Tuesday 20 December 2011

Aku Cuma Nak Bagi Tahu : Tak Semua Orang Suka Kita

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)


Selamat Hari Tuesday Haters and Stalkers.!!!


Tajuk entri aku harini agak common tapi benda ni lah yang terjadi dalam kehidupan seharian kita semua. Kenapa aku cakap macam tu.? Sebab manusia ni rambut sama karat hati lain-lain. Kita rasa kita dah cukup senangkan hati orang lain, buat orang lain rasa chill je bila dengan kita tapi hakikatnya dalam diam kita sendiri tak tahu rupa-rupanya ada yang kurang senang dengan kita.


Okay, macam aku cakap tadi, tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. Aku bet mesti akan ada SLACK punya even benda yang kita cuba nak lakukan itu adalah benda yang betul.


Mostly banyak terjadi dekat dalam dunia maya terutama  dalam dunia Mukabuku. Bila kita rasa INSECURE, kita akan mula melakukan pelbagai tindakan yang agak kurang bijak seperti :
Tulis dekat status " KENAPA DIA TAK SUKA AKU?"


Dude, ni bukan satu tindakan yang bijak. Bila korang buat macam ni, korang akan dicop LOSER. Kenapa loser.? Sebab secara automatiknya korang dah tonjolkan kelemahan korang dekat other unknown mukabukus di luar sana. And mereka yang tak tahu cerita mesti nak tahu apa yang jadi kan so bermula lah sindrom gosip-menggosip mak jemah dan kiah perkasam and bila dah menjadi gosip benda ni akan menjadi buah mulut lalu menimbulkan fitnah dikalangan mereka yang tak pernah terasa boleh menjadi terasa dengan status korang tu.
Buat entri dekat Blog " WHY THEY HATE ME.? "


Benda ni tersangatlah normal dalam kehidupan Bloggers seperti aku. Ya, sebab blog sekarang dah menjadi medan luahan rasa sama ada gembira, sedih, marah atau pun saja nak Mencapub. Ini juga antara cara yang kurang bijak juga kerana bila korang tulis macam tu and korang MENTION pulak nama orang tu even orang tu tak tahu or korang rasa orang tu tak baca or tak follow korang maka boleh tercetus WW III atau Perang Berbalas Entri antara Bloggers. Beware, STALKERS are everywhere dude.


Tulis status yang mencetuskan tanda tanya dikalangan groupers (mostly bagi yang ada GROUP dekat Mukabuku)


" Mereka tak suka saya, kenapa --'.? " and then post dekat group tu. Man.! kenapa kau buat macam tu doe.?! Nampak sangat macam kau cuba nak jadi ATTENTION SEEKERS. Kalau ye pun nak cepat naik tak perlu lah menulis statement yang boleh mengundang macam tu. There's another way to luahkan like " Nobody's perfect, eveyone deserve to live." ke. See.?! Benda tu sekaligus boleh mengaburkan pandangan mereka-mereka yang pending dan loading untuk faham maksud status korang tu. Jangan over direct sangat teruatama bila dalam GROUP.




Buat PAGE kat Mukabuku : " KAMI BENCI/ANTI si polan bin si palon "


Haa, yang ni paling aku suka sebab hari-hari bila aku try search nama member-member tetiba boleh terkeluar KAMI BENCI KAMI ANTI KAMI TAK SUKA and bla bla bla. Manusia tak kan puas dengan apa yang dorang ada sebab itulah gunanya NAFSU. Bila berkata-kata guna nafsu maka terjadi lah sentimen anti menganti ni. So mind your nafsu and jangan terlampau ikutkan perasaan bila menulis tu.


Well, bila ada yang tak suka kita, mula lah kita akan berasa kurang senang duduk, mandi tak basah , makan macam nak taknak tidur-tidur ayam and so on. Pergi lah mana-mana ceruk dalam dunia ni, aku bet korang akan jumpa orang yang tak suka dekat korang even korang tak pernah kenal dorang pun lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis yang HOTSTUFF atau yang ada nama.


Kita kena ingat ingat. Walaupun kita tak kenal orang tapi orang kenal kita. Macam dalam dunia blog serta Mukabuku ni. STALKERS bersepah-sepah macam cendawan beracun.
Bagi aku, bila ada yang tak suka kita, kita kena bersyukur sebab dari situ kita boleh tahu mana spot kelemahan kita and dari situ juga kita boleh cuba memperbaiki serta meng-upgrade-kan diri kita dan dari situ juga lah kita akan cuba untuk  menyempurnakan diri kita sendiri.


Aku tahu, tak semua orang sempurna tapi kita boleh CUBA untuk jadi sempurna kan.? Kalau kita rasa kita cukup Good-good sampai ke sudah kita tak akan berubah dengan apa yang kita ada sekarang. 


So, lepas ni andaikata korang terdengar atau rasa ada orang tak suka korang, its more better for you to muhasabah diri and tried to change so others will feel more selesa with you. Paling penting, jangan rasa korang tu betul memanjang. Setiap benda yang kita lakukan mesti ada kekhilafan tak kira kecil atau besar so live well or go to hell. :D

Layan Jessie J - Noboby Perfect.

No comments: