Friday 28 October 2011

Impression Pertama Orang Untuk Aku di MUKABUKU

Selamat Hari Jumaat Hidupan di Darat..~

This is my first attempt making a BELOG..I mean BLOG. Kalau ada diantara kau kau dan kau yang ternampak iras-iras muka macam aku dekat mana-mana Blog, means itu adalah FAKERS. Oh man.! I hate these kind of people. Tak susah pun sekarang nak jadi FAKERS, just click butang kanan dekat gambar yang diidamkan and then nampak ayat COPY, klik and then jadilah hak milik pada si penipu dan pentipu ni.

Okay..First entry aku is about TANGGAPAN PERTAMA ORANG DEKAT AKU. Apa yang dimaksudkan dengan TANGGAPAN PERTAMA.? TANGGAPAN means apa yang dirasakan oleh seseorang INDIVIDU terhadap orang yang baru PERTAMA kali dia lihat sama ada di depan mata atau di belakang mata @ dunia maya (mostly dunia maya lah)

Aku start buat FACEBOOK tak silap around 2009 (outdated gila kan). Niat aku mula-mula buat just sukasuki je, nak try medium baru sebab masa tu Laman Sosial seperti MYSPACE dan FRIENDSTER masih diguna pakai lagi so in that time aku banyak fokus dekat Myspace sahaja. Yela, anyone yang ada benda alah tu akan merasakan dirinya HOT dan juga MARKET dengan berbekalkan gambar yang di edit seputih-putih mayat dan juga hilang tanda-tanda yang tak sepatutnya di muka tu.

Nama EMYCORE MAZLAN tu aku pakai since zaman Myspace juga, konon nak nampak VEGAS sikit padahal singkatan kepada EMY+HEARTCORE and MAZLAN tu of course lah nama abah aku yang tercinta. auchh# Tapi sekarang budak-budak yang baru nak naik menggunakan juga CORE di belakang walaupun dengar Britney Spears dan juga Jason Derulo.

FACEBOOK aka MUKABUKU

Dunia makin pesat membangun, macam tu juga perkembangan teknologi yang serba serbi canggih. Pendek kata apa yang kita buat semua based on technology. And aku bet ramai yang tak boleh hidup tanpa bertasbih di telefon atau menekan keypad laptop dalam sehari kan.?

Macam tu juga FACEBOOK. Mula diperkenalkan oleh Mark Elliot Zuckerberg. Fungsi Facebook ni adalah satu jaringan hubungan dimana semua orang di dalam dunia bebas untuk berkomunikasi dan ada juga yang  menggunakan ia dengan pelbagai niat. Aku akan tulis dalam Entry yang akan datang. Well, for me, this thing banyak membawa kebaikan kalau kita bijak menggunakannya dan akan menjadi SUCKS kalau digunakan sebaliknya.


Bagi kawan-kawan yang takde Facebook ni, member-member mesti akan berkata bahawa KOKOLOTAN atau KENOOB-AN so untuk dielakkan dari di cop sebegitu maka aku dengan riang ria membuat Facebook ni.

Dah buat akaun, maka bermula lah perjalanan aku sebagai FACEBOOKER dalam dunia maya yang serba plastik tu. Macam-macam orang aku jumpa, macam-macam kerenah aku tengok dan layankan. Ada yang straight dan ada juga yang bengkang bengkok tapi bagi aku NAWAITU. Kalau kita buat something dengan ikhlas dan kerana ALLAH, insyaallah semua urusan kita akan dipermudahkanNYA.


Sampai ke harini, jumlah manusia yang melepak dalam SENARAI KAWAN aku so far Alhamdulillah. Tegur tak tegur tu jangan cakap lah, setakat add buat semak tu dah macam habit. Yang bertapa dalam Friend Request tu pun boleh tahan juga. Bukan aku taknak APPROVED tapi ada sebab kenapa aku tak click butang ACCEPT tu. :)


Ini antara tanggapan orang yang 1st time tengok aku dalam Facebook :

* Muka sombong minta kaki
* Kereks Cereks
* Kaki Ngumpat Mak Jemah
* Bajet Hotsetap..eeeww


Itu antara persepsi mereka-mereka yang tak pernah tegur aku and bila dah tegur, walling crawling dan stalk habis page aku, persepsi yang di atas tu terus berubah. " If you want to change the way people respond to you, change the way you respond to people."(Timothy Leary) . Aku berjaya ubah persepsi dan tanggapan orang terhadap diri aku and Alhamdulillah, aku berjaya survive walaupun tetap dikelilingi oleh mereka-mereka yang tak boleh tengok orang lain bersenang lenang atau singkatannya HATERS.


Hey Haters..Look.! I'm BLOGGING now.



No comments: