Tuesday 8 November 2011

FIXIEPIXIE : TREND AND HIPSTER

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :)



Hello Fixie Poyo Girl and Fixie Kerek Boy Semua


Mesti korang tertanya apa itu Fixie kan..??Ala, basikal tayar halus yang Azizul Hasni Awang kayuh masa Kejohanan Dunia tu. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear. Ia membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse. Biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome.



Tapi sekarang bukan takat dalam velodrome je, dekat mana-mana pun boleh nampak kelibat basikal yang dulunya agak mahal tetapi kini mampu milik oleh semua orang, antara Bakhil atau tak je nak spent kan money for that thing.

FIXIE .Satu kegilaan di kalangan remaja Malaysia terutama bagi yang mengejar GLAMOROUS. Auchh.!

“ A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast, as the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

Atau dalam bahasa Melayu bermaksud sejenis basikal yang dinamakan FIXIE atas sebab ia memiliki kelebihan with no freewheel atau bebas dikayuh dan  mengayuh sama ada ke depan atau ke belakang dan ia juga memiliki fungsi dimana basikal yang nyonya bawa pergi pasar tu tidak ada.

Tak ramai yang tahu asal usul FIXIE Biked ni sebab mostly yang membelinya hanya tahu membawa sama ada secara berhemah atau membuta tuli sehingga boleh mengakibatkan segala apa yang kulit yang ada di badan tu terluka dan dilukakan.


FIXIE IS  A TREND..WATAFUUU.!!?



Well, mostly sekarang budak-budak yang jenis mengikut trend ni dengan membuat muka comel akan memujuk dengan pelbagai cara supaya mak ayah dorang membeli basikal idaman kalbu yang menjadi kegilaan ramai tu. 

And Fixie ni juga boleh dikatakan antara MOST TRENDY yang wajib ada bagi mereka yang stay di Bandar-bandar besar and boleh dikatakan Fixie ni juga Blackberry BERGERAK. Sebab apa aku cakap macam tu.? Sebab benda ni bermusim, sama juga macam masa musim orang sibuk dengan X GAMES maka pengikut trend ni pun akan turut bermain papan luncur walaupun pada hakikatnya tak hebat mana pun.

Sama juga macam Fixie, it’s a trend dan mostly orang hanya tahu bawa tapi bila sampai part part atau yang berkaitan dengan komponen basikal aku bet ramai akan ngangan mulut menunggu lalat check in. Macam main skateboard, perkara asas yang kena tahu ialah macam mana nak handle nya, THE DO AND DON’T’S  and then baru lah masuk part-part skill. Like Fixie, kena tahu apa yang boleh dan tidak, bukan tahu menunggang tapi bila ditanya apa function itu ini, ZERO.? Well, KNOWLEDGE is important bebeh.

Aku bet korang confirm akan perasan yang sekarang ni  ramai remaja tak kira di Bandar atau luar Bandar bila keluar rumah petang-petang mesti akan ride dengan Fixie Biked ni. 

Sebenarnya, fixie ni kat overseas dah lama famous cuma kat Malaysia, dalam perkiraan lebih kurang setahun dua yang lepas baru nak start naik and paling obvious, tahun ni makin bertambah berganda pengikut basikal tayar halus ni. Benda ni bagus juga sebab boleh menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh bila berkayuhan tu dari melepak tak tentu hala ataupun merempit weng-weng semua tu.
.

Hipster's Have Ruined Fixie's


What is HIPSTER.? Hipster ni adalah TREND FOLLOWER yang tersangat lah obsess dengan somethings macam mana orang yang jakun tak pernah tengok Justin Bieber depan mata.

Yang slack nya sekarang ialah fixie kini dicemari dengan golongan HIPSTER yang hanya mengejar POPULARITI. Yela, bila kayuh basikal yang pelbagai kaler dan juga dalam bilangan yang ramai, for sure lah public akan usha dengan perasaan yang kagum dan juga dengki lalu secara automatic akan mewujudkan symptom POSEUR atau MENUNJUK-NUNJUK.

Bagi RIDER FIXIE yang OTAI-OTAI, dorang mampu geleng kepala tengok gelagat HIPSTER ni menggunakan fixie. Nak marah pun tak guna,duit mak ayah dorang. Aku pernah chill dengan OTAOIMER fixie yang dah ride lebih 7 tahun and bila aku tanya soalan tentang TREND FIXIE dia siap boleh gelak and mampu senyum je and ni antara ayatnya

“ Bila orang nak fixie, dia pun nak jugak fixie, tengok member-member semua dia pun teringin. Bila dah bawak pastu jatuh luka-luka salahkan fixie, and mak bapak pun mula memandang serong dekat fixie ni.”

See..aku  sendiri antara Fixie Rider agak terkilan dengan perangai HIPSTER-HIPSTER ni sebab benda yang digunakan sebagai TRANSPORTATION kini dah jadi macam musim BUAH.


Bagi Gadis-gadis pun lebih kurang je. Orang sibuk nak pakai BB, dia pun sibuk,  orang sibuk nak bertudung lilit, dia pun nak juga and bila orang sibuk nak pakai Fixie maka dia pun turut sekaki join dengan harapan akan menjadi HIPSTER dan boleh berpoyo-an dengan basikal nya tu. Dah jatuh luka, salahkan basikal tu padahal diri sendiri bawa tak betul. hee~

Mak saya pergi pasar naik kereta sebab dia bukan HIPSTER.

No comments: