Wednesday 28 December 2011

Whatever Trolly Molly : 5 Benda Akan Dibuat Bila Kena Dump

Asssalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh :)



Selamat Hari Rabu Gadis yang di dump serta Boy yang Meng-dump

Semua orang pasti dan wajib bercinta kan, sama juga macam kau makan nasi. Benda tu hari-hari orang akan lalui tanpa pengecualian. Bohong lah kalau korang rasa taknak bercinta kan :)

Okay, bila dah bercinta pasti akan ada 2 pengakhiran sama ada ke jinjang pelamin ata pun hospital gila (kena dump). Well, tak semua yang kita nak kita akan dapat dan tak semua yang kita dapat kita akan miliki selamanya.

Bila dah tak suka, mula lah masing-masing akan tarik muka macam mintak penerajang pastu buat kerek tahap mintak kena simbah asid.(aku tak pernah buat lagi). Kat sini aku just nak mention 5 benda yang orang selalu buat (termasuk aku) bila di dump atau meng-dump kan ex girlprengg/boyprenggg korang.

Cry Cry and Cry

Yaa, benda ni aku rasa 1st thing yang korang akan buat terutama bagi gadis-gadis yang di dump. Yelah, dengan menangis jela mampu mengubat hati yang luka menjadi suka dan lara menjadi bahagia. Bahagia ke.?Ihix.! Tak semua orang mampu menangis dengan hati yang ikhlas sebab kebanyakkan manusia sekarang menggunakan airmata sebagai platform untuk mintak simpati and bla bla bla.

Ramai cakap dengan menangis ni mampu membuatkan hati menjadi tenang. Yes.! Tak dinafikan. Sama jugak macam aku dulu, tak dapat eskrem padel pop aku hentak-hentak kaki depan umie aku then menangis, kalau dah dapat nangis hilang, hati tenang, eskrem pun dapat. Pakej kan.? Ihix.!

But beware.! Menangis takkan selesaikan apa-apa pun masalah korang. Apa korang ingat bila menangis masalah tu boleh hilang.? Hell no.! Dalam masa korang menangis tu lah korang kena try carik solution untuk masalah jiwa korang tu. Jangan asyik nak sob sob sob meleleh 24 jam, alamatnya mati kering korang nanti.


Delete delete delete semua Contact

Okay, DELETE semua contact si dia. Itu benda normal lah kan. Kena Block dekat Facebook, Unfollowed dekat Twitter, Delete contact BB atau paling koman-koman pun delete no telefon dengan harapan korang taknak ada kena mengena dengan si dia lagi unless kalau tak korang mesti ada keinginan nak jadi stalker dia even tak bersama kan kan.?! Betulkan aku kalau salah..hewhew

Bagi sesetengah orang, dengan cara macam tu mereka akan rasa lebih secure sebab hidup dorang dah tak dikerumuni oleh kenangan manis yang beracun tu.ihix.! And aku just nak cakap dengan cara macam tu, hanya mampu menghilangkan suku daripada rasa sakit hati korang bila di dump sebab otak manusia ni mampu menyimpan kapasiti perkara yang korang buat dengan banyak. So, bila kenangan korang dekat dalam alat telekomunikasi tu kena delete tak bermakna dalam ingatan korang pun akan didelete jugak. :)


Campak semua barang dan perkakas dalam tong sampah.

Masa bersama dulu, aku bet mesti lah korang akan bagi atau exchange barang-barang berharga korang dengan niat untuk menampakkan korang sayang sangat-sanagat dekat pasangan korang tu kan.?! Dari pakaian luar hingga dalam(ada ke.?) hewhew..sampai lah ke barang-barang gajet seperti telefon atau whatesover lah (untunng dapat pakwe makwe kaya).

Well, bila dah tak bersama akan bermula lah proses Majlis Perbandaran iaitu semua barang yang si dia bagi akan ditransfer ke alam lagi satu iaitu alam tong sampah.ihix.! Bagi aku, its a not really good thing sebab takkan telefon yang dia bagi tu pun korang nak buang jugak kan kan, benda lain takpelah jugak.hewhew.

Bagi yang rasa betul-betul nak move on, aku suggest kan lebih baik kkorang buang sebab dengan cara ni saja lah mampu membuatkan korang melupakan semua kenangan bersama si dia. Bila tak buang, mesti payah kan nak move on so CAMPAK CAMPAK BUANG BUANG.!!!

Forever Alone.? Demm No.!!! Berjimba Jimbet dengan Life tu.


Jangan pulak rasa diri tu tak laku lepas kena dump. Single not means tak laku okay.?pppffft~ Enjoy lah dengan life korang sekarang. Klau dulu bila dengan si dia korang selalu tengok wayang bersama kan, cuba kali ni korang tengok wayang kulit pulak,  dengan kawa-kawan sekolah ke, kawan-kawan kampus ke. Try to make your life a lil bit difference dari yang sebelumnya.

Bila korang still stick dengan benda yang korang dah biasa buat dengan si dia dulu, mesti korang akan rasa sedih pilu kan.!? Lagi satu, kalau taknak terikat dengan perasaan cinta, try to avoid lepaking dengan mamat-mamat @ girl-girl straight yg kelonely-an ni sebab risiko korang nak jatuh hati untuk kali ke berapa tah sangat tinggi and im sure korang taknak dikecewakan lagi kan so better lepak dengan gay-gay, lessy-lessy atau tak pun kawan-kawan patah ni. Nice choice rite beb.?ihix.!

Berdua itu lebih baik.?eeewww~Single Singlet Bermingle pulak lah.


Bila dah start ada title single ni, maka kebebasan mutlak untuk korang enjoy tersangat lah tinggi, so gunakanlah masa yang ada ni dengan menghabiskan aktiviti yang korang tak dapat buat masa dengan si dia dulu tapi janganlah sampai nak bunuh diri even dulu korang nak biuat masa gaduh dengan dia dulu.ihix.!

Ramai cakap single itu membosankan..Watafekk.!? Kalau korang bijak gunakan masa korang tu dengan spend time membuat something masa single korang tu akan menjadi double extravaganza fun dari masa korang dengan ex korang tu. Kalau dulu ex korang larang korang nak main skateboard, now u can. Kalau dulu ex korang larang korang untuk involved dalam itu ini. Now its the right time for you to grab the opportunity bebeh. :D


Jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan. Kalau yang datang untuk korang lepas ni lebih baik dari yang sebelumnya, terimalah dia dengan apa adanya. Jangan kekwat sangat. Jangan samakan orang baru korang dengan ex ex korang yang macam LAPSAP@SAMPAH tu sebab ex remains ex. Bukak buku 3 5 kaler pink baru and start your new life dengan orang baru (kalau ada) and paling penting sekali jangan pandang belakang, nanti takut nampak kak limah bawak scooter..hewhew

Wassalam :)

1 comment:

Unknown said...

mmg sume mende yang hilmy mazlan buat adalah berkaitan dengan tuan punya badan tu sendiri. ye tak ? eceh !