Monday 2 January 2012

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Kenapa Orang Suka Dengki-Dendam Dengan Kita Tanpa Sebab

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)



Good evening Pendengki Boys and Pendendam Girls.! How are you today.? Masih dengki dan dendam tanpa sebab.? ihix.!

Kenapa aku naik entry ni.? Sebab musababnya adalah makin hari perangai manusia ni makin pelik. Samalah macam ramalan ahli nujum atau ahli segala ahli yang pada tahun 2012 ni macam-macam benda pelik akan jadik.

Korang mesti pernah terkenal dengan manusia yang jenis cepat sangat dengki dan dendam tanpa sebab ni kan.? Bohong kalau aku cakap tak pernah kenal dengan orang-orang macam ni. And tak ke korang rasa dorang yang pelik and not korang.? hewhew

Ada macam sebab kenapa orang mendengki dengan kita tanpa sebab ni. Maybe sebab korang lagi hot dari mereka-mereka ni atau mereka ni jenis yang takde kerja and sibuk nak cari kerja maka terciptalah golongan PHD yang pada hakikatnya tett.! maaf yaa, censored sebab aku ada letak censoredship restricted. heee~


Best sangat ke jadi pendengki dan pendendam ni.? Agak-agak boleh jadi famous macam student kita yang kahwin dengan sesama jantina tu ke atau boleh jadi sehebat keluang man hospital Tampoi tu.?
And korang mesti akan rasa curiga kenapa mereka yang dok dengki-mengki dengan korang adalah mereka yang takde kena mengena langsung dengan life korang tup tap terus nak dengki tak memasal. Tak ke gila namanya tu.?eheh


Tak salah untuk mendengki tapi mendengki biar dengan cara SIHAT dan bukannya dengan cara yang KURENG. Dengki cara sihat is like bersaing untuk dapat result gempak dalam exam. Each person got their own expectation and goal. Tak semua orang ada matlamat dan impian yang sama and bila benda ni salah sorang capai maka yang sorang lagi akan menjadi dengki and bermulalah persaingan and itulah yuang dinamakan DENGKI SIHAT.
Bila masuk dengki yang KURENG ni maka secara dramtik akan berlaku drama macam Tentang Dhia. hewhew~ Dengi sesama family, dengki dengan kawan-kawan atau paling cikai pun dengki dengan jiran sebelah menyebelah. Act, this thing kureng elok sebab boleh memecah belahkan institusi kekeluargaan dan juga rukun tetangga. Kemon guys.! Nak jadi pengki pun kena ada gaya dan style baru dengki tu nampak awesome.!!!


Dengki Pasal Korang Ramai Kawan Dengan BarangPanas

Ini paling amat the most reason kenapa kaki pendengki ni mendengki. Sebabnya maybe korang jenis senang didampingi oleh sesiapa je termasuk golongan barangpanas. Benda ni jangan cakap berlaku dalam dunia adik-adik yang pakai kasut bata malah turut berlaku dalam dunia remaja dan juga orang-orang tua yang dimamah usia. Well, for what reason aku pun taktau. :)
Dendam Sebab Korang Lagi Panas Dari Dorang


Aku nak tanya sifat DENDAM ni datangnya dari mana.? Mana taknya kalau bukan dari lubuk dubuk HATI. Manusia pada hakikatnya mempunyai hjati yang sangat pinky tapi bila sifat dendam ni merebak macam H1N1 maka hati pun dengan awesome nya menjadi keras sekeras batu gajah di Perak atau dalam ayat mudah "Keras Hati.". Bila dah keras hati, apa sahaja yang berada di depan mata semua tak kena di mata dorang and secara tak langsung kita yang takde related ni terlibat tanpa sebab.

Dua benda ni takkan boleh lari dari norma kehidupan kita sebagai manusia. Selagi adanya manusia maka selagi itulah sifat dengki dan dendam ni berkuasa. Give and takes, kita yang atur hidup kita ni sendiri, bukan orang lain so kalau korang silap atur, maka korang secara automatik akan terjumpa dengan manusia yang macam ni.



Dengki Sebab Korang Selalu Jadi Public Figure Even Korang Bukan Artis Retis


Jiyarghh.!!! This thing sangat-sangat menarik hati dan kalbu aku untuk menulis entry ni. Cuba korang imagine macam korang dekat sekolah atau kolej, korang selalu dipandang etak kira oleh other students atau cikgu, atas sebab korang ni suka tolong angkat buku pergi bilik guru atau pun atas sebab korang ni jenis kaki lepak belakang sekolah.

Bila korang dipandang, para haters korang akan mula berbulu sebab dorang pun nak jugak jadi macam korang. Well, benda ni aku pernah kena masa sekolah dulu, aku tak cakap aku barangpanas okay, maybe sebab aku dulu ketua segala ketua tingkatan kot..hee~


Kalau dalam dunia MukaBooks ni dah jadi macam kita makan nasik. Hari-hari kita hadap. Hari-hari kita tengok ada je yang tak kena dimaata manusia-manusia berhati keras ni. Dengar lagu keras takpe.wink.!

Bila dah dicop Public Figure ni, mostly apa yang korang buat akan diperhatikan and bila diperhatikan maka golongan PHD tak beratuliah ni akan mula mengorak langkah menyusun strategi ala-ala bookie bola gitewww untuk buat macam korang ni buat taik dekat orang lain.


Dorang Nak Tengok Korang Jatuh


Bila golongan ni dah berjaya membuat korang macam-macam maka matlamat dorang untuk menjatuhkan korang akan menajadi more easier. Sistem ni kalah sistem MLM atau sistem 4-4-2 EPL sebab dorang pun ada jugak strategi untuk jatuhkan korang tak kira dengan cara apa sekalipun dengan harapan matlamat dorang tercapai dengan bermain cara kotor.


Untuk rasa hidup tu tak dikerumuni oleh orang-orang macam ni, sangat susah sebab manusia ni rambut ke sama tumbuh dekat kepala tapi hati pey-el memacam. Hati-hati dalam menghitung kehidupan ni sebab orang yang kuat mendengki dan dendam ni sanggup buat apa sahaja untuk memastikan korang jatuh. Stand up and fight for your own right okay babe.?! Wassalam :)

1 comment:

Nad :) said...

sabar jela emy :)