Sunday 30 October 2011

HALL-O-WEEN : The Budaya and The Labu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)
Hello sexy scary girls and freaxx boys

Esok 31 October. Semua orang tahu esok hari dimana yang bekerja akan mendapat gaji.Tapi disini juga ada hari yang macam best juga. Ya, hari dimana kononnya hantu dari segenap celah dan sudut tak kira bangsa dan asal usul dari seluruh dunia akan keluar meraikan hari raya mereka, lebih kurang macam kita lah yang ada Hari Raya Puasa tu.
Pergi mana-mana sahaja dekat Bandar-bandar besar dalam dunia, akan kelihatan dengan SWAG manusia peliks yang berpakaian pelbagai rupa seperti mengkarung, ahli sihir, toyol moyol dan tak lupa juga sexy hot genie and also the vampire boboi aww aww.
Well, setiap 31 Oktober juga kelab-kelab cucuk langit satu dunia akan penuh dikelilingi oleh manusia yang berperangai macam “hantu” termasuk di MALAYSIA. What can I said.? Orang kita suka cucuk mencucuk kan..aww#
Dah cucuk langit haruslah ada juga parti botol, sembur buih dan juga sesi menembak gambar ala-ala MYSPACE gitu.
Parti Halloween.? Whoa.! Sounds cool.! Siap INVITED dalam Facebook..Psst.!!! Is that got cucuk-cucuk langit session and also the mabuks-mabuks drink.?auchh#
TRICK or TREAT

Trick or treat.? What the heck is that thing.? Bagi yang tak tahu benda tu ialah sejenis sergahan manja oleh kanak-kanak dengan niat untuk mendapat candy. Trick is for the candy while Treat is for the sumpahan andaikata tuan rumah tidak memberi budak-budak ni benda manis tu mengikut kreativiti masing-masing dengan bagaimana cara sesumpah itu dibuat. Di Malaysia, this thing not too obvious sebab it just diamalkan di negara atas angin tu je tapi tak tahu lah kalau dah tua-tua pun nak juga telan benda makanan budak 5 tahun tu.
Ini antara sedikit INFO tentang HALLOWEEN yang sesetengah orang Malaysia suka sambut :
Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’). Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19.
Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat roh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit
Dari Pandangan ISLAM.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

The Hujjah and The Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain.
Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)


PENTINGKAH HALL-O-WEEN.?

“Berbalik kepada persoalan aku tadi, pentingkah semua itu kepada kita?”

Sedangkan majlis tari menari, keluar masuk rumah lelaki dan perempuan secara bebas dan semua itu masih menjadi kebiasaan harian kita. Everything depends on tahap sensitiviti kita. Ia besar bagi seorang Mukmin yang menjadikan Allah sebagai keutamaan tertinggi hidupnya. Ia remeh bagi Muslim yang lebih cenderung untuk menjamu nafsunya berbanding tujuan hidup yang tinggi. Well, Up to you.
Rasulullah SAW telah memuliakan dua hari yang patut dirayakan. Dua hari itu tak lain adalah Idul Fitri dan Idul Adha. “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian untuk keduanya dua hari yang lebih baik dari keduanya: Idul Adha dan Idul Fitri.” ( Imam Ahmad)
Budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI dalam Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan bukan dari agama ISLAM. Repeat..ISLAM.

MENGGANGGU PUBLIC PRIVACY

Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini teramat lah mengganggu ketenteraman awam serta boleh menyebabkan sesama jiran ber-chainsaw (kalau dekat Malaysia of course berparang). Warga emas dan babyl adalah golongan yang paling terjejas. Yela, golongan macam ni tersangat lah sensitif very the most. Tambahan pula dengan penyertaan mercun macam hari raya, Halloween sangat mengganggu.

WASTED



Matlamat baiknya is zero mero..Nothing
Perayaan Halloween menggunakan duit yang bayak serta tenaga yang agak banyak juga. Yela, nak menyergah orang semua kan

Belanja meraikan Halloween membabitkan wang yang banyak dan juga masa yang dibuang juga tersangat lah banyak. Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula that what is caller PEMBAZIRAN.

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai?
Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, but why mengapa Halloween jadi pilihan.?

Now you decide it. Aku tak halang korang nak sambut tapi terpulang pada diri korang.  Aku tahu not everyone can accept what im trying to say. Tak cukup ke HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA.? Benda ni Seolah life style barat yang kita namakan westernisme dan  menjadi  sesuatu hal yang harus kita ikuti, dan itu wajib (bagi sebahagian orang).  

Dari pandangan and also the dalil and hujah already been told to you and now the point is to think deep deep and try make some CHANGE. Aku tahu benda ni takkan habis diperdebatkan sebab bagi sesetengah orang this thing  “ Its About TRADITION” “ HAVE FUN ” atau SAJA-SAJA. Aku tak cakap aku RACIST or PREJUDICE tentang sesuatu but I..err..Think by your own lah.

Halloween.? Labu dekat pasar habis kena rembat

1 comment:

Abu Kemenyan said...

hey man,

Hallows eve is not a Christian celebration.Hallows Eve/Samhain adalah perayaan buat pengikut Pagan Celtic. Get your fact right, then only start writing.Douchebag.