mendapat gaji.Tapi disini juga ada hari yang macam best juga. Ya, hari dimana kononnya hantu dari segenap celah dan sudut tak kira bangsa dan asal usul dari seluruh dunia akan keluar meraikan hari raya mereka, lebih kurang macam kita lah yang ada Hari Raya Puasa tu.
Pergi mana-mana sahaja dekat Bandar-bandar besar dalam dunia, akan kelihatan dengan SWAG manusia peliks yang berpakaian pelbagai rupa seperti mengkarung, ahli sihir, toyol moyol dan tak lupa juga sexy hot genie and also the vampire boboi aww aww.
Well, setiap 31 Oktober juga kelab-kelab cucuk langit satu dunia akan penuh dikelilingi oleh manusia yang berperangai macam “hantu” termasuk di MALAYSIA. What can I said.? Orang kita suka cucuk mencucuk kan..aww#
Dah cucuk langit haruslah ada juga parti botol, sembur buih dan juga sesi menembak gambar ala-ala MYSPACE gitu.
Parti Halloween.? Whoa.! Sounds cool.! Siap INVITED dalam Facebook..Psst.!!! Is that got cucuk-cucuk langit session and also the mabuks-mabuks drink.?auchh#
TRICK or TREAT

Trick or treat.? What the heck is that thing.? Bagi yang tak tahu benda tu ialah sejenis sergahan manja oleh kanak-kanak dengan niat untuk mendapat candy. Trick is for the candy while Treat is for the sumpahan andaikata tuan rumah tidak memberi budak-budak ni benda manis tu mengikut kreativiti masing-masing dengan bagaimana cara sesumpah itu dibuat. Di Malaysia, this thing not too obvious sebab it just diamalkan di negara atas angin tu je tapi tak tahu lah kalau dah tua-tua pun nak juga telan benda makanan budak 5 tahun tu.
Ini antara sedikit INFO tentang HALLOWEEN yang sesetengah orang Malaysia suka sambut :
Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’). Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19.
Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat roh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit
Dari Pandangan ISLAM.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

The Hujjah and The Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain.
Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)


PENTINGKAH HALL-O-WEEN.?

“Berbalik kepada persoalan aku tadi, pentingkah semua itu kepada kita?”

Sedangkan majlis tari menari, keluar masuk rumah lelaki dan perempuan secara bebas dan semua itu masih menjadi kebiasaan harian kita. Everything depends on tahap sensitiviti kita. Ia besar bagi seorang Mukmin yang menjadikan Allah sebagai keutamaan tertinggi hidupnya. Ia remeh bagi Muslim yang lebih cenderung untuk menjamu nafsunya berbanding tujuan hidup yang tinggi. Well, Up to you.
Rasulullah SAW telah memuliakan dua hari yang patut dirayakan. Dua hari itu tak lain adalah Idul Fitri dan Idul Adha. “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian untuk keduanya dua hari yang lebih baik dari keduanya: Idul Adha dan Idul Fitri.” ( Imam Ahmad)
Budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI dalam Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan bukan dari agama ISLAM. Repeat..ISLAM.

MENGGANGGU PUBLIC PRIVACY

Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini teramat lah mengganggu ketenteraman awam serta boleh menyebabkan sesama jiran ber-chainsaw (kalau dekat Malaysia of course berparang). Warga emas dan babyl adalah golongan yang paling terjejas. Yela, golongan macam ni tersangat lah sensitif very the most. Tambahan pula dengan penyertaan mercun macam hari raya, Halloween sangat mengganggu.

WASTED



Matlamat baiknya is zero mero..Nothing
Perayaan Halloween menggunakan duit yang bayak serta tenaga yang agak banyak juga. Yela, nak menyergah orang semua kan

Belanja meraikan Halloween membabitkan wang yang banyak dan juga masa yang dibuang juga tersangat lah banyak. Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula that what is caller PEMBAZIRAN.

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai?
Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, but why mengapa Halloween jadi pilihan.?

Now you decide it. Aku tak halang korang nak sambut tapi terpulang pada diri korang.  Aku tahu not everyone can accept what im trying to say. Tak cukup ke HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA.? Benda ni Seolah life style barat yang kita namakan westernisme dan  menjadi  sesuatu hal yang harus kita ikuti, dan itu wajib (bagi sebahagian orang).  

Dari pandangan and also the dalil and hujah already been told to you and now the point is to think deep deep and try make some CHANGE. Aku tahu benda ni takkan habis diperdebatkan sebab bagi sesetengah orang this thing  “ Its About TRADITION” “ HAVE FUN ” atau SAJA-SAJA. Aku tak cakap aku RACIST or PREJUDICE tentang sesuatu but I..err..Think by your own lah.

Halloween.? Labu dekat pasar habis kena rembat

Saturday 29 October 2011

Ouh! Mukabuku : PAGE A.N.T.I

Happy Saturday Peeps.!!!

Okay, dah terpampang lagi ternampak apa yang aku cuba sampaikan. It's about PAGE ANTI di Facebook. Aku bet ramai yang ada tertengok dan ada juga yang secara sengaja menekan button LIKE pada page tu right.?! Ya..for what purpose pun aku tak tahu apa masalah remaja sekarang yang tak boleh tengok orang lain senang sikit.

Contoh page yang agak famous yang aku tahu macam ANTI-PAVILION KIDS , KAMI BENCI BUDAK BAJET HOT , ANTI BUDAK GEDIX and banyak lagi lah page yang boleh menimbulkan kemarahan kepada orang lain. Aku sendiri tak faham apa function budak-budak ni buat page. Siap ada Welcome bagi SALAM lagi padahal isi kandungan page tu mengutuk mencaci mencela dan juga paling SWAG ialah bila nama mak bapak turut diselitkan sekali.

Contoh Page A.N.T.I


Well, apa masalahnya kalau budak tu bajet hot.? Ada dia kacau hidup korang.? Ada dia curi sepender favorite korang sampai nak berbulu sangat dekat orang-orang macam tu.? Ada dia kacau periuk rezeki korang.?

Okay, soal PAVILION pula. Apa kena mengena tempat tu dengan HOT.? Kenapa tak KLCC.? Why Pavi.? Alasan sebab KLCC ramai mat salleh, barang mahal, crowded. Hello.! Pavi tu tak ramai ke.? Siap ada orang Arab, Negro semua, barang pun lebih kurang je harga. Sebab budak-budak yang datang tu usung kamera DSLR kesana kemari dan snap-snap gambar.? Whats the point that are you trying to say that Pavi is the port for HOT Chixx and HOT Sememeh Guy to Lepaks.?

Sebab pavi ada tandas yang COOLIO dan besar dan boleh menjadi port-port budak-budak ni membuat sesi menembak gambar sama ada menggunakan telefon bimbit dan DSLR.? KLCC punya tandas tak cantik.? Tak  boleh click click flash gambar.? Well, apa yang aku tahu sebab yang paling utama adalah mereka-mereka yang berkata tu TAK MAMPOO nak buat semua tu.. Dengki..aww#

Come on fellas, buka minda tu sikit, hidup tu jangan asyik nak mendengki dekat orang, at least budak-budak macam tu ada kehidupan dorang dari orang yang jadi ADMIN untuk page-page macam ni. LIFELESS~

Aku suka Makwe Lepak PAVI, they AWESOME