Thursday, 9 February 2012

Jika Saya Mati Malam Ini.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)




Jika Saya Mati Malam Ini,

Apa yang saya akan buat di hari terakhir saya ini.?
Yes.! Saya akan buat aktiviti yang saya selalu buat hari-hari,
Bangun Pagi, buka lappy, buka Facebook and Twitter yang dah sebati dengan diri.
Tengok komen dan juga naik status berunsur Islamik.
Then keluar bilik  pecahluju dengan umie sambil layan teletubies,
Berchichat dengannya tentang hal semasa, hal dunia, hal makwer yang baginya dah basi.
Tiap-tiap pagi umie hadapkan saya nasi lemak tak pun kuih muih Melayu asli.
Saya tahu itu sahaja yang dia mampu tapi saya tak pernah merungut
malah saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebaik-baik ibu
Dan itulah yang saya ada dan saya terlampau menyayangi beliau.
Tunggu abah dan adik beradik lain untuk makan malam dan lunch di tengah hari,
kerana saya tahu saya akan mati malam ini.
Saya tahu mereka akan rindukan saya nanti,
Lawak bodoh saya, hilai tawa mereka saya akan simpan di dalam hati.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Saya akan teringatkan kembali kenangan semasa di alam persekolahan.
Main berudu tepi longkang, baling ulat bulu masuk dalam baju kawan,
Mengorat awek-2 yang lalu lalang di tepi koridor kelas,
Bila rehat lepak kantin dengan makwe dan pakwe hotstuff,
Ponteng kelas sains duduk belakang makmal sambil shuffling.
Bila masuk kelas buat muka tak tahu cikgu pun malas nak ambil tahu,
Sebab dia tahu  tapi bila time exam saya tak pernah menghampakannya.
Semanis-manis kenangan di sekolah akan saya ingat walaupun saya dah tiada.


Jika Saya Mati Malam Ini,

Yelah, sebab saya tahu saya akan mati malam ni so macam-macam saya nak buat,
Saya akan pulang ke kampus, minta maaf dengan semua orang, roommate, classmate, coursemate, my junior, my senior, my lecturer and tak lupa juga polis bantuan UiTM kerana hari-hari muka saya ni yang konfirm kena tahan, kena saman tapi saya tak perah mencarut kerana itu tugas mereka.
UiTM Melaka tempatku menuntut ilmu, akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku,
Tidak pernah kenal erti jemu untuk menghadap buku kerana itu adalah tanggungjawabku.
Untuk membantu ibubapaku.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Saya terfikir di manakah saya akan berada pada esoknya.?
Saya minta tolong semua orang, jangan menangis jangan merauang,
Kerana satu hari nanti anda juga akan turut ikut.
Saya juga dah pernah berjanji, yang I have been the best of man, the best of friends, the best of umie and abah's last son, the best of anything, so guys, here's the last one.

Jika Saya Mati Malam Ini, 

Adakah saya akan dimaafi.? Adakah saya akan diampuni.?
Oleh mereka yang pernah saya terguriskan hati.
Kepada mereka, seribu kemaafan saya pinta,
Bersungguh-sungguh maaf diminta,
Ingin saya peluk awak untuk kali terakhir jika diberi masa.

Jika Saya Mati Malam Ini,

Mesti ramai akan tertanya kenapa say dah lama tak online dan update status,
EMYCORE MAZLAN,
nama kontroversi, Ustaz Hardcore gelaran diperoleh,
Ramai pengLIKE dan juga Pembenci,
Status dikatanya plastik padahal itulah realiti.
Nama yang akan dirindukan oleh semua yang pernah walling,
Jangan risau, masa itu saya sangat bahagia di sisi Allah.
Jangan menangis, jangan bersedih,
Teruskan berdakwah pahala diperoleh,
Moga keberkatan sama-sama ditagih, Dunia selamat, Akhirat pun selamat.
 
Jika Saya Mati Malam Ini,

Cuba awak fikir saya kemalangan malam ini,
Masa awak call saya tiba-tiba telefon saya engaged tanpa sebab.
Adakah masa itu awak akan wonder araound kenapa saya macam tu.?
Adakah masa itu awak akan menyesal dengan ketiadaan saya.?
Adakah pada masa itu awak akan datang mencari saya.?
Adakah pada masa itu awak akan datang menziarahi saya.?
Adakah awak akan datang di hari pengebumian saya.?


Jika Saya Mati Malam Ini,


Siapa akan simpan baju hardcore, supra dan juga lagu di dalam lappyku.?
Siapa akan simpan koleksi full capku.?
Siapa akan diamanahkan untuk mengayuh fixieku.?
Jangan risau..Saya dah amanahkan seseorang untuk texting semua orang dari A sampai Z 
Beritahu saya tiada lagi di dunia ini.
Juga mendoakan saya R.I.P.






Jika Saya Mati Malam Ini, 


Saya akan rindukan semua kenangan saya dengan awak, awak dan awak, Ex(s).
Dulu tiap-tiap hari awak akan dengar suara saya 
Tapi kini awak takkan dengar untuk selamanya.
Dengar saya membebel dan nasihat awak,
Paksa dan suruh awak solat, makan ubat 
Dan beritahu saya apa sahaja.
Tapi kini awak takkan dengar itu semua 
Sebab saya sudah mati di hati awak dan juga duniawi yang yang tercinta.

Saya tahu saya tak sempurna di mata awak, saya jahat dan saya selalu sakitkan hati awak.
Jangan risau, dengan ketiadaan saya, hidup awak mungkin akan berubah,
Bahagia lah awak degan insan yang mampu bahagiakan awak lebih dari saya.
Tapi jangan lupa pesan saya, 
Solat itu tiang agama, 
Bercintalah dengan Allah kemudian baru cintai orang yang awak cintakan itu.




Jika Saya Mati Malam Ini, 

Jangan lupa kawan, kita hidup untuk berbuat baik, berbuat bakti, 
Jangan sia-siakan apa yang dah diberi,
Fokus dalam apa yang kalian semua ceburi,
Moga berjaya di masa depan nanti.
Jangan sedih kawan,
Saya hanya mati di duniawi tapi dalam hati mereka yang ingat saya, 
saya sentiasa tersemat statik.
Ingatlah saya, doakanlah saya, moga saya tenang di alam sama,
Moga kita bersua di Jannah sana.
Saya terlalu sayangkan anda semua tapi Tuhan lebih menyayangi saya.

2 comments:

Puteri Bylqhis said...

dady..kenapa cakap macam ni lagi..*risau

عائشة إبراهيم said...

demi Allah. seriously. I swear I'm cry. semoga you sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa Muhd Hilmy Sufiyan Mazilan.