Wednesday, 1 February 2012

Luahan Hati ♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.



Untuk entry kali ni, ia sangat-sangatlah lain dari yang sebelum ni sebab before this aku banyak mengupas dan mengopek isu-isu dan juga permasalahan orang-orang di sekeliling aku. Today I just want to share with all my Folowers , Readers and also my Stalkers bout what Imma feel and apa yang korang kena tahu pasal aku.

Okay, korang mesti pernah ada rasa something dalam hati yang  korang nak luahkan seperti ketidak puashatian atau korang rasa its time untuk korang shoot habis-habis and so on kan kan.!? Bila kita ada dalam world of Blog ni, kebebasan untuk menulis tersangat lahh bebas tapi jangan pulak membabitkan politik sebab aku takut korang boleh jadi macam tutt dan tuttt*censored*

Ni antara aku nak luahkan dekat korang semua apa yang aku rasa mengikut kategori. So Korang pilihlah kategori mana korang nak mana sebab aku ni terlampau ramai sangat kawan dan juga lawan yang sampai aku tak kenal tapi dia beria cakap kenal aku.awww~


Haters,Stalkers


Oh hai.! Ehh, lupa pulak, do i know you.? ahax.! Okay lah, aku cuma nak cakap thanks sebab benci aku, thanks sebab stalk aku, thanks untuk segalanya sebab tanpa korang-korang ni, aku maybe tak dapat nak jadi macam mana aku jadi sekarang.

Aku tak tahu kenapa korang benci aku, kenapa korang tak suka aku. Adakah sebab usia aku yang dah lanjut ni membuatkan korang rasa nak jadi macam aku.?Ala-ala bapak orang gteww.aww~ Tapi takpe, aku cuma nak korang tahu yang aku tak pernah rasa nak membenci orang sebab kita hidup ni tak selama mana. Bila-bila masa Allah boleh jemput kta naik keranda untuk dating dengan DIA. :)

Bila kita membenci orang, trust me, kita akan rasa hidup kita tak tenteram. Yes.! Dulu aku memang kuat berdendam tapi lepas aku dah mencapai usia kunci kebebasan aku, aku dah boleh berfikir untuk apa kita nak bendendam, untuk apa kita nak membenci sesama kita sebab masa di Padang Masyhar kita semua bogel, sama je nak pergi menghadap Allah.

Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan sebab bila korang benci aku, aku mengambil inisiatif dengan  memuhasabah diri aku, korang yang benci aku pun kenalah buat jugak kan, baru adil dan petak kan kan.
Aku tak pernah doakan yang buruk-buruk untuk korang so korang jangan risau ya, aku tak sekejam Firaun dan Namrud. :)

Sibling Palsu dan Mereka Yang SAYANGKAN Aku


Hai adik, abang, akak dan juga ibu bapa angkat emy.! Sambil bertemakan lagu Skrillex, emy menulis entry ni untuk kalian. Emy tak tahu macam mana emy nak balas jasa kalian yang sentiasa ada untuk emy bila masa emy susah dan juga senang. Emy hendak memberitahu yang emy terlampau sayangkan kalian semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


Emy sebagai manusia tidak pernah lari dari membuat silap, emy ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki emy sekiranya emy ada pernah buat kalian terasa hati atau terasa jantung pada kalian sebab kita ni manusia tak boleh nak detect kalau hati orang lain terluka kan kan.

Emy doakan moga hidup kalian sentiasa ceria, jangan mudah berputus asa dengan ujian Allah kerana Allah cuba ingin menguji iman kita, sejauh mana ketakwaan kita terhadap-Nya. ♥


Ex-Lovers


Hai sayang, baby, darling, mucuk, ayang , anje , mama , mumy and semua nama-nama manja yang aku pernah panggil. Mesti you terkejut kan kenapa tetiba i terseru nama you.hihix.~ Okay, i tulis ni dalam keadaan mood i ala-ala macam Ombak Rindu gteww. I cuma nak cakap even you dah lupakan i, i tetap ingat you sebab i belum cukup nyanyuk lagi. Walaupun kita dah tak semesra dulu, dah tak sebaik dulu tapi bagi i, you tetap macam mana kita kenal dulu.

Dulu tiap-tiap malam kita text, tiap-tiap hari kita bertanya khabar, sihat ke, dah makan ke belum, dah berak ke belum, sembelit ke, ada rasa nak mati ke. Dulu bila i tak makan mesti you paksa-paksa i, kata makan lah makan lah, nanti sakit siapa susah.? You jugak kan, tapi sekarang bila you tahu i tak makan you buat donno je.


You, you sendiri tahu i ni ada Nosebeleeding kan, dulu bila i cakap hidung i berdarah, cepat-cepat you call i text i tanya okay ke tak, sekarang ni bila tahu i macam tu, you mana nak ambik kesah kan. You pun tahu kan i ni jenis suka buat kerja giler yang orang lain tak mampu dan tak tercapai dek akalmu untuk buat kan. I suka lari laju-laju langgar dinding, i suka main flip sampai terkehel, kayuh fixie lelaju sampai almost nak kena lenggek dengan lori simen, suka menyusahkan hati perut you, suka buat you asyik fikirkan pasal i. Tapi sekarang keadaan sangat berubah, you dah tak text i, you dah tak pernah call i, tanya i okay ke tak jauh sekali lah kan. Maybe you dah bahagia dengan orang lain, I doakan yang the best untuk you walaupun hati ni pedih bagai dihiris pisau pendidikan seni adik i.

Lagi satu, Dulu bila i cakap i nak MATI mesti you marah-marah i tapi sekarang bila i mention MATI 12 ratus kali depan you, sikit pun you tak heran. Yelah, orang dah tak sayang kita mesti lah berperangai macam tu kan.

I tak kisah you nak cakap i ni Munafik, Penipu, Pembohong, Liar *ehh sama lah tu* sebab i deserve dapat semua tu, i berjanji dengan you macam-macam tapi i tak tunaikan. Maafkan i, i bukan nabi yang maksum, i juga bukan wali-wali Allah. Kalau boleh i taknak hubungan kita menjadi keruh hanya disebabkan ada tanda EX(s) dekat dahi i ni. Jujur i cakap i sayangkan you walaupun dah takde makna bagi you tapi kita masih lagi boleh menjadi sahabat kan. Jodoh i sekarang bukan dengan sesiapa, i taknak mengharap atau memberi harapan. Biarlah yang di atas sana membuat kerja,  


You, bila i sedih, i akan dengar lagu-lagu yang suka, tak kira lah lagu tu bahasa melayu, inggeris atau bahasa asing seperti korea dan jepun. Bila you tak text i, i rasa lain tapi takpelah, sebab i you jadi macam ni, sebab i juga hati you berubah.

Apa sahaja yang you buat sekarang, i doakan moga you sukses, i cuma nak you tahu, i tak pernah doakan yang buruk-buruk untuk you, buka aib you sebab i tahu aib i lagi teruk dari you. You jangan risau, semua apa yang kita lalui dulu, i akan simpan ketat-ketat dalam hati i, siap keypad lock solex lagi.

Bila you tahu i dah takde kat dunia ni satu hari nanti, datanglah ziarah i, siram air mawar bagi i rasa sejuk, tabur bunga bagi wangi rumah kedua i tu. Sedekahkan Fatihah bagi jiwa i tenang di sana. :)    

2 comments:

Hariekaown said...

sedih lah ieka baca entry daddy kali ni :(

Emycore Mazlan® said...

: Ekeke, dady ingat lawak, sebab dady tulis boleh senyum sambil mennagis..heee